Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 20 Ogos 2010

Guan Eng 'diserang' semasa ke majlis buka puasa!



























Semalam, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau.

Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan.

Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam

Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.

Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang.

Pada masa sama, seorang lelaki yang sangat dikenali rakyat negeri ini memerhatikan Guan Eng dengan reaksi yang amat marah.

Justeru, pasukan Cawangan Khas yang menyaksikan perkara itu meminta pihak pengurusan masjid menasihatkan Guan Eng supaya pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dan beliau akur dengan permintaan itu.

Bayangkan sekiranya tiada pasukan Cawangan Khas memantau keadaan dalam kedua-dua insiden tersebut, apa akan terjadi kepada Guan Eng sekiranya perkara tidak ingini berlaku kepadanya?

Apakah akan terjadi kepada beliau atau sesiapa pun sekiranya cadangan dangkal Ketua Menteri itu sebelum ini supaya Cawangan Khas polis ditutup benar-benar dilaksanakan?

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu sekali gus meminta mana-mana pihak selepas ini tidak lagi mempertikai peranan polis dalam menjaga keamanan negara.

Menurutnya, kewujudan sesuatu bahagian itu pasti ada sebabnya dan ia bukan diadakan dengan sewenang-wenangnya.

"Apa akan berlaku kepada dia (Guan Eng) sekiranya tiada anggota Cawangan Khas semasa insiden itu berlaku semalam. Jadi walaupun tidak suka kita perlu ikut VVIP sepertinya atas aspek keselamatan dan tanggungjawab kita.

"Jadi, saya berharap selepas ini janganlah semua perkara hendak dipolitikkan semata-mata agar menjadi populis kerana keselamatan rakyat perlu diutamakan," ujarnya.

Kejadian itu merupakan kontroversi terbaru melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut kerana sebelum ini sekumpulan peniaga bazar Ramadan di Komtar mengadakan demonstrasi selepas mereka tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut walaupun boleh berbuat demikian sejak dua dekad lalu.

Ekoran kejadian tersebut juga, seorang lelaki bertindak cuba membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan Guan Eng berhubung isu perniagaan di Komtar.

Baru-baru ini juga, seorang lelaki, Ali Ahmad Ariff, 63, terpaksa bersemuka dengan Guan Eng sendiri bagi mendapat penjelasan daripada mulut pemimpin itu sendiri mengenai beberapa isu khususnya yang melibatkan orang Melayu.

Lelaki tersebut yang juga dikenali Pak Ali sempat menepuk bahu kiri Guan Eng berikutan tidak puas hati dengan Ketua Menteri itu yang didakwa bersikap rasis dan menindas orang Melayu di negeri ini.

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP) di tingkat dua Menara Komtar.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 17 Ogos 2010

Jangan terlalu berani mencabar!















Ada orang yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Saya cadangkan mereka berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke Barat, kerana di sana lebih banyak 'kebebasan' untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Ternyata orang ini amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami Perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah orang ini tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu orang ini masih tidak berpuas hati. Mereka mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Saya cadangkan orang ini supaya membawa ideanya itu ke negara Barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang dimahukan terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan orang ini akan 'dibakulsampahkan' sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah orang ini tidak bersyukur?

Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam Perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah orang ini masih buta mata hatinya? Jangan pula kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak berapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Perlembagaan

Ketika Perlembagaan digubal, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil kerajaan British sendiri, Penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.

Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jemaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Orang ini tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya ini pun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna Perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah? Beri betis nakkan peha.

Satu sahaja yang saya pinta agar orang ini dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negara China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara Barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh orang ini terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh spesies sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu dimalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

Anak

Orang ini tidak perlu menghantar 'anaknya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran 'anak' orang ini tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja 'anak'nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah Perlembagaan, jangan jadi jahil.

Orang ini juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah orang ini tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu orang ini yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Orang ini janganlah terlalu berani.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

~ Penyebar Fikiran Rakyat ~

Wasabi Oyabun

Ahad, 15 Ogos 2010

Tapak Baru Kilang Arak : Satu Penghinaan Kepada Umat Islam!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menawarkan kawasan baru di Pelabuhan Klang, Selangor kepada sebuah syarikat pengeluar minuman keras untuk memperbesarkan perusahaan mereka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Ma’amor Othman berkata, apa yang dilakukan Yang Dipertua Pas Shah Alam itu merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Menurut beliau, ia jelas memperlihatkan Pas sanggup mempertaruhkan kesucian agama untuk mendapatkan sokongan terutama di kalangan orang bukan Islam.

Secara sinis beliau mengucapkan tahniah kepada Khalid kerana sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau mempelawa kilang pengeluar minuman keras itu untuk memperbesarkan perniagaan dengan menawarkan kawasan baru yang lebih luas.

“Jarang anak Melayu menawarkan tanah kepada syarikat minuman keras. Ini suatu pembaharuan yang dibuat oleh Pas untuk mendapatkan sokongan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khalid menerusi entri terbarunya di www.khalidsamad.com yang menawarkan kawasan baru di Pelabuhan Klang kepada sebuah syarikat pengeluar minuman keras di Shah Alam untuk memperbesarkan perusahaan mereka.

Khalid di dalam blognya berkata: “Saya bertanya sama ada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan extension atau pembesaran dan sama ada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas.

“Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di Pelabuhan Klang, memandangkan 100 peratus bahan keperluan malt diimport dan 50 peratus bahan keluaran dieksport, boleh diusahakan.”

Mengulas lanjut Ma’amor berkata, kenyataan Khalid berhubung tawaran itu menimbulkan kesangsian dan mengetepikan perjuangan Pas yang mengatakan ia memperjuangkan Islam di negara ini.

Malah, menurutnya, tindak-tanduk yang dilakukan oleh pemimpin Pas sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa mereka cuba menarik sokongan di kalangan pengundi bukan Melayu.

Katanya, Khalid sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kilang berkenaan dan bukannya menawarkan kawasan untuk syarikat itu meluaskan perniagaan.

“Apa yang patut dilakukan oleh Khalid adalah mencari jalan membantu nasib pekerja Islam, cari jalan bagaimana hendak bantu mereka dan kalau boleh carikan kerja baru.

“Ini lain pula yang berlaku. Kenyataan Khalid lebih untuk mendapatkan publisiti, cuba mendapatkan sokongan orang bukan Islam untuk buktikan Pas bukanlah parti untuk sesuatu kaum tapi semua. Pas sekarang sudah berubah hanya kerana memastikan survival politiknya,” tambahnya.

Komen : Kalau nama atau khalimah Allah pun Khalid boleh jual kepada puak Kristian, inikan pula kilang arak?

Wasabi Oyabun..

Rabu, 11 Ogos 2010

Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia dan siapakah LELAKI MISTERI yang di cium Anwar di mahkamah!


GEMPAR: Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws!

Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia :

Malaysia's laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.

Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a 'sensitive' issue in an interview.Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia's prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.

But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people's privacy needed to be protected. "In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted", he said. "Fair enough.

But here the question is, how do you use the law and intrude on people's privacy and their own private choices?" "This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended" ."The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law". "So I think while I endorse the general law against homosexuality.

I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians. I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at." Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar's cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister.

She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar's place as Mahathir's successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Anwar has said he bears no grudge against Mahathir.

"I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment and he is right in the sense of a very general sentiment against homosexual practices," Anwar said.

Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.

Some commentators have attributed Bush's re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals. "Gay marriages are going a bit too far," Anwar said. "I'm a liberal in many ways but I think that is going a bit too far."...????

Siapa Jejaka Misteri : Bunga Ros Unggu Di Hadiahkan Buat Anwar,lalu Anwar Tanpa Segan Silu Mencium Pipi Lelaki Tersebut !


Satu kejadian dramatik berlaku semalam bertempat di Mahkamah jalan Duta apabila seorang Pemuda Lelaki Melayu di lihat telah memberikan 11 kuntum Bunga Ros Purple kepada beliau lalu Anwar merangkul dan mencium pipi lelaki tersebut. Kejadian ini di lihat sebilangan orang ramai yang lalu lalang di situ dan dan petugas media.

Laporan dari Malaysiakini memetik Anwar menyambut Ulangtahun kelahirannya di Mahkamah. Namun yang menjadi ingatan pada semua yang ada semalam apabila Anwar Ibrahim secara spontan mencium pipi lelaki tersebut. Siapa kah lelaki itu? Apa hubungan nya dengan Anwar Ibrahim ini?


Apakah Wan Aziziah membiarkan sahaja perbuatan Anwar yang mencium pipi lelaki tersebut ataupun dalam diam Kak Wan marah dengan perbuatan suaminya yang tampa segan silu melakukan perbuatan sumbang di khalayak ramai?

Jika lelaki tersebut mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim maka apa hubungannya?
Sejauh mana hubungan tersebut sehingga dirinya rela di Cium Anwar Ibrahim di khalayak ramai?

Semakin jelas siapa Anwar Ibrahim ini. Rakyat wajib menolak Homoseksual ini dengan keras, apatahlagi Anwar Ibrahim yang bercita cita untuk menjadi pemimpin negara kita ini.

Adakah kedua-dua cerita ini mempunyai pertalian? Semuga kita sedar siapa Anwar bin Ibrahim ini sebenarnya!!! Wallahuallam.

Sumber : Blog Anwar Pembohong

Wasabi Oyabun..

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan: PAS dicabar desak tutup pusat hiburan!

Umno Selangor mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadan.

"Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS," kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' malam semalam.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.

Setelah tiga minggu berlangsungnya siri jelajah tersebut - Noh, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor berkongsi ceramah di sini malam semalam.

Daripada 19 ceramah yang diadakan di 22 bahagian di negeri itu, ketiga-tiga pemimpin tersebut bersatu di atas satu pentas dalam usaha untuk menyelamatkan Selangor dan merampas semula dari tangan Pakatan Rakyat.

Ezam dalam ucapannya menafikan laporan portal berita seperti Malaysiakini yang didakwa cuba melaga-lagakan beliau dengan dua pemimpin Umno itu.

"Mereka (portal berita itu) tidak kenal saya. Saya adalah kenalan rapat dengan Datuk Seri Noh dan Datuk Seri Mohd Khir. "Mereka tidak boleh pecah-pecahkan semangat kami," katanya di hadapan lebih 600 hadirin yang hadir, termasuk penyokong parti komponen BN.

Ceramah beliau itu diadakan dalam majlis kemuncak bagi siri jelajah untuk pusingan pertama diadakan di Kampung Jalan Kebun. Kampung tersebut terletak dalam DUN Sri Muda di bahagian Kota Raja.

Manakala Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani dalam ucapannya turut menegaskan bahawa beliau tiada masalah dengan Dr Khir dan Ezam.

"Kami bertiga adalah dari satu pasukan dan bergerak dengan satu haluan. Siri ceramah ini telah mendapat perhatian dari kerajaan Selangor. "(Jadi) kita nak selamatkan Selangor yang berada di bawah PKR," katanya selaku penceramah kedua.

Sementara itu, Dr Mohd Khir yang juga bekas menteri besar berkata Umno Selangor mengadakan siri ceramah tersebut bagi menyelamatkan negeri itu dari pemimpin yang didakwa melakukan kemungkaran dan kemusnahan.

Beliau mempertikai terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pakej ekonomi yang diluluskan dan Dewan Undangan Negeri sebanyak RM50 billion. "Saya kata (dalam dewan) bila nak buat. Lepas itu, beliau (Khalid) kata, itu tugas saya," katanya selaku penceramah pertama.

Ketiga-tiga pemimpin Umno itu, bergambar bersama-sama di atas pentas di samping pemimpin Umno yang lain selepas berakhirnya ceramah tersebut.

Dr Mohd Khir mendakwa kerajaan negeri tidak memajukan sungai Kelang yang diperuntukkan sebanyak RM6billion dan "tidak nampak" pelaksanaan projek pembangunan di Petaling Jaya Lama (PJ Old Town) yang diperuntukkan RM12billion.

"Saya tak nampak projek itu. Ini yang dikatakan pakej ransangan negeri Selangor. Inilah pakej (tapi) tak dilaksanakan," dakwanya. Beliau juga mengkritik Khalid yang juga ADUN Ijok dengan mendakwa menteri besar itu gagal mencapai sasaran bagi hasil pasir sebanyak RM150 juta seperti yang telah dinyatakan.

Katanya dalam bajet tahun lalu, Dr Mohd Khir mendakwa hasilnya menurun dan kerajaan Selangor gagal mendapat hasil seperti yang disasarkan.

Dalam majlis yang sama, pihak penganjur mengedarkan tiga risalah berhubung dakwaan isu kecurian pasir di negeri Selangor. Salah satu daripada risalah tersebut mengenai karikatur seorang lelaki yang mengorek pasir dengan menggunakan jentera pengorek pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan wang yang diperolehi dimasukkan karung yang bertulis PKR.

Selain itu turut diedar risalah mengenai dakwaan kerajaan negeri tidak menyambung kontrak 'Task Force Tanah' dari pejabat tanah di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang. Ini kerana, risalah itu mendakwa pasukan khas itu telah membongkar penyelewengan, rasuah dan kes curi pasir di beberapa kawasan di negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak penganjur mengumumkan siri jelajah bagi sesi kedua dijangka akan berlangsung selepas hari raya Aidilfitri.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 8 Ogos 2010

Khalid Ibrahim Tidak Tahan Tekanan DAP!

Dua minggu lepas MB Khalid G mengeluarkan kenyataan kepada semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan?

Pada 28 Julai 2010 : Menteri Besar Selangor Abdul Khalid G menasihati semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Beliau berkata hal berkenaan ditujukan kepada semua pemimpin termasuk wakil rakyat, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak timbulnya konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

"Satu surat pekeliling akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dalam masa terdekat berhubung saranan ini dan kita minta semua pemimpin mengambil perhatian terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam .

Bagaimanapun, Abdul Khalid G berkata surat sokongan bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan kebajikan amat digalakkan terutamanya bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan.

"Surat sokongan seperti anak mahu masuk universiti, orang susah untuk dapatkan bantuan dan bantuan untuk warga emas amat dialu-alukan," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, Datuk Bandar, Yang DiPertua PBT dan agensi kerajaan diminta untuk mengumpul semua surat sokongan yang telah dikeluarkan oleh semua pemimpin untuk diaudit dan dinilai keberkesanannya.

Akan tetapi pada 5 Ogos 2010 lain pula jadinya, wakil-wakil rakyat dibenarkan pula keluarkan surat sokongan. Khalid terpaksa mengubah kenyataan awalnya kerana tekanan dari DAP.

Ini kerana sebagaimana yang kita tahu, surat-surat sokongan yang dikeluarkan oleh Ronnie Liu selama ini boleh mendatangkan projek-projek yang lumayan kepada DAP.

Akibat tidak tahan dengan tekanan DAP maka Khalid terpaksa ubah kenyataan awalnya. Nampaknya gelaran MB boneka yang diberikan kepada Nizar semasa dia menjadi MB Perak kini telah berjangkit ke Selangor.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 3 Ogos 2010

Politik Kotor Anwar Dajjal!













Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”.

Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan.

Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ), Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat duniawi dan kekayaan hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.

Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya.

Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang lupa bahawa dia pernah menginjak-nginjak bendera UMNO! Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah sendiri pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar memasuki UMNO, beliau sudah mengorbankan prinsipnya”.

Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”! Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar.

Kamarudin Jafar kroni dekat Anwar berjaya mengumpul kekayaan jutaan ringgit. Untuk Siapa...kekuatan Empayar Anwar untuk gulingkan sesiapa saja yang menentangkan.

Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Tun akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.

Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya politiknya yang kemudiannya dipergunakan secara meluas.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayat Anwar yang membunuh ialah,“Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”.

Namun dua hari selepas itu, dia mezahirkan hasratnya mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen dan mempengaruhi serta memujuk agar percaya bahawa Tun Mahathirlah berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi.

Maka menanglah Anwar! Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya.

Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk. Akhirnya Musa terpinggir! Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO sekaligus bermulalah era Anwar membina Empayarnya dan pada masa yang sama melahirkan ramai 'musuh' yang dikhianatinya termasuk Haji Shuhaimi.

Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Tun dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Tun, bertambah kuat pertalian politik Tun-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden. Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar. Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu.

Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.

Sanusi juga pernah menjadi mangsa politik Anwar.

Perkara ini “unprecedented” dan Tun sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Tun masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO.

Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden. Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu.

Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Tun dalam mempersoalkan sikap Tun terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.

Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad! Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya!

Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh Anwar dan Team Wawasan ketika itu sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar.

Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Tun menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Tun. Apabila sesekali Tun terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar.

Apabila Tun tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Tun masih mahukanya atau tidak?














Pak Ghafar menjadi mangsa sifat haloba dan sadis Anwar. Bicara lain tapi perbuatan jauh menyimpang...benar-benar Hipokrit!


Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya.

Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula.

Di awalnya menafikan untuk mencbar Pak Ghafar namun setelah bekerja keras untuk memastikan semua cawangan mencalonkan dia (Anwar), Anwar kemudian dia berkata… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…”

Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini.

Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat (Setiausa Agung UMNO ketika itu) menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan Ismail (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya? Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar.

Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Megat Junid turut menyakinkan Tun, Anwar akan menang! Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur! Anwar menang, Pak Ghaffar kalah! Bukab semasa bertanding tetapi di peringkat awal pencalunan. Sungguh mengaibkan bagi seorang Timbalan Presiden.

UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini dan dia yang memulakan ini (politik wang).

Sebagai seorang pejuang Islam, dia cuba menjadi munafiq dengan menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Tun-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tuah Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Tun dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Tun. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan dapat membaca maksud Tun pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Tun dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa! Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu?

Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir? Bukankah angkara Anwar?

Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya! Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Tun tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko.

Tun bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Tun pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar. Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya.

Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Tun di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.

Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Tun bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. tun menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya.

Di samping itu, untuk mendapat sokongan dari kepala Negeri, Anwar menggunakan kuasanya untuk membolehkan kesemua Kepala Negeri (Menteri Besar) mendapat Anugerah Tinggi dari Agung (King). Maka setiap kepala negeri di Anugerahkan gelaran 'Tan Sri'. Ini hanya berlaku di zaman Anwar kerana Anwar percaya dengan cara ini, dia akan dapat memenangi sokongan dari para Kepala Negeri.

Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.

Inilah ringkasan sejarah Anwar yang perlu diketahui oleh generasi muda agar kita tidak terus terperangkap dalam mainan politik kotor Anwar.

Wasabi Oyabun..