Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 30 Ogos 2013

Perutusan YAB PM @NajibRazak Hari Merdeka ke-56 2013!



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-56 dalam keadaan permai sentosa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-50 Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambutnya sejak 1963.

2. Sesungguhnya, bersesuaian dengan situasi semasa, MalaysiaKu Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, telah dipilih sebagai tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan kali ke-56 ini.

Saudara dan Saudari,

3. Hakikatnya, telah puluhan tahun rakyat Malaysia menempuhi pelbagai perubahan dan transformasi bersama, baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Sepanjang tempoh itu juga, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, bebas dari cengkaman serta belenggu penjajahan asing.

4. Sesungguhnya, kedaulatan menjadi faktor yang menunjang kita sebagai sebuah negara tidak datang secara bergolek. Telah banyaknya keringat yang mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorbanan. Semua itu hasil perjuangan para pemimpin bersama generasi terdahulu, hatta bersinambung sampai sekarang.

5. Maka yang demikian, memiliki kedaulatan bermaksud, kita berhak sepenuhnya dalam segala urusan mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri halatuju negara. Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisah meraihnya, kita juga wajib terus memelihara dan mempertahankan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan Agama Islam, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera, seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saudara dan Saudari,

6. Kita menginsafi, dunia kini sering berdepan dengan pelbagai mehnah dan pancaroba. Justeru, kita terdedah dengan pelbagai ancaman oleh dalang-dalang yang cuba mewujudkan sengketa di serata dunia. Umpamanya, krisis dalaman yang sedang melanda di beberapa buah negara Arab, akhirnya bertukar menjadi kecemperaan politik yang berpanjangan.

7. Pergolakan yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat tidak berdosa sebegini, wajar dijadikan iktibar kepada kita semua. Konflik yang sedang berlarutan, seperti tiada kesudahannya. Cahaya di hujung terowong yang dinantikan oleh rakyat mereka, tampaknya masih samar dan buntu. Demikianlah jika perubahan yang ditagih hanya sekadar perubahan semberono. Natijahnya, kemusnahan ekonomi dan pertumbuhan negara akan terjejas pabila tiadanya kestabilan dan perpaduan.

Saudara dan Saudari,

8. Merujuk ehwal negara kita, peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini turut mengorbankan nyawa para perajurit tanah air. Sudah tentu, tragedi berdarah ini akan menjadi satu pengajaran kepada kita bahawa, Malaysia tidak terlepas daripada terdedah kepada ancaman musuh dari luar.

9. Hakikatnya, tragedi walang itu telah menyentap benak sanubari rakyat Malaysia, tentang peri-mustahak untuk kekal bersatu, demi mempertahankan kedaulatan negara. Lantaran, kita tidak boleh kunjung jemu untuk menyemai benih-benih jatidiri dan pucuk-pucuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat, khususnya golongan muda yakni generasi pewaris.

10. Pendek kata, sambutan Kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat. Lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayatan yang mendalam. Sememangnya lagi, kita tidak mahu kemerdekaan hanya pada nama. Pengisiannyalah yang lebih utama, dan terbukti, kita telah pun melalui episod-episod seperti perselisihan antara kaum, krisis kewangan dan kemelut politik. Syukurlah semua itu kita lalui dengan jayanya.

11. Sesungguhnya jua, perkara utama untuk direnungkan dalam mencapai maksud ulang tahun kemerdekaan adalah, sejauh manakah kejayaan kita sehingga kini dalam mempersiapkan dan mempersembahkan sebuah Malaysia yang progresif bagi ditinggalkan kepada zuriat hari muka.

12. Jelasnya, pada hemah saya, pelbagai usaha perlu digembleng dan dibugarkan, demi mencelikkan sejarah kepada generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya. Anak-anak muda sebagai bunga-bunga bangsa perlu terus dibimbing dan diasuh, dipersiapkan dengan jatidiri dan diperteguhkan semangat patriotisme mereka. Barulah Malaysia dengan rakyatnya yang berjiwa besar, akan kekal berdaulat lagi merdeka dalam permaknaan sebenar.

Saudara dan Saudari,

13. Secara tuntas, Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik di dunia. Keunikan inilah menjadikan kita istimewa dan aset bagi mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi.

14. Pucuk pangkalnya, kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional. Atas sebab itu, saya yakin dan percaya tiada siapa pun pihak luar yang berhak mengajar kita bagaimana hendak berjalan, kerana kita sudah lama bertatih dan melangkah.

15. Kesimpulannya, rupa dan wajah Malaysia seperti mana yang kita lihat dewasa ini, telah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancangan teliti, serta strategi yang rapi oleh pihak Kerajaan sejak berdekad lalu, mengikut pendekatan serta acuan kita yang tersendiri.

16. Akhir kalam, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia, hargailah keamanan, peliharalah keharmonian, pupuklah perpaduan dengan mencintai watan. Ayuh, marilah kita berpadu, dengan obor perjuangan yang jitu, demi Malaysia yang satu.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-56.

Merdeka, Merdeka, Merdeka. Dirgahayu Malaysiaku.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 27 Ogos 2013

Cara Tun Dr Mahathir berkempen keamanan diiktiraf!


Kongsi tanggungjawab kekal aman

Perdana Menteri menggesa semua negara berkongsi tanggungjawab secara menyeluruh bagi mewujudkan suasana aman yang berkekalan untuk memastikan masa depan yang lebih baik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kemajuan yang diperjuangkan selama berabad dan juga memperoleh pencapaian luar biasa adalah tidak bernilai jika tidak boleh hidup aman sesama sendiri.

Malah, beliau berkata, komuniti antarabangsa kini turut berdepan dengan cabaran terbesar iaitu usaha mewujudkan keamanan bukan hanya untuk hari ini tetapi pada setiap masa.

"Cabaran tersebut mesti dihadapi secara kolektif supaya keamanan yang dicapai berasaskan kepada persetujuan bersama dan bukannya dikuat kuasa melalui kekuasaan atau paksaan.

"Keamanan hanya boleh dicapai jika kita semua bersedia menggantikan konflik dengan sesi dialog yang konstruktif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global di sini hari ini.


Yang turut hadir, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir menyampaikan anugerah sepanjang hayat untuk keamanan dan kebebasan bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang diwakili oleh Zuma.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan anugerah pengiktirafan keamanan global sepanjang hayat kepada Dr. Mahathir bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global. (LIFE TIME CAMPAIGNER FOR GLOBAL PEACE)

Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global adalah anugerah keamanan antarabangsa yang disumbangkan Yayasan Keamanan Global Mahathir yang ditubuhkan bagi menyumbang kepada usaha keamanan di seluruh dunia.

Justeru itu, Najib berkata, dunia sepatutnya mencontohi semangat dan dedikasi Dr. Mahathir dalam menentang apa jua peperangan yang tercetus di dunia pada hari ini.

"Bercakap dalam persidangan di seluruh dunia Dr. Mahathir hanya menyampaikan mesej yang ringkas tetapi padat iaitu peperangan tidak sepatutnya menjadi pilihan untuk mewujudkan keamanan.

"Anugerah ini adalah satu lagi demonstrasi komitmen peribadi Dr. Mahathir yang mendalam kepada perjuangan itu," katanya.

Beliau berkata, amat jarang berlaku apabila seorang pemimpin sebuah negara diangkat menjadi ikon global dalam bidang tertentu.

"Hanya segelintir yang mendapat pengiktirafan sedemikian. Mereka bukan setakat dikenali rakyat sendiri dan gelaran mereka," katanya.-UMO

Sumber gambar : Minaq Jinggo

Wasabi Oyabun..

Saya akan bekerja kuat untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR - Azmin Ali?


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu awal tahun depan.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan tumpuan utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian ... saya nak fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR.



"Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik." katanya lapor The Malaysian Insider.

Azmin juga turut menepis dakwaan wujudnya agenda memboikot Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya mengakui hubungan beliau selaku Pengerusi PKR Selangor amat rapat dengan Abdul Khalid yang juga Pengerusi PR Selangor.

"Kita ada muafakat cukup baik ... wacana agak berkala bagaimana parti boleh bersama kerajaan negeri melaksanakan manifesto. Hubungan kerja cukup baik, jangan layan fitnah dan tohmahan," katanya lagi.


Beliau juga berkata, hasil perbincangan ketika temu rapat antara pemimpin PR di Pulau Pinang pada Ahad dan Isnin lalu juga perlu dilaksanakan.

"Kita nak selaraskan dan laksanakan apa yang kita bincangkan di temu rapat," katanya ringkas di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di hari ini.

Laporan media sebelum ini berkata Abdul Khalid umpama dipinggirkan PKR negeri dalam aktiviti mereka dan hanya dilihat menghadiri program anjuran agensi-agensi kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa penyertaan pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adu) mahu pun pimpinan cabang PKR.



Malah, Khalid juga turut dikatakan dilihat hanya hadir dalam program-program anjuran Exco atau DUN yang diwakili oleh PAS atau DAP.



Perkara itu disedari apabila Majlis Rumah Terbuka hari raya pertama yang diadakan di Dataran SUK di Shah Alam yang hanya dihadiri kebanyakan pimpinan PAS dan DAP tanpa kehadiran pemimpin dan ADUN mahupun kepimpinan cabang PKR Selangor.

Ketika program hari terbuka Parlimen Gombak yang dianjurkan oleh Azmin baru-baru ini, Khalid juga tidak kelihatan walaupun ramai ADUN dan pimpinan PKR hadir.

Mungkin anak-anak muda perlu memikirkan samada mahu lagi memilih PKR sebagai haluan politik mereka jika mereka mendapati moral para pemimpin PKR adalah sama seperti mana dalam gambar-gambar diatas! Fikir dan renongkan lah sebelum terlambat!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 26 Ogos 2013

Berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kenyataan bijak!


Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu terkandung perkara-perkara dasar mengenai Islam dan umat Islam tidak sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Ia sangat menarik untuk diteliti kerana fokus ucapan beliau itu adalah betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah diperkasa di Malaysia sebagai jawapan terbaik ke arah wahdah atau perpaduan dalam kalangan umat.

Secara langsung ucapan itu menghubungkan dengan pengaruh Syiah yang sedang menular di Malaysia. Ia adalah penegasan penting penolakan kerajaan terhadap ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan di kalangan warga umat.

Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi baru-baru ini dengan menyatakan terdapat 250,000 pengikut Syiah di Malaysia adalah sesuatu yang membimbangkan dan sifatnya mengancam.

Dalam ucapan itu Perdana Menteri menyebutkan antara lain, - " Dengan izin Allah, kita dalam keadaan bebas daripada peperangan, persengketaan mahupun bencana alam melampau seperti mana yang melanda saudara-saudara seaqidah di beberapa negara di seluruh dunia".

Alhamdulillah, Malaysia masih dalam keadaan damai walaupun pertentangan dalam kalangan kelompok politik sifatnya terkawal. Bukan tidak ada persengketaan di Malaysia yang boleh membawa apa yang berlaku di sesetengah negara Arab, tetapi kebijaksanaan kepimpinan negara ternyata masih ampuh dan strategik untuk meneruskan “jejak rekod" yang baik dalam pembangunan dan menyebabkan kesinambungan perubahan terjadi dengan terancang.

Bezanya Malaysia dan negara-negara umat Islam lain adalah idealisme Islam diterjemahkan secara beransur-ansur tetapi konsisten. Berasaskan pendekatan Siyasah Syariyyah kepentingan agama terpelihara dan Islam diterjemahkan dalam ilmu dan pendidikan, muamalah dan tijarah, perundangan dan kekeluargaan.

Amat penting gagasan besar Islam tidak saja dalam batas ritual dan rohaniah tetapi harus mampu diterjemahkan dalam pengurusan sumber supaya manfaatnya dirasakan.

Pemerhatian penulis, produktiviti rohaniah umat Islam relatif tinggi dalam konteks ibadah yang sifatnya rohaniah tetapi produktiviti amaliah umat Islam relatif rendah kerana tidak adanya perancangan konkrit dan strategik bagaimana Islam mampu berkembang dalam realiti masyarakat yang serba kompleks dan majmuk.

Sebab itu, Perdana Menteri menyarankan supaya pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan dijadikan pendekatan dalam situasi Malaysia baik dari segi dakwah dan tarbiyyahnya mahupun pendekatan politik yang diambil.

Pendekatan wasatiyyah bukan bermakna kita meleburkan soal prinsip tetapi ia memperlihatkan kebijaksanaan iaitu perimbangan idealisme dan realiti dalam gagasan yang praktikal dan relevan.

Tambah Perdana Menteri : ‘‘ Dalam konteks Islam dan Perpaduan Nasional - tiadanya ijmak atau kesepakatan dalam perkara asas beragama ditambah pula polemik tanpa berkesudahan yang akhirnya akan merugikan semua pihak".

Kenyataan Najib itu amat relevan di mana-mana dalam dunia Islam. Mesir, Tunisia, Syria, Libya, Iraq dan banyak lagi tidak pernah reda dengan pergolakan yang serius. Sesama Islam bersengketa dan berbunuhan.

Musuh-musuh Islam tidak perlu mengatur strategi untuk menghancurkan Islam lantaran di kalangan kelompok yang berbeza fahaman sedang menghancurkan yang lain dan akhirnya pihak ketiga yang akan mengaut keuntungan.

Tradisi muzakarah hampir pupus, jiwa tasamuh atau toleransi sudah hilang. Yang muncul kini ialah sikap kebencian yang melampau dan dendam kesumat yang tinggi sehingga hilang rasa muafakat terhadap hal-hal yang kita patut bersama.

Ia ditambah dengan polemik mencari kesalahan orang lain dan tidak pula menyumbang untuk membangun fikrah umat. Rasa tidak bersyukur terjadi. Yang dilihatnya hanya kuasa politik. Bila dapat kuasa politik program pembangunan dan perubahan untuk menyantuni masyarakat tidak ada. Syarah dan tazkirah dijadikan tunjangan menghina orang lain untuk memelihara muslihat sendiri.

Moga Ramadan yang berlalu dan Syawal yang perlahan-lahan meninggalkan kita ini membawa warga umat berfikir sejenak sehingga bila sengketa dalam kalangan umat akan berakhir.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kes Tembak : Zahid Hamidi Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan?


Bekas pemimpin Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang kini memegang jawatan tertinggi Kerajaan diminta meletakkan jawatannya serta merta kerana mempertikaikan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjenayah tidak seharusnya menerima simpati umum dalam usaha kerajaan memerangi jenayah di Negara ini.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula. Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah.

"Awak faham-faham sendirilah," katanya ketika disoal pemberita berhubung bekas pemimpin NGO yang dimaksudkan beliau.


Zahid berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media pada Forum Sehari bertajuk 'Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan' anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) di Sunway Resort & Spa di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Asli Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waytha Moorthy mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan


Bekas pemimpin Hindraf itu dilaporkan akhbar sebagai berkata, beliau tidak percaya berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Sementara itu, Zahid juga menjelaskan, dua skuad khas akan ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing bagi memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini.

Katanya, skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.

"Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya.

Wasabi Oyabun..

SYIAH DIBAWA UNTUK CETUS PERGADUHAN, KATA TUN MAHATHIR!


Ajaran Syiah yang semakin menular di dalam negara dibawa bertujuan menimbulkan pergaduhan, kata bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media baru-baru ini sempena perhimpunan NGO membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia sudah berpecah kerana pelbagai fahaman politik dan isu penularan ajaran Syiah memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat Muslim dalam negara.

"Di Malaysia, kita sudah berpecah kerana politik Sekarang kita ada pula Syiah dan Sunni.

"Syiah dan Sunni mesti bergaduh pastinya, mengapa mereka memiliki cara berbeza dalam menterjemahkan fahaman Islam kalau bukan untuk gaduh," kata Dr Mahathir apabila disoal mengenai fahaman Syiah yang semakin menjadi kontroversi di Malaysia.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah kerana majoritinya adalah penganut Sunni berbanding negara Arab yang ketika ini bergelut dengan kancah perang saudara akibat berlainan fahaman.

"Malaysia sangat bernasib baik kerana kita memiliki majoritinya adalah penganut Sunni Muslim, jadi kita tidak perlu bergaduh.

"Tapi sekarang orang mahu bawa Syiah, mahu bawa pelbagai bentuk ajaran supaya mereka dapat pecah-belahkan kita," katanya.

Apabila ditanya sama ada kerajaan bersikap terlalu menekan dan drastik ke atas penganut Syiah di Malaysia, Dr Mahathir berkata: "Terdapat pelbagai cara lain untuk menangani masalah ini."

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengatakan terdapat seramai 250,000 penganut Syiah bergiat aktif dalam negara dan menegaskan penularan fahaman ajaran tersebut kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.

Setakat ini 10 negeri sudah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.

Susulan tekanan ke atas penganut Syiah di Malaysia, Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia menggesa layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini.

Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Pada hujung bulan lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.

Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah. Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.

Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.

“Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu,” katanya.

Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.

Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 20 Ogos 2013

Muslihat disebalik tragedi berdarah di Mesir - Rancangan jahat Zionis untuk menakluk Mekah dan Madinah?

Apabila tentera yang didalangi Amerika dan Zionis merampas kuasa di Mesir

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...

Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKAH dan MADINAH...???

Selanjutnya sila baca di sini.

Wasabi Oyabun.

Isnin, 19 Ogos 2013

Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton!


Pembangkang memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.

Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk.

Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama,kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.

Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak).

Kenderaann yang nak ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit.

Itu belum disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan, terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti dulu.

Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana.

Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia.


Kilang tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang membuat alat ganti dan sebagainya.

Semua fakta ini secara jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan pemain-pemain industri automotif tempatan.

Proton pula secara amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain. Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang.

Patutnya, balaci tanya yang pembangkang guna Camry tu apa nasionalis sangat ke? Apa Toyota (edited) ada kilang pemasangan di Malaysia ni ke?

Justeru, pembangkang patut diam dari bercakap isu-isu yang hanya menepekkan semula tahi di muka mereka, buat malu dengan anak cucu zaman berzaman. - MyKMU

Wasabi Oyabun..

DAP tiada kredibiliti, indah khabar dari rupa?


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP adalah parti yang tiada kredibiliti kerana kononnya mengamalkan prinsip demokrasi, namun pemimpin mereka tidak berani mengamalkan prinsip tersebut di dalam parti sendiri.

Perdana Menteri berkata, ini kerana seramai 753 perwakilan DAP yang berhak hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak dimaklumkan untuk hadir dan jumlah itu bukan suatu angka yang kecil.

"Apa yang jadi tanda tanya adalah kenapa sebuah parti seperti DAP yang selalu menguar-uarkan mereka menjadi juara demokrasi dan prinsip tidak menyalahguna kuasa, tetapi bila sampai pemilihan dalam parti mereka tak sanggup melakukan perkara mengikut peraturan yang bersih," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan dan Pelancaran Pelan Integriti Felda serta Majlis Hari Raya 2013 di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai keputusan DAP semalam yang akhirnya akur dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC.

Keputusan itu dibuat lapan bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, diikuti siasatan ROS yang kemudian membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Perdana Menteri berkata, salah guna kuasa dan penyelewengan DAP itu yang dipertikaikan oleh rakyat manakala apa yang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah semata-mata mengikut peraturan.

"Kalau kita cakap sesuatu kita kena amalkan juga bagi diri kita, baru kita ada kredibiliti sebagai sebuah parti politik," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 18 Ogos 2013

Kibar bendera, hayati erti kemerdekaan?

Najib Tun Razak melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan rasminya selepas merasmikan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013 di Dataran Zero Kilometer,Jam Besar Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak sekadar mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik atau satu keperluan untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan negara.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, tindakan tersebut perlu disusuli dengan penghayatan atau erti sebuah perjuangan dan pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan yang dihasratkan.

Malah katanya, usaha itu perlu menekankan semangat cintakan negara, patriotik dan penghayatan sepenuhnya kepada lambang kedaulatan serta jati diri.

"Apabila mengibarkan bendera, kita tidak mahu ia dilakukan secara simbolik tanpa membawa apa-apa pengertian di sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin sempena majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan di Dataran Zero Kilometer, Jam Besar Sungai Petani di sini malam ini.

Yang hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memilih tema Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku yang membawa pengertian mendalam terutamanya dalam mengajak rakyat menghargai kesukaran dan pengorbanan golongan perwira mempertahankan kedaulatan negara.

Katanya, kerajaan juga mahukan rakyat sentiasa mengingati pentingnya kekuatan dan kesanggupan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

"Segala perubahan pada negara, masa depan yang kita yakini ini adalah hasil dari jerit payah dan pengorbanan. Jiwa raga yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kita, wira-wira negara kita sanggup menyabung nyawa supaya negara kita ini terus merdeka dan bebas selamanya.

"Sebab itulah kita pilih tema ini, kerana kita tahu kemerdekaan kedaulatan akan terlepas kalau rakyat Malaysia tidak sanggup pertahankan," jelasnya.

Tegas beliau, peristiwa di Lahad Datu, Sabah turut menjadi iktibar terbaik kerana walaupun berjaya menumpaskan anasir-anasir luar, negara perlu membayar harga tinggi berikutan ada anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Kita hari ini sangatlah terhutang budi terhadap pasukan keselamatan, tentera dan polis yang sanggup mengorbankan nyawa mereka. Kita haruslah menyedari perkara ini dan bukannya jadi macam sesetengah pihak yang dakwa ia sandiwara.

Najib turut mengajak rakyat segenap lapisan masyarakat sentiasa mengingati kata-kata yang pernah dilontarkan pengasas kemerdekaan negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tentang kepentingan pengorbanan mengekalkan kedaulatan negara.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 16 Ogos 2013

PEJABAT PERDANA MENTERI : Kenyataan Akhbar PM Berkaitan Dakwaan Anwar. MESTI BACA!!


KENYATAAN AKHBAR

1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan Dato' Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato' Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.

Pejabat Perdana Menteri
16 Ogos 2013

Baca selanjutnya di sini.





Wasabi Oyabun..

100 Hari : Cabaran Besar PM Kekalkan Perpaduan Kaum!


Genap 100 hari selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hari ini, menangani cabaran pendamaian dilihat terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan kestabilan negara.

Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar perdana menteri berikutan perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penganalisis politik, Profesor Datuk Zainal Kling, berkata usaha pertautan dan kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pula.

"Cabaran paling utama, bagaimana untuk menautkan kembali anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.

"Itulah cabaran PRU14 nanti untuk melihat sama ada pengundi mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi mengikut kaum masing-masing," katanya kepada Bernama.

Dari segi pembangunan, beliau berkata apa yang penting adalah rakyat dapat melihat kerajaan melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang kerana perancangan pembangunan dirangka sejak sebelum pilihan raya lagi.

Turut menyuarakan pendapat yang sama ialah aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, yang mahu melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia, terus diperkukuh. "Hasrat untuk melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia mungkin tidak tercapai sekiranya segelintir pihak masih mengamalkan politik perkauman," katanya.

Justeru, beliau berharap perdana menteri lebih tegas dalam isu perpaduan ini kerana ia perkara penting dalam agenda pembangunan negara menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Komitmen itu jelas diterjemahkan perdana menteri melalui Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, dengan memberi jaminan tidak akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam menangani perbuatan yang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap warganegaranya, namun bagi rakyat sendiri ia tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan kaum dan keharmonian negara.

Apa yang jelas, tumpuan utama Najib sebaik diberi mandat semula adalah menyatukan semula hubungan rakyat negara ini yang sedikit sebanyak berpecah pada PRU13 sehingga membentuk polarisasi kaum.

Berdasarkan usaha ke arah itu, Najib juga mencadangkan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional pada 26 Jun lepas sebagai usaha mencapai matlamat penyatuan nasional bagi mengerat semula hubungan antara rakyat.

Aspek keselamatan turut menjadi agenda utama untuk menyediakan persekitaran yang selamat kepada rakyat.

Komitmen itu dinyatakan dengan kesediaan kerajaan membantu pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan apa sahaja yang perlu mengikut asas dan kemampuan untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah.

Sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada beberapa menteri termasuk menteri dalam negeri dan menteri di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan untuk berbincang dengan peguam negara dan ketua polis negara bagi menentukan peruntukan tambahan dalam undang-undang yang boleh memperkukuh keupayaan bidang kuasa polis untuk bertindak.

Menyentuh isu keselamatan, Lee yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata terdapat kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk menangani isu keselamatan terutama jenayah dalam pentadbiran Najib.

"Tapi untuk pastikan bahawa apa yang dikatakan oleh perdana menteri dapat dijadikan satu kenyataan, adalah bahawa arahan beliau dilaksanakan di seluruh peringkat kerajaan untuk pastikan bahawa isu keselamatan dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.

Selain itu, kerajaan turut membincangkan pelbagai pandangan mengenai keperluan menggubal satu rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011.

Selain mendapatkan pandangan polis dan peguam negara, kerajaan juga akan mengambil kira pendapat beberapa pihak yang berkepentingan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam.

Awal bulan ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan sedang berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu, berkata berikutan pemansuhan Ordinan Darurat 1969 (EO), lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ramai kembali melakukan aktiviti jenayah.

Menurutnya, sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.

Dalam aku janji BN pada PRU13 lalu, kerajaan berjanji menurunkan harga kereta dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.

Hasilnya dapat dilihat apabila laporan menyatakan beberapa model kereta jenama Peugeot, PROTON, PERODUA dan Honda masing-masing menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Laporan itu menyebut pelan penurunan harga dapat dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki juga masih menjadi tumpuan kerajaan yang mengumumkan pembinaan 100,000 unit Projek Perumahan Awam 1Malaysia di seluruh negara pada Julai lalu.

Berkeluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi, harga seunit rumah yang ditawarkan di bawah skim PPA1M ialah antara RM150,000 dan RM300,000.

Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu yang memuji langkah kerajaan menunaikan janji-janji pilihan raya berkata ini hanyalah permulaan kepada tempoh 60 bulan yang dimiliki Najib dalam penggal kedua beliau selaku perdana menteri.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kos kehidupan pengguna selain aspek kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam yang amat penting bagi golongan berpendapatan rendah.

Najib juga komited dalam meningkatkan kualiti tadbir urus dan integriti merentas semua segmen, selain memperhebat usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Najib berkata, untuk membuktikan keseriusan iltizam kerajaan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan rasuah, kerajaan telah merangka sebuah pelan integriti yang bersifat merentas batas dan menyeluruh.

"Butiran mengenai pelaksanaan khusus pelan ini akan saya umumkan dalam masa terdekat," beliau dilaporkan berkata.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan di bawah Najib dilihat akan meningkatkan pelaksanaan Dasar Transformasi Nasional ke arah memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan, inflasi dan kos kehidupan menurun, kadar pengangguran rendah dan kadar jenayah terkawal.

Selain itu, penekanan usaha turut diberikan untuk memastikan akses kepada pendidikan berkualiti yang saksama, pengecilan jurang prasarana mahupun pendapatan bandar serta luar bandar, kadar pelaburan asing dan domestik yang sihat, serta daya saing nasional terus meningkat.

Wasabi Oyabun....

Rabu, 14 Ogos 2013

Isu Surau JadiTokong - Ketua sami Buddha mohon maaf?


Ketua Utama Samy Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.

"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual.


"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain.

Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". - Bernama

Wasabi Oyabun..

Selasa, 13 Ogos 2013

Panas...!!! BANG NON HINA MAHKAMAH TOLAK PETISYEN , SINDIR HAKIM MASUK KULIAH SEMULA !


Anwar Ibrahim terus memperlekehkan badan kehakiman dan menggesa hakim-hakim untuk “masuk kuliyah semula” kerana didakwa kurang arif dalam menolak petisyen Pilihan Raya Umum ke-13.

"Keputusan hakim sangat mengaibkan nama baik dan status badan kehakiman kita,” kata Anwar pada sidang akhbar hari ini.

"Pertama menolak dengan asas paling tak bertanggungjawab. Bayangkan, mereka tolak semata-mata orang yang mengemukakan petisyen itu tak datang,” kata beliau.

“Saya berpuluh-puluh kes tak pernah bawa sendiri, semua melalui peguam. Ini paling tak munasabah. Hakim patut masuk kuliyah semula,” kata Anwar.


Kalau mahkamah & Hakim buat keputusan menyebelahi mereka, punya la dipuji Hakim telus dan keputusan tepat dan tidak dipengaruhi kerajaan .

Tetapi kalau menolak petisyen PRU13 seperti ini , bukan main lagi mereka menghina badan kehakiman . Petisyen BN pun ada ditolak seperti di Lembah Pantai tapi ada ke UMNO/BN menghina institusi kehakiman ini.

Inilah manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim..!!! Otak letak kat kepala lutut?

Wasabi Oyabun..

Isu Surau Jadi Tokong : Pengurus Resort Di Tahan, Isteri Meroyan Hina Penduduk Sedili Besar?


Dua laporan polis oleh penduduk Kampung Sedili Besar berhubung salahguna surau di Tanjung Sutera Resort, akhirnya membolehkan polis menahan pengurus resort berkenaan. Namun yang paling menyakitkan hati ialah apabila isteri kepada pengurus resort tersebut, mengeluarkan kata-kata yang cukup menghina:

“Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.”

Penduduk telah meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana kenyataannya jelas menunjukkan kecenderungannya untuk menghina agama Islam dan tempat ibadat umat Islam.


Semalam juga lebih kurang jam 10:45 pagi sehingga 12:50 tengah hari, bertempat di Surau Tanjung Sutera Resort, Sedili Besar, Kota Tinggi, telah diadakan lawatan dan tinjauan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Lebih kurang 20 orang telah hadir.

Antara mereka termasuklah:

(1) Dato’ Mohd Noh bin Gadut – Penasihat Agama Negeri Johor.
(2) Dato’ Tahrir bin Hj. Shamsuddin – Mufti Negeri Johor
(3) Taufik bin Kiai Hj. Shamsuddin – Kadi Daerah Kota Tinggi
(4) Hj. Mohd Noorazam bin Dato’ Hj. Osman – Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Lawatan dan tinjauan yang dibuat oleh ketiga-tiga jabatan itu adalah untuk mengenalpasti isu surau yang menjadi kontroversi dan digunakan oleh penganut Buddha.

Hasil daripada tinjauan oleh ketiga-tiga pihak tersebut mendapati, surau yang digunakan, tidak menepati piawaian sebuah surau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.

Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah arah kiblat yang terpesong, kalimah Syahadah yang tidak mengikut dan menepati tajwid yang betul dan nama Nabi Muhammad s.a.w dilingkari dengan nama keluarga pemilik resort.

JAIJ turut menurunkan papan tanda kalimah Syahadat, salahsilah keluarga dan nama surau Tanjung Sutera Resort tersebut. Manakala pemilik merangkap pengurus resort berkenaan, SYED AHMAD ALKAFF telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Kesiksaan.


Hasil siasatan dengan pengurus Tanjung Sutera Resort, punca penggunaan surau tersebut dibenarkan untuk penganut Buddha adala kerana dewan Tanjung Sutera Resort telah digunakan oleh seramai 80 Cina dari Johor Bahru untuk aktiviti percutian mereka. Oleh kerana pengurus begitu menghormati 14 orang Cina penganut Buddha yang ingin mengadakan upacara keagamaan mereka, dia telah membenarkan surau resort tersebut digunakan.

14 orang Cina penganut Buddha tersebut merupakan rakyat dan pelancong dari Singapura.

Terbaru, DYMM Sultan Johor telah mengarahkan surau tersebut dirobohkan. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedili Besar bersama-sama penduduk telah bertindak menghalau 14 orang Cina Buddha tersebut keluar dari surau sebaik-baik menyedari kejadian tersebut.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 12 Ogos 2013

Isu Surau Jadi Tokong - Pengusaha Resort Bakal Berdepan Tindakan Tegas?

Penduduk setempat berkumpul di hadapan surau sebuah resort di Tanjung Sedili yang dijadikan tempat ritual agama lain oleh pengusaha resort berkenaan, di Kota Tinggi hari ini.

Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili yang membenarkan surau kawasan penginapan menjadi tempat ritual keagamaan selain Islam akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri dalam tempoh terdekat.

Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin berkata, siasatan lebih mendalam akan dilakukan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor namun beliau menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan masyarakat perlu sedia maklum bahawa masjid, surau atau musala hanya boleh 'dihidupkan' oleh orang Islam.

"Dalam al-Quran, Allah menerusi Surah at-Taubah berfirman sedemikian dan bukan sebaliknya, itu jelas dan tidak perlu dinafikan. Berdasarkan tinjauan, terdapat banyak keraguan dari segi reka bentuk surau ini iaitu kedudukan arah kiblat yang lari dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Tanah Haram di Mekah.

"Kita ada enakmen dan undang-undang, jangan lekeh dan hina perlembagaan di Malaysia. Perkara yang berlaku ini jelas menghina kesucian agama Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut di surau dalam kawasan resort di Kampung Sedili Besar hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim.

Gambar yang dirakam oleh penduduk kampung berhubung kejadian upacara agama Buddha yang dijalankan di dalam surau di sebuah resort di Tanjung Sedili, Kota Tinggi kelmarin sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Kelmarin, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar.

Sementara itu Noor Azam Osman berkata, pengusaha terbabit bukan sahaja akan didenda atau disaman malah lesen operasi mereka juga boleh dibatalkan selain surau tersebut akan dirobohkan.

"Dari sudut pemilikan tanah, lokasi resort ini merupakan hak milik persendirian dan sudah diubah mengikut syarat rezab Melayu. Pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian akan terus menjalankan siasatan mengenainya dan yang paling penting pada waktu ini adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri dan Jabatan Agama Johor.

"Disebabkan resort ini berada dalam kawasan persendirian, kami nasihatkan orang ramai atau pelanggan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam surau ini untuk sementara waktu," katanya.-UMO

Wasabi Oyabun..

Pembangkang harus terima hakikat...!!! Kritikan Kuan Yew berasas?


Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berhubung ketidakmampuan pakatan pembangkang negara ini mentadbir Malaysia adalah berasas.

GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, perkara itu berdasarkan pendekatan politik pembangkang di negara ini yang dilihat lebih menjurus kepada perjuangan bersifat kepentingan peribadi.

Menurut beliau, keadaan itu sama sekali berbeza dengan pendekatan politik pembangkang di Singapura yang Parti Pekerja (WP) yang mengkritik kerajaan negara tersebut secara positif.

"Kuan Yew menegaskan jika pembangkang Singapura mempunyai sifat seperti pembangkang di sini, maka sukar untuk negara republik itu maju ke hadapan.

"Ini menjelaskan pendekatan politik pembangkang di negara ini yang menyemai sifat kebencian dalam kalangan rakyat memberi kesan kepada proses pembangunan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam Pengerusi DAP, Karpal Singh membidas Kuan Yew berhubung kenyataannya itu dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.

Kenyataan Karpal itu ekoran pendedahan Kuan Yew menerusi buku bertajuk One Man's View of The World yang dilancarkan minggu lalu yang antara lain berkata, pakatan pembangkang di negara ini tidak akan mampu mentadbir Malaysia.

Dalam pada itu, Azmi berkata, kegagalan parti-parti pembangkang menguruskan masalah dalaman masing-masing merupakan manifestasi kelemahan tadbir urus pakatan tersebut.

"Kuan Yew hanya menyatakan yang tersurat, tetapi mustahil bagi pakatan menerima realiti ini kerana DAP, PKR dan Pas adalah peluang terbaik mereka menumbangkan BN.

"Namun, rakyat perlu menilai apakah mereka mahu sebuah organisasi yang lemah seperti pakatan pembangkang mentadbir negara," ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, pandangan Kuan Yew itu dibuat menerusi pemerhatian beliau hasil lawatan ke negara ini sebelum pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, pandangan Kuan Yew itu juga melihat kepada bilangan kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang selain berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang mengetahui mengenai keutuhan kerjasama yang wujud di bawah BN.

"Bagi saya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai ideologi berbeza, mungkin itu yang dirujuk Kuan Yew," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 11 Ogos 2013

Pesanan PM - Jangan rosakkan UMNO!

NAJIB Tun Razak bersama isteri, Rosmah Mansor melambaikan tangan selepas mengadakan tele persidangan dengan rakyat Malaysia di luar negara dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung Oktober ini tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, UMNO kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Sehubungan itu, Perdana Menteri amat berharap UMNO mendahului parti-parti politik lain dari segi kaedah pemilihannya yang berjalan begitu baik dan bersih serta mencerminkan tahap kematangan yang lebih tinggi daripada mana-mana parti politik lain.

‘‘Menjadi satu perkara yang mungkin lebih rancak dari masa-masa yang lalu, tapi apa pun berlaku kita harap ia tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti yang terkuat.

‘‘Kita menjadi parti harapan orang Melayu dan ini yang mesti kita jaga supaya pertandingan dalam parti tidak membawa kepada sebarang gambaran persepsi atau imej negatif terhadap UMNO," katanya dalam temuramah eksklusif bersama Utusan Malaysia di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Ditanya kemungkinan wujudnya politik wang pada pemilihan kali ini, Perdana Menteri berkata, perkembangan itu akan dipantau dan beliau berharap ahli-ahli membuat aduan jika ada pemimpin atau wakil mereka mengamalkan politik wang.

‘‘Dengan sistem sekarang ini di mana 150,000 ahli akan memilih pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan tertinggi, menjadi lebih sukar untuk kita menabur wang untuk memperoleh sokongan.

‘‘Namun, ini tidak bererti tidak wujud politik wang sama sekali, mungkin ada juga pihak akan guna politik wang dengan harapan boleh mempengaruhi perwakilan," katanya.

Bagaimanapun Najib menegaskan, dengan saiz perwakilan yang lebih besar, kebarangkalian untuk mengubah sesuatu keadaan itu melalui politik wang akan lebih sukar berbanding sebelum ini.

Beliau turut menasihatkan ahli-ahli yang akan terlibat memilih barisan pimpinan baharu agar mematuhi segala peruntukan perlembagaan dan kaedah-kaedah pemilihan serta menjaga imej serta nama baik parti.

‘‘Ini penting supaya mereka tidak melihat UMNO sebagai parti yang mementingkan diri sahaja ataupun di mana politik wang menjadi-jadi dalam parti kita. Jadi, kalau kita boleh hindari amalan yang tidak baik ini, amalan negatif, kita boleh menjadikan pemilihan UMNO yang menggunakan perlembagaan baharu sebagai satu manifestasi kematangan parti," katanya.

Ditanya sama ada ahli-ahli parti boleh menerima kaedah baharu pemilihan kali ini, beliau berkata, mereka menerimanya dengan baik namun tumpuan perlu dibuat terhadap cara pengendalian pertandingan dijalankan.

‘‘Kita harap tujuan dan semangat itu akan dihayati oleh ahli-ahli UMNO, maknanya kita nak jadikan UMNO itu lebih inklusif, demokratik dan kedua bebas daripada rasuah wang," katanya.

Presiden UMNO itu berharap agar perkara positif itu dapat direalisasikan oleh ahli-ahli UMNO melalui pemilihan kali ini.

Wasabi Oyabun...

Sabtu, 10 Ogos 2013

Ezam cabar Anwar saman?


Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis dalam isu surat misteri disifatkan sebagai sandiwara lapuk bagi menutup pekung peribadi mereka.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor berkata, jika benar Anwar dan Karpal difitnah dalam isu surat tersebut, mengapa mereka tidak menyaman pihak terlibat.

Katanya, langkah membuat laporan polis cuma taktik Anwar sebelum Ketua Pembangkang itu menjayakan hobi jijiknya selepas ini, iaitu dengan menuduh konspirasi UMNO dan pihak berkuasa seolah-olah beliau tidak bersalah.

"Kalau benar difitnah mengapa Anwar tidak ambil tindakan kepada individu berkenaan? Begitu juga dalam kes video seks bersama wanita China yang disahkan tulen. Anwar dakwa difitnah tetapi sehingga ke hari ini beliau tidak berani menyaman trio 'Datuk T'.


"Hakikatnya, Anwar cuma mahu salah guna institusi kerajaan seperti polis untuk membuat laporan dan kemudian beliau akan menuduh UMNO dan kerajaan," katanya dalam kenyataan kepada wartawan di sini hari ini.

Minggu lalu, bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Mazlan Ismail mendedahkan, beliau menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' bernilai puluhan juta antara Anwar dengan peguam veteran tersebut.

Dalam pada itu, Ezam mendesak Anwar supaya memohon maaf kepada seluruh penyokongnya yang sejak dari awal berkorban wang ringgit sehingga hilang pendapatan kerana menyangka Ketua Pembangkang dalam kesusahan.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 7 Ogos 2013

Aidilfitri: PM seru rakyat rungkai prejudis, hargai kesejahteraan?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia sentiasa menghargai dan memelihara keamanan serta kemakmuran yang dikecapi serta merungkai rasa prejudis antara satu sama lain demi memastikan kelangsungan dan kestabilan negara terus dikekalkan.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa bukan mudah untuk membina dan memastikan kelangsungan sebuah negara yang stabil seperti Malaysia hari ini.

Malah dalam konteks Islam, katanya perpaduan nasional yang tuntas tidak mungkin dicapai jika tiadanya kesepakatan (ijmak) di kalangan umatnya dalam perkara-perkara asas beragama, dan polemik tanpa kesudahan hanya akan merugikan semua pihak.

Berucap menyampaikan perutusan Aidilfitri 2013, Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana rakyat di negara ini masih berpeluang meraikan hari lebaran dalam keadaan aman dan bebas daripada peperangan, persengketaan, mahupun bencana alam melampau, sepertimana yang melanda saudara-saudara seakidah di beberapa negara seluruh dunia.

"Makanya, pada hari-hari kebesaran seperti ini, atas nama negara yang tercinta, pupuklah dan teruskanlah menyemai bibit-bibit kesatuan sesama kita, bukannya perpecahan demi pengukuhan perpaduan kebangsaan," katanya.

Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung di RTM.



Beliau juga mahu rakyat negara ini mengambil iktibar daripada pengalaman dan pergolakan yang sedang dihadapi beberapa negara luar yang berlaku kerana fahaman melampau yang menjadi elemen negatif yang memporak-perandakan sesebuah negara bangsa dan menghancurkan kelestarian tamadunnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyeru umat Islam di negara ini agar tidak tersasar daripada ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah baik daripada segi akidah, syariah dan keperibadian.

Katanya, kerajaan telah memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam, dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

Penetapan dasar itu, katanya, sesuai dengan konsep maqasid syariah yang meletakkan pemeliharaan agama sebagai objektif utamanya.

"Kerana itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya berwaspada dan berhati-hati, janganlah sesekali terpedaya pada pengaruh atau fahaman menyimpang yang sedang menular dan cuba merosakkan tradisi amalan Islam di Malaysia ini," katanya.

Najib berkata, umat Islam di negara ini haruslah memahami bahawa penetapan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai mazhab rasmi negara adalah bertujuan untuk mempastikan kesucian akidah dan syariah Islam dapat dibela sekali gus dipertahankan agar perpaduan umat Islam sentiasa berkekalan.

"Sebagai umat Islam, kita seharusnya berwaspada dan berhati-hati dengan fahaman yang menyongsang daripada ajaran murni Ahli Sunnah Wal-Jamaah selama ini. Pokoknya, kita tidak mahu sifat taksub dan fanatik yang akan mengelirukan rakyat khususnya orang Islam kerana akan memecahbelahkan ummah," katanya.

Seterusnya perdana menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil yang jernih dengan meruntuhkan dan merungkaikan prejudis antara satu sama lain, sebaliknya membuka 'pintu hati' dan pintu rumah dengan jujur dan ikhlas dalam meraikan perayaan Aidilfitri.

Beliau juga mahu rakyat meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dan mempertautkan muhibah rakyat Malaysia.

Perdana Menteri turut mengajak masyarakat Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada prajurit tanah air terutamanya yang bertugas di perbatasan, serta anggota pasukan keselamatan yang sejak sekian lama telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib turut mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf bagi pihak dirinya, isteri serta keluarga di atas apa-apa kekhilafan dan memanjatkan doa supaya seluruh rakyat negara ini dapat menyambut hari lebaran kali ini dengan penuh kegembiraan di samping mereka yang tersayang.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 5 Ogos 2013

DAPig Guan Eng perlu akui gagal selaku Setiausaha Agung DAP?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu mengakui kegagalannya selaku pemimpin utama parti itu ekoran penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), bukannya menyalahkan pihak lain demi agenda tertentu.

Pengerusi BN Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek menjelaskan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak wajar menyalahkan pihak lain kononnya menjadikan parti tersebut mangsa sedangkan kelemahan berkenaan berpunca daripada pemimpin parti itu sendiri.

"Guan Eng tidak perlu mengalih tumpuan ahli parti itu dengan menyalahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung masalah penyelewengan dalam pemilihan CEC. Lim Guan Eng perlu mengakui beliau gagal sebagai Setiausaha Agung DAP.

"Ahli-ahli DAP sendiri yang membuat aduan kepada ROS terhadap beliau, jadi ini bukan salah Menteri atau Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengulas kenyataan pemimpin pembangkang itu yang menyalahkan Ahmad Zahid kerana kononnya sengaja menjadikan DAP mangsa politik.


Kontroversi pemilihan CEC DAP semakin menarik selepas pendedahan Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan Father Augustus Chen yang menyatakan secara terperinci penipuan dalam pemilihan itu sejak 47 tahun lalu.

Laporan itu pertama kali didedahkan Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan pada 20 Julai lalu yang menerimanya dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Tamil melalui kiriman pos.

Ekoran pendedahan buku itu, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa, Father Augustus Chen pernah menjadi rakan karib kepada Guan Eng sekali gus memperlihatkan buku tersebut mempunyai kredibiliti.

Dalam pada itu, Hasan mempersoal sikap Guan Eng yang tidak menyalahkan Father Augustus Chen kerana membongkar kehadiran sebanyak 547 perwakilan haram dalam CEC tahun lalu.

Sedangkan, kata beliau, terdapat lebih 1,000 para perwakilan sah tidak dijemput menghadiri pemilihan itu seperti dilaporkan sekali gus menafikan hak mereka sebagai ahli parti tersebut.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 4 Ogos 2013

Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang?


Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.

Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanah sebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau berkata bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan ‘seseorang’ yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.

“Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu,” katanya kepada Bernama melalui telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Semalam polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44 tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.

Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank itu berkata jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.

Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.

Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal berkata : Saya tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapa saya ditangkap.”

Wasabi Oyabun..!!!