Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 10 September 2009

Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’ !

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling jelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,’’ katanya.

Zulkifli berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim. blogspot.com/ bagi mengulas isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang dirancang kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang tetapi dibantah penduduk Islam di situ.

Ia menyebabkan 12 penduduk Islam di kawasan itu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti individu yang digelar ‘Pak Janggut’ itu. Zulkifli berkata, memang umat Islam disuruh berlaku adil termasuk kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tetapi ia hanya terhad kepada soal menjaga kebajikan mereka termasuk memelihara tempat ibadah.

Katanya, umat Islam di situ bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara dan hidup dalam keadaan aman harmoni berdasarkan status quo mereka.
“Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran.

“Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu,” jelasnya. Katanya, pembinaan kuil itu telah banyak diputar belit dan digembar-gemburkan sehingga menyebabkan isu sebenar pencerobohan tanah di kawasan itu untuk menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

“Isu demonstrasi kepala lembu pula diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain,” katanya. Bagaimanapun Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan penduduk Seksyen 23 itu mengadakan perhimpunan haram dengan membawa kepala lembu dan memijaknya tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan persepsi yang negatif.

Katanya, ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dalam isu tersebut contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor itu.- UM

Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin perlu mendedahkan segera identiti sebenar 'Pak Janggut' yang beliau dakwa telah memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

    Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran merupakan tindakan yang mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

    "Perkara ini amat serius kerana al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan ayat-ayatnya tidak boleh diputar belit dan disalahtafsirkan bagi menghalalkan sesuatu atau yang membabitkan dengan kepercayaan dan akidah," tegas beliau dalam blog UMNO Bahagian Cheras di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

    Semalam, Zulkifli membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

    Menurutnya, 'Pak Janggut' itu turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

    Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata, pendedahan tersebut amat mengejutkan dan jika benar berlaku, pihak berkuasa perlu bertindak tegas ke atas individu terbabit bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

    "Bagaimanapun, saya berpendapat Pak Janggut seperti didakwa Zulkifli berkemungkinan datang daripada salah sebuah parti pembangkang yang menjadi sekutu pakatan pembangkang di Selangor," jelasnya.

    Tanpa menyebut nama parti berkenaan, Syed Ali berkata, parti tersebut lazimnya akan mengeluarkan pelbagai 'fatwa' untuk disesuaikan dengan keadaan demi kepentingan politik mereka.

    Beliau kesal kerana terdapat pihak yang tergamak menyalahgunakan ayat al-Quran bagi menjaga kepentingan politik semata-mata.

    BalasPadam
  2. saya pun tidak setuju dengan cara mereka membantah dengan membawa kepala lembu.. bukan kerana tidak menghormati kaum india tetapi ianya kelihatan seperti bodoh dan tidak masuk akal dengan memijak kepala lembu sebagai tanda protest kepada pemindahan kuil itu.

    zulkifli harus mendedahkan siapa gerangan pak janggut tersebut. jangan hanya sekadar membuat satu skrip palsu.. sudahlah Ganes mempertikaikan azan 5 waktu, tiada langsung tindakan daripada Pakatan Rakyat Selangor yang hanya membiarkan lelaki itu boleh dianggap sebagai menghina agama Islam.

    BalasPadam