Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 8 Disember 2015

Segala maklumat 1MDB semasa TPM - @NajibRazak


Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan," kata Najib dalam satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Perhimpunan Agung UMNO ke-69 akan bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib berkata Muhyiddin juga telah berbincang dan mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri.

"Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya," kata Presiden UMNO itu ketika ditanya adakah Muhyiddin tidak mendapat maklumat penuh berkaitan 1MDB.

Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet, Julai lepas.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika ini juga pelbagai sesi penerangan telah dan sedang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.


Beliau turut memperjelaskan sekali lagi berkaitan kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut.

"Kita ada pelan rasionalisasi dan keadaan ini mungkin tidak akan berlaku kalau IPO (terbitan awam permulaan) pada bulan November 2014 itu telah dapat kita lancarkan," katanya.

"Apabila sentimen terlalu negatif dan isu ini telah dipolitikkan, jadi suasana pada masa itu tidak menggalakkan pelabur-pelabur bagi menimbulkan keyakinan pada mereka untuk membeli saham-saham dalam 1MDB," katanya.

Najib berkata keadaan itu menyebabkan IPO tidak dapat dilancarkan dan menyebabkan hutang tidak dapat dikurangkan.

Sebagai ganti, pelan rasionalisasi 1MDB telah diumumkan sebagai usaha mengurangkan hutang syarikat strategik pelaburan kerajaan itu.

"Saya kata berilah tempoh masa untuk kita membuktikan bahawa masalah 1MDB dapat diselesaikan. Kabinet bersetuju dan saya pun telah membuat pengumuman secara terbuka dan kita dalam proses menyelesaikan masalah 1MDB.

"Kita telah dapat lihat bahawa ada tanda-tanda isu ini memang boleh diselesaikan terutama sekali apabila Edra (Edra Global Energy Bhd) telah dijual dan jumlah hutang dengan penjualan tersebut telah susut lebih kurang RM17 bilion," jelasnya.

Edra, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya, CGN Group untuk RM9.83 bilion.

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    BalasPadam