Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 31 Disember 2014

Empat terselamat insiden helikopter PDRM terhempas!

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, hari ini.

Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat.

"Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Sementara itu, penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.

Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur, Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang iaitu tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui di kampung itu, di sini hari ini.

Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.

"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.

"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.

"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.

"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya.

Wasabi Oyabun

Ahad, 28 Disember 2014

Jemputan Obama dan kejahilan politik pembangkang?

Keratan Utusan Malaysia 21 Disember 2014.

Gembira sungguh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang apabila sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS), The Washington Post menyiarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermain golf dengan Presiden AS, Barack Obama di Hawaii.

Tanpa mahu memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku, puak-puak yang dalam kepala mereka sudah ‘berulat’ dengan sentimen politik menyebarkan fitnah dan tohmahan. Paling ketara menuduh Najib tidak prihatin apabila bersantai bermain golf di luar negara ketika negara sedang bergelut dengan bencana banjir.

Jika mahu mereka berfikir secara jernih dan matang sudah pasti mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh Najib bukan terbang beribu-ribu kilometer semata-mata mahu bermaif golf dengan Obama. Sebaliknya beliau menjejak kaki di bumi AS itu atas jemputan Obama bagi membincangkan isu keselamatan serantau dan pelbagai isu lain.

Jemputan Obama itu sepatutnya dianggap satu pengiktirafan, apatah lagi bukanlah satu perkara biasa bagi Obama mencampuradukkan urusan kerja dengan ‘bersantai’ malah jemputan itu sendiri menunjukkan penghormatan AS terhadap kepemimpinan Najib.

Tidak harus dilupakan pertemuan itu sangat penting bagi meningkatkan lagi hubungan diplomatik yang akan memberi manfaat besar kepada negara.

Tambahan pula bukanlah mudah untuk mendapatkan pengiktirafan dan keyakinan kuasa besar seperti AS terhadap kepimpinan negara ini ketika segelintir pemimpin pembangkang bersedia memburuk-burukkan Malaysia kepada pihak di Washington.

Oleh itu, janganlah berfikiran sempit. Jangan terlalu taksub mencari modal politik sehinggakan tujuan sebenar sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemimpin negara mahu diputarbelitkan.


Dalam keghairahan untuk menyindir dan memperkecilkan usaha Perdana Menteri, puak-puak pembangkang terlupa jemputan oleh Obama itu sudah pastilah dilakukan ketika negara belum lagi dilanda bencana banjir yang serius.

Namun begitu dalam kesibukan beliau sebelum berlepas ke AS, Najib meluangkan mangsa menjenguk mangsa banjir di Kuantan pada Sabtu lalu, tetapi soalnya adakah perkara ini diuar-uarkan oleh musuh-musuh politik beliau. Sudah pasti tidak!

Biarpun berada di luar negara, Najib sentiasa mengikuti perkembangan banjir yang melanda dari semasa ke semasa dan meminta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memastikan segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir.

Najib kembali ke tanah air hari ini dan dijadual terus melawat mang­sa-mangsa banjir di Kelantan. Percayalah kita tidak akan mendengar pujian daripada pihak pembangkang, sebaliknya mereka akan menganggap kepulangan Najib bukan kerana keprihatinan beliau tetapi disebabkan desakan mereka. Itulah sikap pembangkang, tiada apa yang betul pada pandangan mereka.

Namun perbuatan mengkritik dan membuat tuduhan membuta tuli hanya berdasarkan sekeping gambar bukanlah satu tindakan yang bijak, sebaliknya hanya menunjukkan betapa jahilnya cara berpolitik sesetengah pemimpin pembangkang biarpun ada antara mereka sering sahaja membaca surah Al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.’’

Ternyata mereka hanya membaca bukan menghayati apatah lagi mengamalkannya sebab itulah mereka boleh membuat tuduhan sesuka hati namun tiada apa yang hendak dihairankan kerana itu­lah standard pemimpin pembangkang negara ini.

Wasabi Oyabun..