Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 15 Ogos 2010

Tapak Baru Kilang Arak : Satu Penghinaan Kepada Umat Islam!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menawarkan kawasan baru di Pelabuhan Klang, Selangor kepada sebuah syarikat pengeluar minuman keras untuk memperbesarkan perusahaan mereka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Ma’amor Othman berkata, apa yang dilakukan Yang Dipertua Pas Shah Alam itu merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Menurut beliau, ia jelas memperlihatkan Pas sanggup mempertaruhkan kesucian agama untuk mendapatkan sokongan terutama di kalangan orang bukan Islam.

Secara sinis beliau mengucapkan tahniah kepada Khalid kerana sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau mempelawa kilang pengeluar minuman keras itu untuk memperbesarkan perniagaan dengan menawarkan kawasan baru yang lebih luas.

“Jarang anak Melayu menawarkan tanah kepada syarikat minuman keras. Ini suatu pembaharuan yang dibuat oleh Pas untuk mendapatkan sokongan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khalid menerusi entri terbarunya di www.khalidsamad.com yang menawarkan kawasan baru di Pelabuhan Klang kepada sebuah syarikat pengeluar minuman keras di Shah Alam untuk memperbesarkan perusahaan mereka.

Khalid di dalam blognya berkata: “Saya bertanya sama ada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan extension atau pembesaran dan sama ada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas.

“Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di Pelabuhan Klang, memandangkan 100 peratus bahan keperluan malt diimport dan 50 peratus bahan keluaran dieksport, boleh diusahakan.”

Mengulas lanjut Ma’amor berkata, kenyataan Khalid berhubung tawaran itu menimbulkan kesangsian dan mengetepikan perjuangan Pas yang mengatakan ia memperjuangkan Islam di negara ini.

Malah, menurutnya, tindak-tanduk yang dilakukan oleh pemimpin Pas sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa mereka cuba menarik sokongan di kalangan pengundi bukan Melayu.

Katanya, Khalid sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kilang berkenaan dan bukannya menawarkan kawasan untuk syarikat itu meluaskan perniagaan.

“Apa yang patut dilakukan oleh Khalid adalah mencari jalan membantu nasib pekerja Islam, cari jalan bagaimana hendak bantu mereka dan kalau boleh carikan kerja baru.

“Ini lain pula yang berlaku. Kenyataan Khalid lebih untuk mendapatkan publisiti, cuba mendapatkan sokongan orang bukan Islam untuk buktikan Pas bukanlah parti untuk sesuatu kaum tapi semua. Pas sekarang sudah berubah hanya kerana memastikan survival politiknya,” tambahnya.

Komen : Kalau nama atau khalimah Allah pun Khalid boleh jual kepada puak Kristian, inikan pula kilang arak?

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen