Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 9 Jun 2009

Pas Selangor Jual Tanah Perkuburan Islam?

Tindakan Datuk Hasan Ali bersetuju dengan keputusan EXCO membenarkan sebuah Dewan Orang Ramai Kaum Cina terus kekal atas tanah kubur orang Islam di Kampung kebun Bunga, Jalan batu Tiga, Shah Alam Shah Alam sungguh menyedihkan.

Pada 2007, Kerajaan Selangor telah membuat keputusan agar Dewan Orang Ramai Kaum Cina (lihat gambar) yang didirikan secara haram atas tanah perkuburan orang Islam dipindahkan segera ke Tanah Perkuburan Cina disebelahnya.

Malangnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat menang pilihan raya 2008 bagi memerintah negeri Selangor, keputusan itu dibatalkan. Sebaliknya persatuan orang Cina yang mendirikan dewan tersebut secara haram dikehendaki membayar pampasan kepada MAIS.

Menurut sumber, EXCO telah mengarahkan tanah perkuburan Islam seluas empat ekar (termasuk tapak dewan tersebut) dijual kepada kumpulan ini.

Penduduk Shah Alam tertanya-tanya apakah rasional dan wajar kerajaan negeri mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor menjual tanah wakaf kerajaan BN sebelumnya untuk perkuburan orang Islam kepada bukan Islam.

Lebih serius bolehkan tanah wakaf dijual sesuka hati oleh kerajaan negeri.
Yang menyedihkan penduduk setempat, ketika amat sukar untuk mendapat tanah perkuburan di Shah Alam, ada pula pemimpin Islam sanggup menjualkannya hanya untuk mendapat sokongan kaum Cina.

Malahan tindakan Persuruhjaya Pas YB Khalid Samad menyokong keputusan kerajaan negeri sangat mengecewakan jawatankuasa masjid. Malahan ada di kalangan mereka yang merupakan penyokong tegar Pas bersumpah tidak akan menyokong pas lagi.

Sumber Selangordaily
Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. SALAM BRO....PERGH..DASYAT NI. TAKKAN KITA NAK BIARKAN AJA??? MAU NAIK MINYAK KITA NI SEMUA.

    BalasPadam