Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 27 Julai 2011

Anwar Omegay mahu menangguhkan lagi perbicaraan kes LIWAT 2!

Tindakan Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menangguhkan perbicaraan kes liwatnya membuktikan helah licik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk mengelak daripada membela diri di mahkamah. Helah itu termasuk mahu mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi yang sengaja dibuat untuk mengalih perhatian rakyat.

Helah licik itu antara lain mahu menemu bual saksi sebelum beliau membela diri di mahkamah. Inilah tindakan Anwar untuk mengelak daripada membela diri. Beliau sengaja berbuat demikian untuk mengalih perhatian dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri. Ia jelas membuktikan Anwar semakin tersepit dan cuba mencari jalan supaya perbicaraan ditangguhkan.

Percubaan tersebut juga sebagai taktik Anwar untuk meraih simpati rakyat. Ini menunjukkan Penasihat PKR itu semakin takut menghadapi kenyataan..!!!

Wasabi Oyabun..

ANWAR TABUR WANG BELI KUASA!

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Anwar sejak dari awal lagi penglibatannya bermula dari dalam ABIM sebagai Presiden sehinggalah menjadi orang nombor dua dalam negara dan UMNO yang penuh dengan kecurigaan pendedahan bekas penolong gabenor Bank Negara mengenai gelagatnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Memang tidak nafikan terdapat penyokong taksub Anwar menganggap kenyataan ini sebagai pembohongan tetapi bagi perkara tersebut tidak mustahil berlaku dan lebih buruk padahnya jika Murad Khalid berbohong.

Anwar adalah ahli politik dan pejuang ideologi yang licik dan gemar kepada perbuatan-perbuatan bersifat konspirasi. Semasa dalam ABIM dia begitu mudah mengadakan hubungan dengan negara Libya, Iran dan Arab Saudi. Begitu juga hubungannya dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.

Dalam UMNO, hubungan sulitnya dengan agensi-agensi asing berjalan dengan lebih mudah dan luas. Malah kadangkala terkagum dengan beliau yang mampu merancang pelbagai jenis konspirasi demi mencapai matlamat politiknya.

Lihat sajalah bagaimana Anwar menjatuhkan Datuk Suhaimi Kamaruddin dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Tindakan yang serupa diambil untuk memenangi jawatan Naib Presiden. Namun konspirasi terhebatnya adalah menjatuhkan Arwah Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden melalui Team Wawasannya. Sebab sebelum itu beliau menafikan dengan bersumpah sesungguhnya bahawa beliau tidak akan mencabar Tun Ghafar. Tetapi akhirnya beliau mewujudkan Team Wawasan untuk menentang Tun Ghafar.

Itulah ANWAR KONSPIRATOR TERHANDAL DI MALAYSIA. Oleh kerana dia berkonspirasi untuk menjatuhkan musuhnya, maka musuh-musuh politiknya terpaksa berkonspirasi kembali untuk menjatuhkannya. Kalau dia tidak dijatuhkan maka dia akan menjatuhkan musuh politiknya. Ini sudah terbukti. Berapa ramai mangsanya, Suhaimi kamarudin, Abdullah Haji Ahmad Badawi, Sanusi Joned, Rahim Thamby Chik dan Ghafar Baba.

Semua ini permainan politik dan sandiwara Anwar seperti yang dilakukan oleh Murad Khalid adalah atas arahan dan permainan politik juga namun ianya itu adalah keterlaluan dan di luar batas peraturan dan etika berpolitik.

Dengan melibatkan wang yang banyak siapa boleh menyembunyikannya. Lambat laun akan diketahui juga. Apa yang sedih ialah ia berlaku di kalangan MELAYU. Mungkin bagi Anwar MATLAMAT MENGHALALKAN CARA demi mendapat kuasa. Melayu bergaduh orang lain ambil kesempatan.

Satu lagi yang paling pelik ialah layanan yang terlalu baik diberikan kepada PUAN SAMSIDAR TAHARIN? Apakah kelebihannya? Adakah kerana suaminya Setiausaha Anwar maka layanan sebegitu diberikan? Jika ya, KRONISME namanya!!!. Pasti perkara ini menimbulkan fitnah dan kecurigaan. Bertambah-tambah pelik pula suaminya AZMIN ALI tidak mencurigai apa-apa? ADAKAH INI KERANA WANG? MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!!

Namun apa yang hendak dipelikkan. Diri Anwar itu sendiri pun amat pelik orangnya!!!! Dan itulah sebenarnya diri ANWAR BIN IBRAHIM, TOK DALANG KONSPIRATOR TERNAMA MALAYSIA.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 23 Julai 2011

Isu kapal selam: Tindakan undang-undang akan diambil!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran bahawa kementerian itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memanipulasi fakta kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam ”Scorpene” dari Perancis.

Beliau berkata, pihaknya telah berulang kali menjelaskan isu berhubung pembelian dua kapal selam itu di Parlimen bahawa ia dilakukan secara telus.

"Sekiranya Dr. Kua (Kia Soong) dan Suaram membawa peguam dari Perancis, William Bourdon untuk mendakwa kerajaan Malaysia di mahkamah Perancis, kita juga akan mendakwa Dr Kua (Kia Soong) sekiranya terdapat bukti ada fakta yang dimanipulasikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sepakat Komuniti 1Malaysia daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang pada majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Penasihat undang-undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta dalam buku tulisan Kia Soong yang diselewengkan mengenai aset-aset pertahanan untuk membolehkan beliau diambil tindakan mahkamah,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 13 Julai 2011

Telahan Papa Gomo benar - Fitnah sudah jadi santapan harian pembangkang!


Dari blog KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Kenyataan Media PDRM: Gambar Sebenar Allahyarham Baharuddin Mangsa Bersih 2.0


Wajah sebenar Allahyarham Baharuddin Bin Ahmad. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah..

Kenyataan Media PDRM

Pada 9 Julai 2011, seorang lelaki telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang ahli perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalanraya adalah merupakan Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Sehubungan itu, pihak polis telah menyiasat dan mengenalpasti bahawa gambar dan video yang disebarkan di media sosial tersebut adalah bukan gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad adalah seperti yang dikepilkan.

Ramli Mohamed Yoosuf
Penolong Ketua Urus Setia KPN
PDRM

Untuk Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar oleh Papa Gomo, sila lihat di sini.


Inilah KONSPIRASI TERANCANG politik murahan yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Pembangkang dan media mereka untuk menghasut rakyat Malaysia. Apa yang kita dapat dari pendedahan ini adalah Pakatan Pembangkang sebenarnya memang hebat dalam melakukan kerja-kerja fitnah dan juga konspirasi. Sesungguhnya fitnah sudah menjadi santapan harian bagi mereka tanpa memikirkan rasa bersalah. Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 8 Julai 2011

BERSIH 2.0 diteruskan kerana dibiaya OSF?

Kedegilan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) untuk tetap meneruskan perhimpunan meskipun, pemimpin mereka sudah diberi peluang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, disebabkan pertubuhan haram itu sudah terlalu banyak mendapat dana asing.

Keadaan itu menyebabkan Bersih tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa patuh kepada percaturan pihak asing, yang mahu melihat perhimpunan berkenaan tetap menjadi kenyataan apabila bertegas mahu Stadium Merdeka dan menolak tawaran di Stadium Shah Alam.

Terbaru, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar tampil mendedahkan bahawa pada 27 Jun hingga 2 Julai lalu, Pengarah Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara, Maureen Aung Thwin telah bertemu dengan pemimpin pembangkang serta pertubuhan yang bernaung di bawah Bersih.

Menurut Chandra, pertemuan tersebut dipercayai bagi membincangkan mengenai isu dana kepada Bersih kerana Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara dikendalikan Open Society Foundations (OSF), yang mana Ambiga sendiri baru-baru ini mengakui Bersih menerima dana daripada OSF.

“Saya memandang berat penglibatan Maureen dan OSF kerana pada tahun 1999 hingga 2001, badan ini memang membiayai operasi PKR. Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999 Maureen datang ke pejabat saya di Petaling Jaya untuk membiayai PKR (atas permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Saya tanya Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Datin Seri) mengenai perkara itu, tetapi dia dan Anwar menafikannya. Saya mempercayainya ketika itu, tetapi perkembangan selanjutnya yang mengaitkan beberapa orang pemimpin Zionis di Amerika Syarikat dengan Anwar menyakinkan saya bahawa dia sebenarnya berbohong.

“Hakikatnya, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch yang kemudiannya menghantar Maureen ke Malaysia,” katanya seperti dipetik dari blog http://www.pisau.net, hari ini.

Minggu lalu, sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, ratusan ribu ringgit dana asing telah disalurkan kepada Bersih oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang berpangkalan di Eropah, melalui akuan persendirian milik seorang pemimpin Bersih dan juga melalui akuan NGO yang bernaung di bawah pertubuhan haram tersebut.

Sementara itu : Ambiga Telah Lama Dikader Agen Asing

Sikap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan haram seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang cenderung antikerajaan bukan sesuatu yang baru dalam arena politik negara.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, golongan terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia.

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai program latihan pemimpin dan ahli mereka.

“Malah, Pengerusi Bersih, S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS),” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, banyak lagi NGO di negara ini antaranya Institut Kajian Dasar (IKD) yang berkiblatkan kepada Anwar mendapat dana dari luar.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, pendedahan Chandra bahawa Bersih menerima dana daripada Open Society Foundations (OSF) bagi membiaya perhimpunan haram itu adalah suatu yang serius.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis perlu bertindak tegas menyiasat dakwaan itu dan jika benar tindakan sewajarnya perlu diambil.

“Mengambil kira semua aspek mengenai perhimpunan Bersih seperti menerima dana asing, penemuan senjata berbahaya dan elemen komunis, maka kerajaan wajar mempertimbangkan mengeluarkan ‘kertas putih’ agar rakyat mengetahui kebenaran di sebalik perbuatan Bersih.

“Desakan Perkasa ada asasnya demi memastikan rakyat tidak dikelirukan dan ada pihak mendapat keuntungan politik atas kesengsaraan rakyat dan mencemar nama baik negara,” katanya. -UM.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 4 Julai 2011

SKMM patut tutup portal Malaysiakini!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa supaya menutup operasi portal berita pro pembangkang, Malaysiakini kerana sewenang-wenangnya menyiarkan komen negatif pembaca yang cenderung menimbulkan perpecahan di negara ini.

Terbaru, portal itu menyiarkan komen seorang pembaca yang seolah-olah mahu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berikutan titah Seri Paduka semalam mengenai perhimpunan haram Bersih.

Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia (AMMM), Asrul Muniff Azizan berkata, tindakan Malaysiakini menerbitkan komen berkenaan boleh disamakan dengan tindakan menghasut rakyat agar membenci Seri Paduka.

"SKMM mahu tunggu apa lagi sehingga Yang di-Pertuan Agong iaitu pemerintah tertinggi negara juga bebas dicaci di Malaysiakini. Tutup sahaja portal itu kerana ini bukan kali pertama ia dilakukan.

"Selain akta berkaitan penerbitan di Internet, pihak berkuasa juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas editor Malaysiakini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mahu melancarkan perang ke atas Seri Paduka," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan portal itu yang menyiarkan komen salah seorang pembacanya supaya menggulingkan Yang di-Pertuan Agong.

Komen seorang pembaca yang menggunakan nama Muhammad Nur Hanief itu sempat dipautkan ke laman blog rbfonline, bagaimanapun ia dipercayai dipadamkan oleh pengendali Malaysiakini semalam. Sila klik di sini.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari pula berkata, keberanian pembaca portal itu menulis komen-komen sedemikian berpunca daripada kelemahan SKMM yang gagal mengambil tindakan tegas ke atas portal itu sejak sekian lama.

"Setelah masyarakat awam yang tiada sivik melihat kelemahan penguatkuasaan SKMM, mereka akan terus-menerus menghantar komen menghina institusi diraja serta kerajaan dan ia menjadi lebih parah apabila komen sebegitu tidak ditapis oleh Malaysiakini.

"SKMM dan pihak berkuasa lain perlu mengambil tindakan segera dan tegas bagi mendidik masyarakat serta portal tidak bertanggungjawab kerana dalam banyak kes, hanya hukuman dapat mendidik golongan yang melanggar undang-undang," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee pula memberitahu, penyiaran komen biadab yang tidak ditapis oleh pengurusan portal pro pembangkang itu merupakan satu percubaan halus untuk menghasut rakyat memusuhi Seri Paduka.

"Saya hairan apa sebenarnya motif Malaysiakini menyiarkan komen tersebut tanpa tapisan seolah-olah turut menghasut rakyat memusuhi Seri Paduka.

"Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan harus melihat peranan yang dimainkan oleh portal ini sama dengan tindakan individu lain yang telah ditangkap kerana berniat melancarkan serangan terhadap institusi raja-raja Melayu," katanya.

Difahamkan bahawa Muhammad Nur Hanief ini juga pernah menghina baginda Sultan Selangor diblog http://hanief.blogspot.com/ sebelum ini. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 1 Julai 2011

Azmin sebenarnya tak layak cakap soal pengundi hantu!

Bekas Setiausaha Sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anuar Shaari menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak layak untuk bercakap soal pengundi hantu sekiranya mahu 'membersihkan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, kes yang berlaku pada Azmin itu adalah kes terpencil dan SPR bersedia membetulkan keadaan tersebut.

"Jika benar keadaan itu serius, maka Azmin tidak akan menang dalam pilihan yang beliau sertai pada 1999 dan 2008.

"Ternyata dakwaan itu adalah taktik mereka bagi menghalalkan perhimpunan haram Bersih dan menjadikan SPR sebagai 'kambing hitam'.

"Azmin jangan berlagak seperti ayam jantan yang kuat berkokok tetapi ekornya penuh dengan tahi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Anuar berkata, Azmin sepatutnya terlebih dahulu membersihkan isu yang terpalit mengenai dirinya dan isteri, Shamsidar Taharin dan Anwar.

"Azmin perlu jelaskan kenapa Anwar memberi saham-saham bernilai RM30 juta kepada Shamsidar? Apakah jenis dan bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh Shamsidar kepada Anwar? Apakah duit perkhidmatan Shamsidar digunakan untuk membiayai politik dan hidup mewah Azmin.

"Jika Azmin ada masalah untuk membersihkan isu-isu ini, beliau boleh menjemput adiknya Ummi Hafilda untuk menjelaskan bagi pihak beliau," jelasnya.

Bila Ummi Hafilda buat keterangan, Anwar diam dan sekadar buat tak indah. Dia nafi semua yang di sebut tapi dalam penafian ini dia juga tidak ambil tindakan saman pada Ummi ini. Jika sekadar pandai nafi tapi tak pandai menghentikan nya,umum berpendapat Anwar masih mahu lari dari sifat keberanian nya untuk tegakkan kebenaran.

Bila Ummi kata isteri Azmin ada affair dengan Anwar,sepatutnya dari awal lagi Anwar terjah Ummi dan seret dia ke muka pengadilan. Tapi ini dibiarkan berlarutan sehingga Anwar kalau boleh mahu perkara ini dilupakan rakyat.Tapi dalam penafian demi penafian ini anwar sudah di asak dengan keperluan untuk lakukan sesuatu demi ugama nya. Kenapa dia berselindung?

Sementara itu Anuar berkata, Anwar, Azmin dan pemimpin pakatan mengamalkan 'politik sate' demi menjayakan perhimpunan haram Bersih.

"Penyokong mereka telah dihasut, dibakar dan dikipas dengan fitnah agar rakyat bangkit berhimpun dan menentang kerajaan.

"Akhirnya yang mendapat faedah adalah Anwar kerana berjaya memanipulasi penyokongnya di jalanan bagi menjayakan agenda peribadi beliau," jelasnya.

Wasabi Oyabun..