Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 28 Disember 2014

Jemputan Obama dan kejahilan politik pembangkang?

Keratan Utusan Malaysia 21 Disember 2014.

Gembira sungguh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang apabila sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS), The Washington Post menyiarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermain golf dengan Presiden AS, Barack Obama di Hawaii.

Tanpa mahu memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku, puak-puak yang dalam kepala mereka sudah ‘berulat’ dengan sentimen politik menyebarkan fitnah dan tohmahan. Paling ketara menuduh Najib tidak prihatin apabila bersantai bermain golf di luar negara ketika negara sedang bergelut dengan bencana banjir.

Jika mahu mereka berfikir secara jernih dan matang sudah pasti mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh Najib bukan terbang beribu-ribu kilometer semata-mata mahu bermaif golf dengan Obama. Sebaliknya beliau menjejak kaki di bumi AS itu atas jemputan Obama bagi membincangkan isu keselamatan serantau dan pelbagai isu lain.

Jemputan Obama itu sepatutnya dianggap satu pengiktirafan, apatah lagi bukanlah satu perkara biasa bagi Obama mencampuradukkan urusan kerja dengan ‘bersantai’ malah jemputan itu sendiri menunjukkan penghormatan AS terhadap kepemimpinan Najib.

Tidak harus dilupakan pertemuan itu sangat penting bagi meningkatkan lagi hubungan diplomatik yang akan memberi manfaat besar kepada negara.

Tambahan pula bukanlah mudah untuk mendapatkan pengiktirafan dan keyakinan kuasa besar seperti AS terhadap kepimpinan negara ini ketika segelintir pemimpin pembangkang bersedia memburuk-burukkan Malaysia kepada pihak di Washington.

Oleh itu, janganlah berfikiran sempit. Jangan terlalu taksub mencari modal politik sehinggakan tujuan sebenar sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemimpin negara mahu diputarbelitkan.


Dalam keghairahan untuk menyindir dan memperkecilkan usaha Perdana Menteri, puak-puak pembangkang terlupa jemputan oleh Obama itu sudah pastilah dilakukan ketika negara belum lagi dilanda bencana banjir yang serius.

Namun begitu dalam kesibukan beliau sebelum berlepas ke AS, Najib meluangkan mangsa menjenguk mangsa banjir di Kuantan pada Sabtu lalu, tetapi soalnya adakah perkara ini diuar-uarkan oleh musuh-musuh politik beliau. Sudah pasti tidak!

Biarpun berada di luar negara, Najib sentiasa mengikuti perkembangan banjir yang melanda dari semasa ke semasa dan meminta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memastikan segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir.

Najib kembali ke tanah air hari ini dan dijadual terus melawat mang­sa-mangsa banjir di Kelantan. Percayalah kita tidak akan mendengar pujian daripada pihak pembangkang, sebaliknya mereka akan menganggap kepulangan Najib bukan kerana keprihatinan beliau tetapi disebabkan desakan mereka. Itulah sikap pembangkang, tiada apa yang betul pada pandangan mereka.

Namun perbuatan mengkritik dan membuat tuduhan membuta tuli hanya berdasarkan sekeping gambar bukanlah satu tindakan yang bijak, sebaliknya hanya menunjukkan betapa jahilnya cara berpolitik sesetengah pemimpin pembangkang biarpun ada antara mereka sering sahaja membaca surah Al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.’’

Ternyata mereka hanya membaca bukan menghayati apatah lagi mengamalkannya sebab itulah mereka boleh membuat tuduhan sesuka hati namun tiada apa yang hendak dihairankan kerana itu­lah standard pemimpin pembangkang negara ini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan