tag:blogger.com,1999:blog-1500642744062232929.post8100983142738324668..comments2023-11-02T04:40:46.991-07:00Comments on Oyabun: Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’ !oyabunhttp://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1500642744062232929.post-36953326835655446292009-09-12T10:46:09.069-07:002009-09-12T10:46:09.069-07:00saya pun tidak setuju dengan cara mereka membantah...saya pun tidak setuju dengan cara mereka membantah dengan membawa kepala lembu.. bukan kerana tidak menghormati kaum india tetapi ianya kelihatan seperti bodoh dan tidak masuk akal dengan memijak kepala lembu sebagai tanda protest kepada pemindahan kuil itu.

zulkifli harus mendedahkan siapa gerangan pak janggut tersebut. jangan hanya sekadar membuat satu skrip palsu.. sudahlah Ganes mempertikaikan azan 5 waktu, tiada langsung tindakan daripada Pakatan Rakyat Selangor yang hanya membiarkan lelaki itu boleh dianggap sebagai menghina agama Islam.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1500642744062232929.post-13171124512508463032009-09-12T07:41:02.060-07:002009-09-12T07:41:02.060-07:00Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin...Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin perlu mendedahkan segera identiti sebenar 'Pak Janggut' yang beliau dakwa telah memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran merupakan tindakan yang mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

"Perkara ini amat serius kerana al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan ayat-ayatnya tidak boleh diputar belit dan disalahtafsirkan bagi menghalalkan sesuatu atau yang membabitkan dengan kepercayaan dan akidah," tegas beliau dalam blog UMNO Bahagian Cheras di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Semalam, Zulkifli membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Menurutnya, 'Pak Janggut' itu turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata, pendedahan tersebut amat mengejutkan dan jika benar berlaku, pihak berkuasa perlu bertindak tegas ke atas individu terbabit bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

"Bagaimanapun, saya berpendapat Pak Janggut seperti didakwa Zulkifli berkemungkinan datang daripada salah sebuah parti pembangkang yang menjadi sekutu pakatan pembangkang di Selangor," jelasnya.

Tanpa menyebut nama parti berkenaan, Syed Ali berkata, parti tersebut lazimnya akan mengeluarkan pelbagai 'fatwa' untuk disesuaikan dengan keadaan demi kepentingan politik mereka.

Beliau kesal kerana terdapat pihak yang tergamak menyalahgunakan ayat al-Quran bagi menjaga kepentingan politik semata-mata.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.com