Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 8 Oktober 2013

Nanyang Siang Pau : Gelombang Tumbangkan Lim Beri Kesan Undi Guan Eng?


Pemimpin veteran parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember 2012.

Selepas selang sembilan bulan, mereka mencatatkan penurunan undi paling banyak dalam pemilihan semula CEC yang diadakan pada 29 September 2013.

Dibandingkan dengan jumlah undi yang diperolehi dalam pemilihan 15 Disember, sokongan kepada Guan Eng didapati menjunam sebanyak 10.81 peratus sekali gus menjadi satu-satunya calon yang mengalami kejatuhan dua digit.


Analisis Nanyang Siang Pau mendapati sebanyak enam calon telah mengalami `kejatuhan’ dari segi jumlah undi jika dibandingkan dengan pemilihan 2012.

Mereka yang berdepan keadaan itu ialah Guan Eng, Kit Siang, Nga Kor Ming (Timbalan Bendahari), Tan Kok Wai (Timbalan Pengerusi), Ngeh Koo Ham (Timbalan Setiausaha Agung) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti).

Tetapi selepas mengambil kira perbezaan jumlah perwakilan yang hadir mengundi, kadar sokongan terhadap Koo Ham dan Tony sebenarnya telah meningkat berbanding pemilihan 2012.


Daripada empat calon yang mengalami kejatuhan dari segi kadar sokongan pula, Guan Eng mencatatkan penurunan 10.81 peratus diikuti Kit Siang (4.91 peratus), Kor Ming (3.54 peratus), dan Kok Wai (2.7 peratus).

Ahli DAP secara umumnya berpendapat bahawa penurunan sokongan empat calon ini mempunyai kaitan dengan operasi parti dalam tempoh sembilan bulan semenjak pemilihan 2012 diadakan.

Ia juga dikaitkan dengan gelombang `Tumbangkan Lim’ yang dikataan menyebabkan kedudukan Kit Siang dan Guan Eng digoyang.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan