Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 29 April 2014

MH370: Apa Kah Dakwaan Makcik Dalelah Akan Terbukti Benar?


Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 25 April 2014

Virgin plane hijacked, force land in Bali?


A Virgin aircraft flying from Australia is believed to have been hijacked at Bali airport, reports quoting Indonesian officials say.

Police have told Indonesian TV that a passenger tried to enter the cockpit and take over the plane but has since been arrested.

An Indonesian air force spokesman told the BBC that troops had boarded the plane, which had flown from Brisbane.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 23 April 2014

Daim sifatkan Anwar 'kaki goreng'?


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kaki goreng’ kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.

Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini ‘kaki goreng’," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.


Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud, Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.

Daim diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Daim menjelaskan, pada tahun 1999 ketika Anwar dalam Kabinet, Ketua Pembangkang itu pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul," jelas beliau.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Anwar yang menyatakan mempunyai beberapa kotak mengandungi dokumen penyelewengan oleh tokoh-tokoh politik.

"Tetapi sehingga kini tidak ada apa yang didedahkan oleh ketua pembangkang itu," katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 22 April 2014

Tian Chua sengaja cabar undang-undang - KPN?


Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kenyataan berbaur hasutan yang dibuat Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang sekali lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ceramahnya di Pantai Dalam, di sini semalam.

Kenyataan berbaur hasutan itu diulangi Tian Chua sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri di jalanan menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah terus mempertikaikan keputusan mahkamah dan mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

"Beliau (Tian Chua) seperti sengaja ingin mencabar undang-undang negara," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kes Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu yang mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Malah beliau juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.

Pada 15 April lalu, telefon bimbit miliknya telah disita polis untuk membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Terbaharu semalam, Tian Chua dalam ceramahnya di Pantai Dalam sekali lagi mengulangi kenyataan yang sama serta mengakui tindakan yang pernah dikenakan ke atasnya malah tidak memberi sebarang kesan.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 21 April 2014

AMARAN DARI TIAN CHUA : Dr. Mahathir Dah Tumbang, Kini Giliran Najib...!!! KDN Nak Berpeluk Tubuh Lagi Ke?


Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998.

“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.

Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati.

“Kita pernah menunjukkan rekod kita. Saya disumbat di dalam (Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di Kamunting selama dua tahun tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

“Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati. Kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi gesaan sama anak muda akan bangkit menentang kezaliman.

Katanya, himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bakal menjadi saksi gelombang kebangkitan anak muda.

“Amaran saya kepada Najib dan Mahathir. Kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai Umno tumbang.

“Bersiap sedia tunggu arahan. 1 Mei kita jumpa di jalan raya. Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Insya Allah,” katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

Katanya, ratusan ribu orang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.

"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka," katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 14 April 2014

Najib ziarah Haron Din di IJN?

MESRA ... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual mesra bersama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (kiri) yang kelihatan ceria dan semakin sihat semasa kunjungan Perdana Menteri ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu. Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 6 April 2014

Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap?


Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.

Selanjutnya sila baca di sini!

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 4 April 2014

Ketua Pembangkang DUN Selangor hairan Khalid belum bangun dari 'tidur'?


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hairan de­ngan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa tidak mengetahui keputusan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) menutup operasi Hotel Quality Shah Alam berkuat kuasa 1 Jun ini.

Datuk Mohd. Shamsudin Lias berkata, kenyataan berkenaan mencetuskan pelbagai persoalan terhadap peranan sebenar Abdul Khalid dalam menguruskan anak syarikat kerajaan negeri yang berfungsi me­ningkatkan taraf sosioekonomi ne­geri, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Tegas beliau, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Abdul Khalid secara logiknya mengetahui kedudukan prestasi kewangan serta operasi KPS termasuk entiti perniagaan serta pelaburan syarikat itu menerusi Hotel Quality Shah Alam.

“KPS itu sendiri merupakan anak syarikat di bawah KDEB dan Menteri Besar merupakan Pengerusi Lembaga Pengarahnya. Jadi, bagaimana Menteri Besar boleh menyatakan beliau tidak tahu-menahu atau tidak maklum mengenai keputusan KPS menutup hotel berkenaan.

“Adakah mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KDEB yang dipengerusikan Menteri Besar sendiri tidak pernah membangkitkan mengenai kedudukan Hotel Quality Shah Alam. Ini yang menghairankan kita, apakah Menteri Besar cuai atau tidak ambil perhatian mengenai masalah yang dihadapi oleh anak syarikat kerajaan nege­ri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan Abdul Khalid memberitahu bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan KPS menutup Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 di sini atas faktor kerugian.

Penutupan itu disahkan sendiri oleh Ketua Perhubungan Awam dan Media KPS, Amin Lin Abdullah pada Selasa lalu sekali gus menyebabkan kira-kira 105 kakitangan hotel berkenaan diberhentikan pada 31 Mei ini.

Penutupan tersebut dibuat atas alasan perniagaan hotel di Shah Alam yang tidak kondusif telah menjejaskan prestasi kewangan Hotel Quality Shah Alam meskipun pihak pengurusan telah melaksanakan beberapa tindakan untuk mengurangkan kos.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong mempertikaikan alasan penutupan hotel tersebut yang dilihat tidak kukuh memandangkan beberapa hotel lain di sini beroperasi dengan baik.

Mengulas mengenai nasib 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam yang terjejas mata pencarian akibat penutupan hotel itu, Mohd. Shamsudin meminta kerajaan ne­geri memberi latihan kepada mereka yang terlibat selain menempatkan mereka di mana-mana entiti perniagaan anak syarikat kerajaan negeri.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 3 April 2014

Lelaki bersenjata culik dua wanita dari Semporna?


Lelaki bersenjata culik dua wanita warga China dan Filipina dari pusat percutian Semporna semalam.

Menurut laporan berita laman web The Star, salah seorang wanita ialah Gao Hua Yun, 29 tahun dari Shanghai dan seorang lagi ialah pekerja Filipina yang masih belum dikenal pasti.

Ketua Pengarah Eastern Sabah Security Command Datuk Mohammad Mentek telah sahkan penculikan tersebut.

Kedua-dua mangsa berada di jeti pusat percutian apabila mereka bertembung dengan lelaki-lelaki bersenjata dari 10.30pm dan diculik.

Akhbar The New Strait Times melaporkan bahawa jeti tersebut adalah paling jauh dari pusat percutian tersebut dan dibina atas air cetek dan lebih dikenali sebagai 'floating resort' yang adalah 30 minit (melalui bot) dari bandar Semporna.

Apabila insiden tersebut berlaku, pelancong lain dan pekerja berada di pusat percutian tersebut.

Wasabi Oyabun..