Terima kasih kerana mengundi BN
Khamis, 24 Oktober 2013
Nurul Izzah Melenting Bila Noh Omar Sebut ‘Liwat’ Di Dewan Rakyat?
Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat melenting apabila Ahli Parlimen BN Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar membangkitkan soal ‘liwat’ di Dewan Rakyat.
“Saya tidak pasti jika (dia ) menyokong liwat atau tidak,” kata Noh ketika Nurul Izzah bangun mahu mencelah ketika Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mempertikaikan tindakan Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO) melakukan proses lobi ke peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mendapatkan pengiktirafan hak LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia.
“Awak tarik balik. Jangan jadi kurang ajar !” kata Nurul Izzah.
Noh menjawab beliau tidak akan menarik balik kata-katanya itu kerana beliau sekadar bertanya adakah anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyokong liwat atau sebaliknya.
Selaras dengan asasi manusia, kata Noh, Nurul Izzah mempunyai hak untuk menyokong ataupun tidak.
Sebelum insiden itu, Noh ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat Rabu dilaporkan Bernama berkata tindakan COMANGO itu sebagai ‘bunga-bunga’ yang menjurus kepada ancaman perpaduan agama di dalam negara yang disifatkannya sebagai ancaman keselamatan alaf baharu.
Menurutnya, COMANGO dilihat berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk membawa agenda yang boleh mengancam Islam dan mempromosi seks songsang.
“Ada beberapa perkara yang dibawa oleh COMANGO mencabar dan menggugat kedudukan Islam dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan.
“Ia juga dilihat cuba memperjuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), murtad… adakah ini menyentuh hak asasi manusia?” soalnya.
Pandangan beliau disokong Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang menyifatkan apa yang terkandung dalam laporan COMANGO ke Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) boleh merosak dan memudaratkan pegangan rakyat di negara ini.
“Perincian yang dituntut oleh COMANGO bukan menyentuh isu-isu hak asasi manusia sahaja tetapi turut merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender. Hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama,” katanya.
Selain itu, katanya COMANGO juga mempersoal kes penggunaan kalimah Allah, mengenai Syiah dan hak seorang bapa untuk mengIslamkan anak bawah umur, menuntut undang-undang jenayah Syariah dihapuskan dan memberi persepsi negatif penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri yang berusaha berdakwah kepada orang Asli, serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku karya penulis kontroversi Irshad Manji bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’.
“Ini semua isu panas dan mengundang perasaan tak puas hati dalam kalangan rakyat, bercanggah Perlembagaan dan hak orang Islam. Sebab itu, saya minta kerajaan buka mata dan ambil perhatian seterusnya selaraskan tindakan yang perlu supaya hak-hak istimewa rakyat di Malaysia jangan dipertikai di peringkat antarabangsa,” katanya lagi
COMANGO merupakan gabungan kira-kira 50 NGO Malaysia yang merangka kandungan laporan mengenai hak asasi manusia untuk dikemukakan kepada UPR esok di Geneva.
Wasabi Oyabun..
Rabu, 23 Oktober 2013
Breaking News : 80 rumah hanyut, dua maut di Cameron Highlands akibat limpahan empangan!
Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Kejadian pada jam 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.
"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya.
Beliau berkata, dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak jam 7 petang semalam. - Bernama,
Wasabi Oyabun..
Selasa, 22 Oktober 2013
Pandangan cina China terhadap cina Malaysia!
1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:
2.Pengiktirafan orang cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
3.Keangkuhan orang cina:
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
4.Perkauman orang cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
5.Penghinaan orang cina:
"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
6.Sikap negatif orang cina:
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
7.Isu Tuan Rumah:
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
9.Dapatkan buku The Chinese Dilemma ini di MPH Bookstore yang menulis tentang realiti orang cina Malaysia serta sikap perkauman mereka yang sangat tinggi lebih dari orang cina di China itu sendiri.
Wasabi Oyabun
Isnin, 21 Oktober 2013
Bajet PR: Mudah nanti nak tuduh kerajaan ciplak idea...!!! Boloh punya olang?
Bajet bayangan 2014 Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat sebanyak 5.2 peratus dan kadar defisit GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 3.2 peratus untuk tahun 2014.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ramalan ini dibuat berdasarkan ekonomi global pada tahun 2014 yang dijangka akan meningkat.
“Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit kami adalah selalunya lebih rendah daripada Barisan Nasional.
“Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2 peratus (dianggarkan sebanyak 3.8 peratus hingga 4 peratus) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan,” katanya ketika membentangkan rumusan bajet alternatif Pakatan Rakyat yang di Parlimen hari ini.
Anwar berkata bajet alternatif keseluruhan hanya akan dibentang sehari sebelum bajet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentang pada Jumaat, kerana bimbang Kerajaan Persekutuan akan ‘mencuri’ idea-idea dari bajet tersebut.
“Mereka (Kerajaan Persekutuan) ‘’ambil’ idea dari bajet kami sebelum ini. Tetapi, jika mereka ‘ambil’ idea kami dan mengucapkan terima kasih kepada kami tidak apa. Kami tidak mahu perkara ini diulangi,” katanya sambil menambah bahawa bajet itu dimuktamadkan petang semalam.
Anwar berkata salah satu fokus bajet ini adalah mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan dan oleh kerana itu, kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan akan ditangguhkan.
“Ini akan mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak 10 peratus,” katanya.
Anwar berkata di bawah bajet 2014, Program Latihan Khidmat Negara akan ditangguhkan kerana ia gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan pelatih-pelatih.
“Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin sewaktu di dalam program.
“Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC),” katanya.
Selain itu, Pakatan Rakyat bercadang untuk menambah 200,000 kerja baharu dalam tempoh tiga tahun, khususnya untuk mereka yang berumur 15 ke 24 tahun.
Bajet itu turut mencadangkan penangguhan implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga pendapatan minima isirumah ditingkatkan.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata di bawah bajet alternatif ini, satu skim insurans 24-jam PERKESO akan diperkenalkan.
“Pada waktu ini, skim insuran PERKESO hanya meliputi kemalangan yang berlaku apabila pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja dan sewaktu bekerja.
“Skim insurans 24-jam ini, membolehkan Kerajaan Persekutuan, majikan, dan pekerja akan masing-masing menyumbang tambahan RM1 sebulan,” katanya.
Turut diketengahkan di dalam bajet tersebut adalah cadangan untuk mewujudkan Skim Insuran Luar Bandar atau Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak (SIPNP) yang lebih komprehensif.
“Pakatan Rakyat mencadangkan SIPNP ini diwujudkan berdasarkan ‘pendekatan kawasan’ bagi kerugian yang disebabkan oleh perubahan musim serta ‘pendekatan individu’ bagi kerugian yang disebabkan oleh bencana alam dan serangan wabak penyakit.”
Persoalanya sekarang ialah kenapa pembangkang kemaruk sangat nak buat bajet sendiri? Bajet yang hanya untuk SYOK sendiri lebih baik tak payah. Walau bagaimana baik sekalipun bajet PR, boleh implement ke?
Hampas punya Pakatan Rakyat?
Wasabi Oyabun..
Ahad, 20 Oktober 2013
Siapa Tangan Ghaib?
Ramai yang bersimpati kepada Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir. Beliau adalah di antara calon yang menjadi sasaran kempen kotor di saat-saat akhir menjelang pemilihan UMNO.
Tidak sampai 24 jam sebelum mengundi terdapat laman sosial palsu menyebarkan maklumat mendakwa Mukhriz hilang kelayakan bertanding.
Selain itu, portal berita Malaysian Insider menyiarkan laporan yang mendakwa Mukhriz mengamalkan politik wang.
Walaupun portal tersebut memohon maaf sehari kemudiannya, ia telah cukup membawa mudarat kepada Mukhriz. Sudahlah begitu, permohonan maaf itu dibuat bagai melepas batuk di tangga seolah-olah malu untuk mengakuinya.
Dalam reaksinya, Mukhriz yang kecewa dengan laporan tersebut menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika. Bagaimanapun beliau memperlihatkan sikap budiman dengan menerima permohonan maaf daripada Malaysian Insider.
Portal tersebut diketahui ramai mengambil pendirian yang dikatakan anti-bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad. Apakah kerana Mukhriz anak Mahathir maka beliau menjadi mangsa portal tersebut, yang dikaitkan dengan bantuan dana asing.
Sebenarnya isu tangan-tangan ghaib di belakang Malaysian Insider dan pembabitan tokoh tertentu di dalam negara, bukan rahsia.
Maka Awang tertarik dengan komen Mukhriz yang percaya laporan portal tersebut ada kaitan dengan pihak yang ghairah mahu beliau kalah dalam persaingan jawatan Naib Presiden.
Siapa orang itu?
Wasabi Oyabun..
'Sultan' Jamalul Kiram III meninggal dunia?
'Sultan' Kiram III disahkan meninggal dunia pada pagi tadi, jam 0442 waktu Filipina setelah mengalami masalah kegagalan organ. Beliau dimasukkan ke Philippine Heart Center semenjak Khamis lalu dan tenat.
Puteri Jaycel Kiram menyatakan waris sultan Sulu yang berusia 75 tahun tersebut telah meninggalkan warisan perjuangan dan memastikan perjuangan mereka untuk menuntut Sabah diteruskan walaupun Sultan Kiram III telah tiada.
Malah Raja Agbimuddin Kiram sempat menerima panggilan dari Sultan Kiram III untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mengambil semula Sabah kembali ke bawah kuasa Kesultanan Sulu. Kiram III bakal dikebumikan di Maimbung. dari Sierra!
Yang penting ada ke tak ada, ancaman dari sebelah sana tetap ada. Wallahuallam.
Wasabi Oyabun..
Jumaat, 18 Oktober 2013
DAP baru menang 38 kerusi Parlimen dah nak pijak kepala Melayu - Demonstrasi aman kecam Tony PuaKA hina pendaftar pertubuhan?
Sebahagian jemaah Masjid Sultan Muzaffar Shah berhimpun membantah tindakan Tony Pua menghina Pendaftar Pertubuhan, di Sungai Petani, Kedah, semalam.
Kira-kira 60 umat Islam berhimpun di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini hari ini bagi mengecam tindakan biadab Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai anjing UMNO.
Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang dan masing-masing melaungkan slogan serta mengangkat sepanduk sebagai menyatakan kemarahan terhadap tindakan Tony Pua.
Selain berulang kali melaungkan Tony Pua kurang ajar, biadab, mereka membawa sepanduk yang mengutuk sekeras-kerasnya kebiadaban pemimpin DAP itu.
Mereka juga mendesak Tony Pua meminta maaf terhadap ROS yang majoriti kakitangannya adalah orang Melayu beragama Islam sekali gus mengguris hati kaum itu secara keseluruhannya dengan gelaran berkenaan.
Demonstrasi aman selama 30 minit itu disertai kariah Masjid Sultan Muzaffar Shah tanpa mengira fahaman politik termasuk golongan muda dengan diketuai oleh Mejar (B) Anuar Abdul Hamid.
Anuar ketika berucap pada perhimpunan itu berkata, mereka berasa amat kecewa dengan tindakan biadab Tony Pua yang menggelar kakitangan awam ROS sebagai anjing.
Setahu saya hampir 95 peratus penjawat awam di ROS adalah Melayu dan Islam. Binatangkah mereka ini?.
Ini baru DAP menang 38 kerusi di Parlimen, kami tidak tahu apakah akan terjadi jika parti itu menang lebih besar lagi," katanya.
Tony Pua sebelum ini menggelar ROS sebagai anjing UMNO berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember tahun lalu.
Justeru kata Anuar, mereka tidak berasa hairan apabila tiada seorang pun Melayu tulen menang pada pemilihan semula CEC DAP baru-baru ini.
Dia turut mempersoalkan sikap berdiam diri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang seperti memberi sokongan moral kepada Tony Pua kerana sehingga kini tidak menegurnya berhubung kenyataan tersebut.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)




.jpg)




