Terima kasih kerana mengundi BN
Sabtu, 12 Julai 2014
Benarkah tiada pelawaan ke atas Khalid sertai UMNO?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang pelawaan dibuat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya adalah tidak berasas.
Desas-desus mengenai Abdul Khalid yang kini karier politiknya sedang 'dibunuh' partinya sendiri berkemungkinan menyertai UMNO tersebar apabila beliau dilihat mesra dengan Perdana Menteri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor semalam.
"Dia kata dia hadir dan hormati saya sebagai ketua kerajaan di peringkat Pusat. Saya pula hormati dia selaku ketua kerajaan negeri. Tiada apa, saya tak pelawa dia masuk UMNO pun," katanya dalam nada jenaka dalam sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.
Kepada soalan sama ada berlaku pertemuan empat mata antara beliau dengan Abdul Khalid selepas majlis itu semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: "Tiada perjumpaan empat mata. Ribuan orang ada di situ. Pertemuan ribuan mata yang ada."
Sementara itu, Najib memberitahu, tempoh persidangan perwakilan bahagian yang sepatutnya berakhir 14 September ini akan dilanjutkan sehingga 30 September berikutan tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 25 hingga 29 November.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan