Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 15 April 2009

Kerajaan Selangor kekalkan jawatan " Eli Ratu Bogel "

Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.

Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.

Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu."Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya."Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang."Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.

Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan.Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut."Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," kata Khalid sambil menambah: "Anda datanglah esok".

Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih.

Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan."Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela.

"Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya.Sementara itu, Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan sama ada beliau menerima atau tidak tawaran tersebut.

MANAKALA KETUA PEMBANGKANG SELANGOR PULA BERKATA :

Keputusan kekal Eli untungkan BN

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, keputusan kerajaan Selangor mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan, menguntung Barisan Nasional (BN).Katanya, ia juga menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak konsisten dengan nilai-nilai yang mereka pegang.

Ditanya bagaimana keputusan itu menguntung BN, bekas menteri besar Selangor itu berkata, kerana ia akan menjadi isu politik yang berpanjangan."Terima atas keputusan (kerajaan Selangor itu)....kita akan mengeksploitasi isu tersebut," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri itu.

Dalam sidang akhbar pagi tadi, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika Elizabeth menerima tawaran tersebut, beliau diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.

Khalid berkata, keputusan mengekalkan Elizabeth itu adalah wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad. Manakala Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan petang ini sama ada beliau akan menerima tawaran atau sebaliknya. - malaysiakini

Ingat Eli - Ingat Bogel!!!

Wasabi Oyabun

3 ulasan:

  1. sama samalah kita ulas kisah ADUN Bkt terLANJANg nie...

    kalaulah gbr2 yg beredar gbr yb BN, dah gerentilah berbondong bondong kuda tunggangan Anwar akan berarak, berdemo nak serah memo desak letak jwtn, betul tak..??

    sila baca & komen posting saya di http://medan-info-kita.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Hebat PKR ini , semua ada , macam tong sampah ,BABI GOLEK, BABI PANGANG, BABI TELANJANG, Rasuah , Kaki lubang kunyit ada , perempuan terlebih sudah ada, yang dekat bukit Selembau tuh pun hebat juga sehingga letak jawatan. macam - macam ada…. PKR sudah tentu lah macam Tong sampah. yang hairan parti Islam tuh turut perjuangkan hal perempuan terlebih ini. Nik Aziz yang bingai dan selalu blurr tuh menyalahkan orang yang pecah rumah masuk curi gambar. Wei..Pok Nik , tentu baru bangun tidur dan tentu hari sedang hujan , sebab Pok Ni ni kata dia selalu bingai waktu macam ni. Pok Nik , buka orang pecah rumah , masuk curi gambar, orang tuh baru sudah cuci kepala bird dia yang patuk …… patuk lah ….. tuh yang perempuan terlebih sudah tu kelihatan terdampar keletihan … Pok Nik wei……

    Jarang sekali orang kalau tidur pakai cermin mata kecuali jika terlalu letih. Gambar Eliz sedang tidur separuh bogel sambil pakai cermin mata mungkin terlalu letih sehingga tak sempat buka cermin mata.

    Letih yang macamana tu? Kepada yang berpengalaman tuan-tuan tafsirlah sendiri.
    Eli PKR dan ...

    BalasPadam
  3. Salam...

    Akhirnya termakbullah sudah DOA Tok Guru Nik Aziz yang mahukan Eli Ratu Bogel ini supaya jangan meletakkan jawatan...? Rasanya selepas ini Pok Nik tentu senyum tak kering gusi kerana terlalu gembira.

    Maka adakah kaum muslimah Pas juga yang pernah berpeluk cium dengan Ratu Bogel akan mengucapkan syukur alhamdulillah diatas keputusan ini? syukur kerana Ratu Bogel menjadi wakil rakyat kembali..mungkin selepas ini rakyat Bukit Lanjan boleh belajar dari Ratu Bogel macamana nak buat POSSING yang baik punya..ha..ha..ha..

    Teringin nak dengar pula puak PAS bertakbir!!! wallahuallam

    Salam perjuangan

    BalasPadam