Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 15 September 2010

Mungkin ini antara sebab mengapa kita tidak sambut hari Malaysia selama ini!

Dalam bukunya, Lee Kuan Yew menulis dimuka surat 504-505 "The Tunku was not aware that it (16.09.1963) was my 40th birthday! If he had known, he might well have changed the date - my birthday could not be his lucky day!!".

[Terjemahan: "Tunku (Abdul Rahman) tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) adalah harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau akan menukar tarikh tersebut - kerana harijadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku!!".

Yup..tarikh 16 September adalah harijadi Lee Kuan Yew!! Lee Kuan Yew beranak pada 16 Sept 1923 ! Nampak gayanya dah lama kita "kena kencing". Empat puluh tujuh tahun lamanya kita dok sambut harijadi Lee Kuan Yew dan secara rasminya kita menyambutnya hari ini. Dan kita akan terus menyambutnya sehingga dunia kiamat, atau bila Melayu hilang negaranya (yang mana dulu).

Dan kita Melayu lurus bendul ni main terima aje cadangan tarikh 16 Sept itu tanpa usul periksa. Akhirnya tak pasal-pasal kita kena sambut harijadi Lew Kuan Yew tiap tahun, sekarang siap jadi public holiday lagi. Macam tu lah nasib bangsa Melayu ku yang selalu "kena kencing".

Selepas mendapat kemerdekaan melalui gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew tak habis-habis cari pasal. Akhirnya menyebabkan Tunku tiada pilihan selain daripada menendang Singapura keluar pada tahun 1965 daripada gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Maka dalam tempoh 2 tahun, Melayu "kena kencing" sekali lagi. Dan ini bukan kecik punya kencing tapi sampai hilang satu negara!

Negara yang asalnya milik umat Islam bangsa Melayu, dengan sejarah Sang Nila Utama dan Hang Nadim yang makin pudar; hari ni bulu singa pun dah tak nampak!! Bangsa Melayu menjadi kaum merempat dalam negara sendiri, akibat mainan politik yang orang Melayu memang bendul!!

Dan jangan lupa kita semua "kena kencing" 16 Sept dua tahun lepas. Satu dunia kena kelentong bagaimana sandiwara politik dimainkan yang Putrajaya akan bertukar tangan pada 16 Sept 2008. Satu dunia kena tipu!.Mamat tu siap tunggu kat Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru . Siap berangan nak salam dengan YDP Agong!! Losyen baby Johnson dengan spray Calvin-Klein "The One" siap dalam beg dengar ceritanya..isyk-isyk..isyk. Dengar cerita Tuanku YDP Agong tengah menunggu di Istana. Dan dengar cerita lagi Mamat tu dah siap dok menghafal nak angkat sumpah, macam pengantin menghafal lafaz nikah!! Berpeluh jantan katanya! Tau-tau semua "kena kencing" jugak!! Hampeh!!

Itulah sejarah 16 Sept! Diharap janganlah kita umat Islam bangsa Melayu "kena kencing" lagi. Kalau dok tengok cara kita dok berpolitik sekarang ni, rasanya memang kita orang Melayu rela diperkencingkan. Pak Jangot dok sibuk mengembek mengurat si kapior. Yang terkedu esok bangsa Melayu jugak!!

Nak kata apa, nasi dah jadi bubur. Dah jadi dalam lipatan sejarah pun! Mahu tak mahu kita sambutlah jugak Hari Malaysia ni walaupun dah ditukar menjadi Hari 1 Malaysia. Selamat Hari 1 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Abaikan lah dari dok mengingati harijadi si Lee Kuan Yew tu...walaupun harinya sama, tapi hakikatnya tak serupa..Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Mekanik dakwa jadi mangsa suspek utama Sosilawati!

P. Balasandam (dua dari kanan) bersama salah seorang anaknya, Arun menatap gambar mendiang isterinya, T. Selvi di rumahnya di Taman Cempaka, Banting, Selangor, semalam.

Seorang pemilik bengkel kereta di pekan Banting dekat sini mendakwa kematian isterinya pada tahun lalu ada hubung kait dengan suspek utama iaitu seorang peguam yang kini ditahan untuk membantu siasatan kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lagi di Tanjung Sepat, baru-baru ini.

P. Balasandam, 54, berkata, dia yang turut cedera parah dalam insiden dua tahun lalu pernah menjalinkan kerjasama dengan suspek atas urusan pinjaman wang sejak 2006.

Katanya, dia bertindak sebagai pemberi pinjaman mencecah berpuluh ribu ringgit manakala suspek pula menyediakan dokumen perjanjian.

Namun, katanya, keadaan bertukar menjadi masalah apabila beberapa peminjam enggan melunaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

"Masalah yang timbul adalah peguam itu mendakwa saya pula mengugut peminjam menyebabkan wang yang saya beri tidak mahu dipulangkan.

"Ekoran itu, saya telah ditahan lokap di Balai Polis Teluk Panglima Garang beberapa hari atas dakwaan mengugut," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Cempaka di sini hari ini.

Balasandram juga mendakwa, pada Disember 2008, peguam itu telah mengupah dua lelaki untuk menyerangnya dengan parang menyebabkan kedua-belah bahunya, kening, kepala dan hidung mengalami cedera parah.

Katanya, kejadian itu berlaku di bengkel keretanya di pekan Banting.

Namun, kemuncaknya, kata Balasandram adalah apabila isterinya, T. Selvi, 46, dibunuh setelah diserang di kawasan rumah mereka. Isterinya ditikam di bahagian dada, perut pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, dia bersetuju menjalinkan kerjasama dengan suspek ketika itu kerana mereka ada pertalian saudara dan para peminjam juga sudah lama dikenali.

"Sehingga kini kes saya diserang dan isteri dibunuh masih belum selesai," ujarnya.

Wasabi Oyabun..

Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek broker tanah RM100j!

Sosilawati ke Banting urusan beri komisen Datuk berjaya cari pembeli

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sudah menerima cek RM1 juta pada 2 Ogos lalu, kira-kira tiga minggu sebelum mangsa dan tiga individu lain dilaporkan hilang sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanahnya di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta.

Difahamkan, cek berkenaan diserahkan ketika Sosilawati dan pemandu peribadinya menemui suspek bergelar Datuk di firma guaman milik suspek dekat Banting, Peguam Syarie, Datuk Zaidi Zain yang mewakili Sosilawati membabitkan kes tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash mendakwa pada pertemuan terakhir dengan mangsa pada 26 Ogos lalu, jutawan itu menceritakan mengenai tanahnya di Pulau Pinang yang dibeli pada harga RM20 juta dan sudah menemui pembeli hasil bantuan suspek.

“Wati (Sosilawati) memaklumkan sudah terima cek RM1 juta yang berstatus cek tertunda dan hanya boleh ditunaikan pada 2 September bersama draf perjanjian yang membolehkan suspek menerima komisen seperti dipersetujui.

“Beliau begitu gembira menceritakan perkara itu kerana bakal menjual tanahnya RM100 juta dan memperoleh keuntungan RM80 juta. Bagaimanapun, Wati tidak memaklumkan siapa pembeli itu,” katanya, semalam.

Zaidi berkata, pada hari jutawan kosmetik dan tiga individu dilaporkan hilang, beliau dimaklumkan tujuan pemergian mereka ke Banting bertemu suspek untuk memberinya komisen kerana berjaya mencari pembeli.

“Bagaimanapun, Wati tidak membawa wang tunai, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa peguam dan perunding kewangan peribadinya bagi membolehkan transaksi wang dilakukan.

“Wati dijanjikan suspek pada pertemuan itu pembeli akan membayar 10 peratus iaitu RM10 juta daripada harga tanah yang dijual,” katanya.-BH

Wasabi oyabun..

Selasa, 7 September 2010

Apa motif Azmin lantik Anwar pengurus kempennya?

Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu.

Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.

"Ia jelas membuktikan Azmin memang mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia Anwar sehingga membolehkannya mempergunakan ketuanya itu bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti," katanya disini hari ini.

Beliau mendakwa Anwar sedang giat berkempen untuk memastikan Azmin menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kelak.

"Anwar akan mengecam teruk siapa sahaja yang tidak bersama dan menyokong Azmin. Siapa yang tidak berbuat demikian maka Anwar mengecam mereka sebagai pembelot dan penderhaka yang mahu mensabotaj parti.

"Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Naib Presiden PKR itu mampu 'tarik hidung' Anwar?" katanya.

Baru-baru ini, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, Azmin mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama Anwar.

Beliau mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Zamil berkata, di dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP juga terdapat perbezaan dari segi calon yang disokong untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Anwar begitu kuat menyokong Azmin sedangkan DAP menyokong Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim sementara Pas pula memberi sokongan kepada Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub," dakwanya.

Ekoran sokongan penuh Anwar kepada Azmin, Zamil secara peribadi percaya Azmin akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Dalam pada itu, Zamil yang juga bekas pengurus kempen Rahman Osman iaitu calon Presiden PKR sewaktu pemilihan lalu turut mendakwa, Anwar bukan seorang pemimpin yang demokratik.

Beliau mengimbau sewaktu pemilihan lalu, apabila Anwar menaiki pentas 10 minit sebelum Pengerusi Tetap parti pada ketika itu memanggil perwakilan memilih calon Presiden, untuk menasihatkan perwakilan supaya memilih isterinya.

"Rahman yang berasa terhina dengan tindakan Anwar itu terus menuju ke pentas berjumpa Pengerusi Tetap parti dan memberitahu beliau menarik diri lalu Wan Azizah menang tanpa bertanding," dakwanya.

Penang Wasabi..

Ahad, 5 September 2010

Kempen Mari Ludah Muka Budak Kurang Ajar Ini!


Siapa yang tahan apabila setiap kali bangun dari tidur, lantang kedengaran bangsa dan agamanya asyik dikecam dan dihina! Inilah bukti bahawa politik mainan pembangkang terutama DAP telah membunuh rasa kasih sesama rakyat Malaysia. Sebaliknya hanya membarakan lagi perasaan marah dan geram antara sesama rakyat berbilang kaum.

Ingat! Kesabaran ada tahap dan batasnya. Wahai Namewee bangsat, berfikir panjanglah sebelum berbuat sesuatu! ghak..ghak..puiiih!



Wasabi Oyabun..

Isu Paderi Gay : DPPWP perlu mohon kebenaran Anwar dahulu sebelum meminta kerajaan menyatakan pendirian!

Agak menarik apabila Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan yang sewajarnya terhadap paderi gay (hubungan sejenis), Ou Yang Wen Feng yang cuba menyebarkan doktrin orentasi seks sejenis di negara ini.

Melalui Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, DPPWP tidak melihat masalah itu di pihak Kristian sahaja, tetapi menganggapnya sebagai ancaman kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya.

"Perkara ini seharusnya dipandang jijik oleh masyarakat dan telah terbukti kesannya apabila ramai golongan yang mengamalkan seks songsang ini dijangkiti HIV dan Aids, yang juga ancaman kepada sistem kesihatan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Herman lagi, hubungan sejenis juga merosakan keturunan manusia.

"Adalah satu perkara yang mustahil seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang lelaki untuk mengandung atau seorang wanita yang berkahwin dengan wanita memperolehi zuriat.

"Kemunculan golongan gay dan lesbian dinegara ini adalah ancaman besar kepada pertumbuhan populasi dalam negara ini," tambah Herman.

Oleh itu, katanya, DPPWP mahu kerajaan mengambil tindakan berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di negara ini yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis.

"Adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia untuk mendakwa mereka secara adil, dan kewajipan bagi kerajaan untuk menyiasat Ou Yang yang terang-terangan mengakui orentasi seksnya yang songsang itu," tambahnya.

Tetapi mungkin Herman sudah lupa sebelum mengeluarkan kenyataan yang sedemikian, sebenarnya beliau sepatutnya merujuk kepada Ketua Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim terlebih dahulu! Mungkin juga kenyataan beliau akan " melukakan " hati Anwar yang selama ini memang memperjuangkan " golongan gay " di negara ini.

Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws!

Malaysia's laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.

Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a 'sensitive' issue in an interview.Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia's prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.

But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people's privacy needed to be protected. "In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted", he said. "Fair enough.

But here the question is, how do you use the law and intrude on people's privacy and their own private choices?" "This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended" ."The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law". "So I think while I endorse the general law against homosexuality.

I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians. I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at." Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar's cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister.

She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar's place as Mahathir's successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Anwar has said he bears no grudge against Mahathir.

"I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment and he is right in the sense of a very general sentiment against homosexual practices," Anwar said.

Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.

Some commentators have attributed Bush's re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals. "Gay marriages are going a bit too far," Anwar said. "I'm a liberal in many ways but I think that is going a bit too far."...?

Sepatutnya Herman meminta Anwar menyatakan pendirian kenapa beliau begitu memperjuangankan golongan gay supaya dapat bertapak dinegara ini. Pemangku Ketua DPPWP itu tidak perlu kuatir kerana undang-undang yang ada tidak membenarkan hubungan sejenis sesama lelaki dinegara ini. Dalam ertikata lain perhubungan sejenis adalah haram disisi ugama dan undang-undang di Malaysia juga tidak membenarkannya!

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang adalah didalam hukum-hakam PAS juga mengharamkan hubungan sejenis, tetapi membenarkan isteri diliwat? Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 2 September 2010

Aminah: Azmin ada 'kunci' rahsia Anwar!

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didakwa mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Aminah bagaimanapun enggan mendedahkan apa yang dimaksudkan dengan rahsia utama itu kerana yakin ia merupakan sesuatu yang sedia diketahui oleh pihak-pihak berkenaan.Kini katanya, menjadi kewajipan kepada mereka itu untuk menjelaskannya kepada rakyat.

"Bagi saya memang tidak menghairankan mengapa Anwar dan Wan Azizah tidak dapat memberi penjelasan apabila ditanya mengapa Azmin diberi layanan istimewa dan apa yang Azmin mahu dia akan dapat."Ini berlaku kerana Azmin pegang semua rahsia Anwar.

Rahsia ini yang memberi kuasa besar pada Azmin ke atas Anwar dan Wan Azizah. Saya yakin satu hari nanti rahsia ini akan terbongkar jua," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aminah mengulas gesaan bekas rakan baik Penasihat PKR tersebut, Datuk S. Nallakarupan yang mencabar Anwar memberikan penjelasan berhubung kedudukan terlalu istimewa yang dinikmati oleh Azmin selama ini.

Azmin selaku Naib Presiden PKR baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan lantikan itu membuktikan kedudukan istimewa Azmin kepada Anwar.Bagaimanapun sehingga kini cabaran oleh Nallakarupan itu langsung tidak dijawab oleh pasangan suami isteri tersebut.

Selain Nallakarupan, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak turut meminta pasangan itu menjelaskan perkara sama tetapi langsung tidak diendahkan oleh mereka berdua.Tegas Saidatul Badru, Wan Azizah amat perlu membersihkan dirinya daripada terus digelar sebagai 'presiden boneka'.

Sementara itu, Aminah berkata, beliau amat berharap agar Anwar, Wan Azizah dan Azmin menghayati matlamat dan hala tuju parti yang diasaskan oleh pejuang reformasi tulen sebelum ini tetapi secara tidak amanah telah dipesongkan oleh mereka.

Jelas beliau, itu antara sebab utama mengapa ramai ahli termasuk di kalangan pimpinan PKR bertindak keluar parti.Katanya, ini kerana mereka ini yang mempunyai maruah dan prinsip perjuangan, tidak lagi sanggup diperkotak-katikkan oleh kepimpinan mempunyai agenda peribadi.

Mungkin kita sudah boleh mengagak apa dia " kunci " rahsia yang di pegang oleh Azmin itu. Anwar menjadi banduan disebabkan oleh kes apa? Sama-samalah kita fikirkan.

Wasabi Oyabun..