Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 2 Jun 2009

Cerbisan Kejijikan Anwar!

Ini hanya sedikit cebisan daripada kejijikan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Kerajaan dan rakyat Malaysia khususnya. Masih banyak yang belum dirungkaikan, diperjelaskan dan didedahkan kepada umum. Hanya masa akan menentukan terutamanya apabila tibanya tarikh 1 JUL 2009 iaitu tarikh perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kes liwatnya terhadap Saiful Azlan Buhari.

Segala-galanya akan tersingkap dan di saat itu Anwar akan menggunakan senjata terakhirnya iaitu “demonstrasi jalanan”. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya berada dalam keadaan yang aman dan tenteram. Penulis akan tujukan beberapa soalan kepada penyokon-penyokong pembangkang (Soalan-soalan saya ini tidak disiarkan oleh blog kerajaanrakyat.com atas alasan ianya penuh ayat ‘lucah’) untuk dibincangkan bersama secara ilmiah.

1. Sekiranya PR memerintah Malaysia, apakah prinsip yang akan diperjuang dan didokong? Adakah penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud ciptaan PAS? Kesamarataan sehingga menghapuskan hak Bumiputera? Atau Kebebasan acuan DAP?

2. Kenapakah PAS sekarang tidak begitu ghairah memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud? Dulu di setiap ceramah, para ulama PAS akan berapi-api melontarkan isu ini namun selepas menjadi PR, semuanya lenyap begitu sahaja.

3. Apakah 18 tuntutan Hindraf? Kenapakah Hindraf begitu dominan dalan PKR?

4. Kenapakah PAS tidak menentang secara terang-terangan IFC dan Bar Council (hanya Ahli Parlimen PKR Kulim/Bandar Bahru yang menentang)?

5. Baru-baru ini Kerajaan PR negeri Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan Arak dan Ronni Liu, Ahli Parlimen DAP telah menyatakan bahawa penjualan Arak di Selangor tidak boleh dihentikan kerana penduduk di Selangor berbilang kaum..Apakah reaksi Datuk Nik Aziz iaitu Mursyidul Am PAS dalam isu ini?

6. Kerajaan PR tidak professional kerana menyatakan Mahkamah Rayuan berat sebelah setelah mengumumkan Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah. Beberapa hari sebelum itu, mereka melalui Datuk Seri Anwar menyatakan kredibiliti Badan Kehakiman telah pulih setelah keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi mereka. Beliau turut mendakwa Kerajaan BN telah mengatur keputusan tersebut. Siapakah yang mula memfailkan saman?(Menunjukkan mereka yang mahu Mahkamah yang memutuskan kes MB Perak ini)

7. Senaraikan rakan-rakan Anwar yang masih bersama-sama beliau dari era Reformasi hingga sekarang?

8. Sekiranya Datuk Seri Najib melayan karenah media-media asing yang menuduh beliau sebagai pembunuh, maka banyak masa akan terbuang. Apabila Datuk Seri Najib menyaman kesemuanya, berapa banyakkah mahkamah yang akan dihadiri oleh Datuk Seri Najib untuk perbicaraan kes tersebut? (Umum mengetahui bahawa kes di mahkamah memakan masa yang lama dan masa yang akan digunakan oleh Datuk Seri Najib sepatutnya digunakan dalam mentadbir urusan negara).

9. Berhubung isu PPSMI. PR memperdayakan rakyat kerana sekiranya mereka memperjuangkan Bahasa Melayu, mereka seharusnya mempunyai laman web dalam Bahasa Melayu juga. Begitu juga dengan pemimpin DAP dan PKR yang rata-rata menjadi “blogger”, mereka ini berblogging 100% dalam Bahasa Inggeris (sungguh putar belit). PR sepatutnya melakukan demonstrasi membantah tindakan Syarikat-syarikat Cina yang meletakkan kemampuan bertutur dalam bahasa Ibunda mereka sebagai syarat wajib bagi mendapatkan pekerjaan. (Ini seharusnya dibantah)

10. Kebiasannya, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam akan ditentang oleh pihak kafir barat dengan keras. Sebagai contoh, Allahyarham Yasser Arafat (PLO), Allahyarham Syeikh Yassin (Hamas), Presiden Ahmadinejad (Iran), Allahyarham Saddam Hussien (Iraq), Osama Laden (AlQaeda) dan Presiden Muammar Ghadafi (Libya) (sekadar memetik beberapa nama). Namun ini tidak berlaku kepada Anwar Ibrahim. Beliau disanjung terutama oleh rakan karibnya yang berketurunan Yahudi iaitu Paul Wolfowitz. Paul Wolfowitz merupakan ‘arkitek” kejatuhan Kerajaan Saddam Hussien semasa menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika ‘Bangsat’ Syarikat. Beliau juga semasa menjadi Presiden Bank Dunia telah melakukan kesalahan dalam menaikkan pangkat kenalan beliau secara tidak adil (Skandal bersama seorang wanita kelahiran Libya bernama Shaha Ali Riza iaitu Pegawai Kanan Komunikasi Bank Dunia Di Timur Tengah). Inikah peribadi rakan Anwar Ibrahim? Apakah rasionalnya memilih seorang Yahudi kejam yang mempunyai skandal?
Wallahualam

Wasabi Oyabun

5 ulasan:

  1. 1. selagi pakatan rakyat tidak berdaftar, tidak mempunyai satu lambang, mana mungkin mempunyai 1 edeologi. asasnya cuma satu.. menumbangkan barisan nasional. so, what's next?

    2. ucapan balas ds nizar di dun perak sudah cukup untuk menjelaskan "di mana dalam perlembagaan pas, ada mengatakan hendak menegakkan negara Islam"

    3. hindraf bagaikan lalang. mereka menggunakan kuasa tawar-menawar. mereka kata, mereka bersedia bekerja dengan kerajaan.

    4. pas tidak menentang ifc tetapi menentang kerajaan zalim bn kerana pas lebih mengasihi kafir harbi daripada saudara Islam sendiri.

    5. pas boleh bertoleransi tentang isu arak dengan dap tetapi tidak dengan bn. membuktikan apabila pas ada tampuk kuasa selepas pru13 nanti, hukum Islam tidak akan dapat diperjuangkan.

    6. DS Nizar MB Mahkamah kerana beliau yang membawa perkara ini ke mahkamah.

    7. azmin ali

    8. dsai cuba mencuri masa, mengacau pentadbiran supaya impiannya tercapai.

    9. pr bermuka2.

    10. semoga Allah melindungi kita daripada rancangan jahat Brother Anwar bin Ibrahim. (jika ada rancangan jahat ITU).

    BalasPadam
  2. Salam..

    Terima kasih Saudara Saya Rakyat di atas jawapan yang diberikan...

    BalasPadam
  3. tahniah di atas ulasan yang mantop. boleh kita gunakan point-point ini untuk mematahkan bulat-bulat tuduhan rambang yang banyak dilemparkan oleh pembangkang.

    kepada saya rakyat, jawapan pun mantop.

    BalasPadam
  4. SALAM ZIARAH
    GAGASAN PAKATAN NI UMPAMA PARTI FUNFAIR. PAGI CKP LAIN, TGHARI CKP LAIN, PTG CKP LAIN, MLM CKP LAIN. BESOK MAIN TIKAM2. LUSA MAIN ROLLERCOASTER. MCM TU LAH PARTI FUNFAIR BERJUANG ALA2 KATUN! HEHEH

    BalasPadam
  5. Salam Bro.Oyabun..

    Anwar kata Polis tidak layak menyiasat kes liwatnya. Betul ke?

    Sejak bila pula Polis Malaysia ni dah tak layak menyiasat. GM rasa selama ni dan beribu-ribu kes siasatan telah pun dijalankan oleh Polis. Tak da masalah pun..!pendakwaraya terima, mahkamah terima, penjenayah terima, mangsa jenayah terima, penjara pun terima. Maknanya siasatan Polis sebelum ini diterima rakyat sebagai salah satu proses dalam sistem keadilan negara kita. Tak ada yang pelik. Jadi siapa Anwar ni yang nak komen Polis layak atau tak layak buat siasatan kes jenayah. “Who the hell are you”.

    Bila rumah dia kena pecah GM rasa dia cari bomoh dan tak cari Polis. Dia lebih percaya bomoh daripada Polis. Macam dia jumpa Tun Pak Lah di Hulu Langat dengan harapan boleh gula-gulakan Tun P.Lah. Jangan tak tahu 3 perkara Anwar cakap dalam rumah ketika berbincang dengan Sheik Al-Mahmud dan Tun P.Lah. Pertama minta Tun P.Lah sambung jadi PM, kedua gugurkan kes liwatnya dan yang terakhir dan paling beliau takut sekali iaitu DS Najib sebagai PM. Bukan kerana DS Najib keras tetapi kecerdikan DS Najib dalam berpolitik. Anwar bimbang kerana salah seorang think tank yang hendak di set-up jika takdir jadi PM 12 tahun dulu adalah DS Najib will be in the list. He will be the second man. Itulah impian Anwar, manusia bermuka syaitan dan berhati iblis.

    Baru sekarang peliwat ni nak pertikaikan Polis tidak ketika dia jadi orang No. 2. Sebabnya satu, sekolah berasrama Sg. Buloh dok tunggu Anwar selalu. Kalau Polis tak boleh siasat kes liwat tu siapa yang layak. Takkan nak suruh Perdana Menteri. Dahla PM teruk di ‘damage’ kan imej oleh Anwar dengan tuduhan gila PM menjalankan hubungan seks dengan Altantuya sepertimana dalam SD P.Balasubramaniam. Astagfirullah..Teruk benar fitnah yang dibuat Anwar. Najib tu dah masuk 3 kali bersumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” dengan sepenuh hati. 3 kali Anwar bukan 1 sekali macam Saiful buat dengan rela hati. Hang punya turn bila pula Anwar.? GM rasa bila malaikat maut dah senyum-senyum melambai-lambai kat hang pun belum tentu hang nak insaf.

    BalasPadam