Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 15 Mac 2015
Kenapa Kit Siang Apek Chibai Takut Sangat Pada Pembentangan Hudud?
Hari ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Kerajaan Negeri Kelantan untuk menangguhkan meminda enakmen syariah negeri itu bagi membolehkan pelaksanaan hudud sehingga ia selesai dibentang di Majlis Pimpinan Pakatan Haram.
Katanya, pindaan enakmen itu belum lagi dibentang di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Haram sebagaimana yang diputuskan pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim disumbat kembali ke penjara.
Jadi, pada Kit Siang, hudud perlu dibentang kepada Majlis Pimpinan Pakatan Haram terlebih dahulu. Kemudian, ia perlu dikaji sedalam-dalamnya di dalam majlis berkenaan sebelum keputusan mengenainya dicapai.
Sebenarnya kita tertanya-tanya, kenapa DAP “kalut” sangat sekiranya PAS membentang hudud pada 18 Mac ini? Yang bakal dibentang itu adalah pindaan hukum jenayah yang membabitkan kuasa Syariah sahaja. Malah sekiranya diluluskan sekali pun pindaan enakmen tersebut, ia hanya akan dikuatkuasa di negeri Kelantan sahaja.
Yang lebih pelik, mengapa Kit Siang, Guan Eng, DAP dan PKR takut sangat pada hudud? Ketika mana undang-undang Syariah lain dibentang, dibentuk, diluluskan dan dilaksanakan, tidak pun mereka bantah.
Sebagai contoh, hukum takzir dan qazaf pernah dibentang, dilulus dan dilaksanakan. Malah sebahagian dari hukum qisas yang mampu digubal di Malaysia turut termaktub di dalam undang-undangg Syariah Malaysia.
Sekiranya diteliti, hukum-hukum berkenaan berkait rapat juga dengan jenayah syariah sebagaimana hudud. Tapi kenapa DAP tidak bantah undang-undang berkenaan? Atau DAP hanya buat bantahan secara “terpilih”? Atau DAP memang tidak dapat menerima undang-undang Islam di Malaysia secara keseluruhan?
Jika dibentang dan diluluskan pindaan enakmen jenayah Syariah itu, apa kena mengena dengan Kit Siang? Pernahkah Kit Siang didakwa di bawah undang-undang Syariah sebelum ini di Malaysia? Pernah dia ditangkap khalwat atau zina?
Apa hak Kit Siang untuk mempersoal tentang hal ehwal agama Islam di Malaysia? Sudah termaktub di perlembagaan negara tentang kedudukan istimewa Islam. Jadi kenapa dipersoal dan didesak oleh Kit Siang yang jelas bukan Islam?
Apakah “patriot Malaysia” itu tidak tahu bagaimana untuk menghormati hak dan keistimewaan Islam di negara ini?
Perlu juga Kit Siang ingat bahawa Kerajaan Negeri Kelantan ditadbir oleh PAS sepenuhnya. Lagipun, Pakatan Haram itu sememangnya dari awal lagi tidak berdaftar, malah tidak mempunyai sebarang perjanjian atau undang-undang bertulis yang diperakui sah.
Hakikat itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, sebelum ini dalam satu kenyataan.
Jadi, Kit Siang atau DAP tiada hak untuk “mengajar” atau memaksa PAS untuk tunduk pada kehendak DAP dalam hal ehwal membabitkan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, termasuk tentang pembentangan hudud.
Justeru itu, disarankan supaya “patriot Malaysia” itu sedar diri dan tahu di mana kedudukan DAP di mata PAS.
Dengan suasana riuh-rendah para pemimpin DAP yang menghentam, mengugut dan memperlekeh PAS kini, apakah Kit Siang fikir parti itu akan menurut kehendaknya? Jangan mimpilah!
Wasabi Oyabun..
Isnin, 2 Mac 2015
AGENDA MELAYU KOMITMEN NASIONAL
Pertamanya, marilah kita melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana pada malam yang bertuah ini satu perhimpunan yang penuh dengan pengertiannya, satu perhimpunan yang saya anggap sebagai amat bersejarah kerana perhimpunan ini melambangkan, dalam era kontemporari ini, masa kini, wujud satu kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu, dalam kalangan umat Islam di tanah air kita, bahawa anak kunci dan asas masa depan kita tidak lari daripada satu prinsip yang amat unggul yakni kesatuan dan perpaduan Melayu mesti dijadikan sebagai komitmen kita yang tidak berbelah bahagi.
Boleh tuan-tuan?
Gema daripada semangat menyambut saranan tersebut, semangat Perhimpunan Perpaduan Melayu, mesti kita jadikan sebagai dorongan dan inspirasi kerana mengikut pihak penganjur, ada kelainan Perhimpunan Perpaduan Melayu ini. Ada kelainan daripada himpunan-himpunan yang lalu, yang lazimnya melihat apa yang kerajaan boleh dan apa yang patut kerajaan lakukan untuk orang Melayu dan bumiputera.
Perhimpunan Perpaduan Melayu sebaliknya, ingin memaparkan bahawa orang Melayu sudah sampai ke tahap orang Melayu hebat! Orang Melayu sudah berjalan jauh hingga kita ialah bangsa yang bermaruah dan orang Melayu ingin supaya apa yang kita lakukan itu mendapat berkat Allah SWT.
Justeru, perhimpunan ini ingin menggambarkan bahawa kita nak tanya pada diri, setiap daripada kita, orang Melayu, umat Islam, Bumiputera, nak tanya pada diri kita: Apa kita boleh buat atas nama orang Melayu? Apa kita boleh menyumbang dan apa yang boleh kita lakukan? Saya ucap syabas kerana inilah semangat yang ingin saya lihat dalam kalangan kita.
Kita tidak mahu orang Melayu diperlekehkan. Betul tuan-tuan?
Kita tidak mahu orang Melayu dihina.
Kita nak orang melihat orang Melayu sebagai bangsa yang disegani, dihormati dan bangsa bermaruah.
Sebagai Perdana Menteri, saya memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinan saya akan terus membantu orang Melayu, Bumiputera. Bantuan kita berdasarkan kepada hakikat ucapan saya di Shah Alam lebih kurang dua tahun yang lalu di mana saya telah menzahirkan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional.
Dan bila kita sebut bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional, maka kita akan terus menggubal dasar, program dan tindakan yang bersesuaian dengan agenda itu.
Yang kita hendak lakukan ialah supaya orang akan melihat bahawa kerajaan sebagai fasilitator, kerajaan sebagai pemangkin, kerajaan membuka pintu, kerajaan memberi peluang, hanya orang Melayu yang mempunyai kebolehan dan merit yang akan berjaya dan inilah, kita tidak mahu semata-mata kerana kita Melayu, kita mesti dapat kontrak daripada kerajaan.
Kita nak kalau dapat tempat di universiti, kalau kita menjadi seorang profesor, kalau kita jadi seorang iktisad, kalau kita jadi seorang pengusaha, kalau kita mendapat kontrak daripada kerajaan, Melayu yang hebat dan Melayu yang bermaruah ialah Melayu yang layak mendudukinya.
Dan hari ini bila kita berhimpun, kita berhimpun bukan sekadar sebagai orang Melayu yang tertekan. Kita berhimpun sebagai orang Melayu yang sudah berjaya, sudah berjalan jauh. Lihat sahaja, Melayu yang berjaya sebagai usahawan, sebahagian kita lihat sebentar tadi di luar.
Melayu yang memimpin GLC yang berjaya. Melayu yang mengendalikan universiti, IPTA dan IPTS yang semakin hari semakin mendapat pengiktirafan. Melayu profesional. Pendek kata, Melayu atas perjuangan kita sejak tahun 1946 adalah satu cerita dan kisah Melayu yang berjaya.
Namun, perjalanan kita masih jauh lagi. Saya akui, banyak lagi yang perlu kita lakukan. Saya menerima hakikat bahawa kita perlu insaf, melakukan penambahbaikan. Sebab itulah pada malam ini, saya nak baca tujuh amanat penting dalam Perhimpunan Perpaduan Melayu:
* PERTAMA, sebagai umat Islam, orang Melayu, kita mesti memperjuangkan ketinggian agama Islam dan syiarnya sebagai agama Persekutuan yang berasaskan al-Quran serta as-Sunnah;
* KEDUA, kita mesti pertahankan institusi raja-raja Melayu dan hak serta keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan;
* KETIGA, mempertegak maqasid syariah dengan memelihara dan menjaga kepentingan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan yang berlandaskan pendekatan wasatiyyah yakni sederhana serta seimbang, tidak ekstrem dan bukan pula terlalu liberal;
* KEEMPAT, memperkukuhkan iktisad atau ekonomi bangsa Melayu supaya mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di dalam negara kita mahupun di pentas antarabangsa;
* KELIMA, melatih dan mendidik orang Melayu supaya menjadi bangsa peneraju yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif, berwawasan serta berfikiran global tetapi tetap berpaksikan adat resam dan budaya orang Melayu;
* KEENAM, menyuburkan nilai-nilai mahmudah yang mulia lagi terpuji seperti berjiwa besar, semangat juang yang tinggi, berani, bijaksana, tekun, jujur, amanah serta patriotik kepada watan dengan menjauhi sifat-sifat mazmumah yakni tercela dan terkeji, berdengki-dengkian, bersengketa serta bermusuh-musuhan sesama bangsa;
* KETUJUH, memperteguh institusi keluarga dan masyarakat Melayu dengan mengamalkan budaya unggul, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, kasih-mengasihi, tolong-menolong sesama kita di samping itu menjauhi sifat-sifat negatif seperti berburuk-sangka, saling memfitnah sesama bangsa serta seumpama dengannya.
Dengan amanat ini, bangsa Melayu sewajibnya mengorak langkah dalam mengerat silaturahim sesama kita untuk menjadi bangsa yang kuat, hebat dan bermaruah dan diberkati Allah SWT.
Amanat yang dilafazkan ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu hendaklah dijadikan peringatan yang kekal dan ingatan untuk kita semua dan ini selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir dalam tubuh badan kita semua, selagi itu, wadah dan maslahat umat ini akan kita terus perjuangkan sampai bila-bila.
Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Wasabi Oyabun...
Langgan:
Catatan (Atom)