Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 8 Mei 2009

Pakatan tak iktiraf sidang ...?

Pakatan Pembangkang tidak mengiktiraf persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam kerana mendakwa bekas Speaker, V Sivakumar, belum lagi membuka persidangan berkenaan, kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, pihaknya menganggap titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, pada persidangan itu hanya titah ucapan pembukaan Dewan dan bukan titah perasmian persidangan DUN. Ditanya apakah perbezaannya, beliau berkata: "Itu awak kena cari sendiri apa maksudnya. Saya akan ulas perkara itu, tapi bukan di sinilah (sidang media)."

Sehubungan itu, Mohammad Nizar berkata, semua usul yang dikemukakan BN pada persidangan itu tidak sah kerana Speaker telah menolaknya dalam kamar kelmarin.
"Sebenarnya tidak ada persidangan (semalam). (Kami hadir) sekadar menghormati Pemangku Sultan.

"Kami menganggap apa yang dilakukan oleh BN tidak sah dan tidak ikut perlembagaan. Kerajaan negeri yang sah tetap milik Pakatan Rakyat, kami mahu DUN dibubar serta-merta," katanya. Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang juga mendakwa ketika beliau dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, dipanggil mengadap Raja Nazrin sebelum memulakan titah, baginda memaklumkan memandang tinggi terhadap kedua-duanya.

Beliau mendakwa, Raja Nazrin menyatakan mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.
"(Oleh itu) Saya akan cuba berjumpa Tuanku dalam tempoh terdekat untuk membubarkan DUN kerana baginda memberi indikasi yang amat baik...hubungan saya dengan Istana amat baik," dakwanya.

Sementara itu, Sivakumar berkata, beliau hairan kenapa semua arahannya supaya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun Bebas keluar dari DUN, tidak dipatuhi oleh Bentara Dewan, sebaliknya hanya mengikut arahan Speaker baru, Datuk R Ganesan.

Sivakumar juga berkata, beliau tidak memberi arahan kepada Adun pembangkang bertindak agresif cuba membawa Ganesan keluar dewan tetapi mendakwa mereka berbuat demikian kerana hak dan tanggungjawab untuk mematuhi arahan beliau.

Ngeh pula mendakwa, Speaker mempunyai kuasa penuh dalam dewan persidangan dan tidak boleh ditukar kecuali apabila DUN dibubarkan. "Saya juga kesal dengan campur tangan polis dalam sidang DUN. Kami semua Adun biasalah bertikam lidah tetapi selepas itu kami boleh gelak ketawa tetapi polis telah bertindak kasar dengan sekurang-kurangnya lapan Adun Pakatan Rakyat cedera akibat dikasari," katanya.

Oyabun nak komen sikit :


Buat Ane Sivakumar....ayo..yo ane..takkan tak faham dengan undang-undang kot. Bukan ke Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu telah membuat keputusan bahawa keputusan Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam anggota Exconya sebagai tidak sah dan terbatal. Malah menunjukkan sikap mencabar keputusan mahkamah, Ngeh dalam kenyataanya yang dikeluarkan hari Selasa menyifatkan Mahkamah Persekutuan telah tersalah membuat keputusan tersebut kerana keputusan yang dibuat oleh Sivakumar telah disahkan oleh sidang 'bawah pokok' pada 3 Mac 2009.

Buat Mohammad Nizar....Begitu angkuh dan sombongnya Nizar ini. Apa yang mahu dikembalikan? 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang memegang kuasa dengan restu Sultan ini adakah regim diktator sampai meminta sultan bubarkan DUN dan kembalikan kuasa kepada rakyat.Adakah 28 + 3 ADUN (ADUN Penyokong Kerajaan) yang menjadi wakil rakyat ni jadi wakil rakyat secara memaksa rakyat memberi undi kepada mereka hingga mereka menang?.

Kita semua yakin 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang menang dalam PRU yang lalu tidak ada bezanya dengan kemenangan 28 DUN penyokong pembangkang di negeri Perak sekarang.Kalaulah Nizar tidak dungu sangat dalam politik, tentu dia tahu dalam sistem demokrasi, yang ramai wakil atau penyokonglah yang memiliki kuasa untuk menjadi pemerintah.

Kalau nak kira rampas kuasa, Nizar pun boleh dikira sebagai rampas kuasa rakyat juga kerana UMNO menang 28 kerusi manakala PAS hanya 6 kerusi, DAP 18 kerusi (tinggal 17 kerana seorang telah keluar) manakala PKR 7 kerusi ( tinggal 5 kerana 2 orang telah keluar).Parti mana yang paling ramai menang secara bersepadu? UMNO! tetapi mengapa Nizar jadi Menteri Besar.

Kerana DAP, PKR dan PAS rampas kuasa rakyat dengan mengambil kesempatan dari sedikit kelemahan dalam sistem politik di Malaysia.Sekarang Pakatan Rakyat di Perak menerima nasib yang sama. Sudah terbalik. Sehingga sekarang PR masih lagi belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah? Adakah "pertubuhan haram" ini boleh diterima sebagai kuasa untuk membentuk kerajaan?Apabila terkena kepada mereka (PR) dituduhnya pula kerajaan BN di Perak kononnya merampas kuasa rakyat.

Ini membuktikan Nizar sememangnya sudah menjadi manusia tidak tahu diuntung. Semasa dilantik Sultan menjadi Menteri Besar, megahnya bukan main kepalang. Tersengeh simpul macam kerang busuk sedangkan hakikatnya dengan menjadi Menteri Besar hanya seketika pun atas budi bicara kuasa Sultan. Kalau tidak kerana kuasa Sultan, Nizar hanya menjadi 'tahi gigi' kepada pakatan parti-parti pembangkang di Perak di mana Ngeh Koo Ham dan kuncu-kuncunya akan membuli orang Melayu termasuk Nizar sendiri.

Seperkara lagi, adakah PAS merasakan mereka kini benar-benar kukuh sehingga merasakan UMNO pula yang terhegeh-hegeh hendak sangat bekerjasama dengan mereka?Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika tetapi atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?

Hanya baru mempunyai enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.Malah lebih haru, puak-puak PAS ini sanggup buat-buat bodoh dan bertakbir pula apabila Ngar mempermainkan ayat suci al-Quran sedangkan mufti bersuara meminta orang kafir tidak berbuat demikian.

Lainlah kalau Ngar mahu memeluk Islam dan mempelajari ayat suci al-Quran, ini tidak, sebaliknya hanya mempermainkan ayat al-Quran ketika berceramah sambil bergelak ketawa.Tetapi itulah hakikatnya, PAS bukan sahaja anggup bekerjasama dan tidur sebantal dengan pihak-pihak yang mempermainkan Islam, namun dalam masa yang sama, menolak pelawaan saudara seagama untuk bersama-sama mencari titip permulaan ke arah kepentingan negara dan rakyat.Sampai bilakah PAS mahu sedar tetapi terus berada dalam kepompong jumud dengan bersikap begini?

Eh..eh..Anuar mana pulak...? Rupa-rupanya Anuar takut nak datang. Belum "bertaubat" lagi di depan King of Karpal..Kejatuhan Perak ini mestilah diletakkan di atas bahu Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Singh Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah kerana Anwar mempromosikan lompat parti secara keterlaluan dan Anwar perlu bertaubat.

Inilah pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, pemimpin bukan Islam meminta pemimpin Islam bertaubat. Nampaknya Karpal lebih jujur (sekurang-kurangnya untuk kes lompat parti ini) dan politik DAP lebih licik. Mereka berani menarik "hand break" apabila merasakan politik mereka terancam. Mahu tak mahu Anwar menghantar " orang suruhan" nya ke Perak sebagai pemerhati. Itupun duduk dikedai kopi Ah Chong aje...nak bertindak tak berani takut nanti kena tangkap. Bulan depan dah nak bertanding?

Kadang-kadang Oyabun memikirkan yang " makhluk di zoo " lebih berdisiplin. Tepuk dada tanya selera.

p/s Terima kasih pada minaq-jinggo untuk gambar-gambar yang menarik.

Wasabi Oyabun

3 ulasan:

  1. salam bro...

    MOH KESINI..

    TATAPAN UMUM
    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/khas-buat-blogger-network-malaysiakini.html

    BalasPadam
  2. ARTIKEL YANG MENARIK BRO..
    LU THE BEST...

    HARAP DAPAT HUBUNGI KAWAN...
    gomo_no1@yahoo.com.my

    SALAM BRO

    BalasPadam
  3. Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 7, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

    Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

    Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

    Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

    Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS yang telah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

    Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

    Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

    Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

    BalasPadam