Terima kasih kerana mengundi BN
Isnin, 26 Disember 2011
Panas! Kempen Memboikot Produk Gardenia Milik Usahawan Melayu! Panggil Melayu BABI!
Kini tersebar luas di internet terutama di laman-laman sosial Facebook, dari segelintir kaum Cina yang mengesa bangsanya tidak memberi sokongan kepada perniagaan Melayu, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan usahawan Melayu.
Laman Facebook dan e-mail yang disebarkan menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana syarikat berkenaan dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (BERNAS) dan ramai orang-orang Melayu mempunyai kepentingan di dalam perniagaan tersebut.
Untuk berita selanjutnya sila lawat ke laman blog ini : http://khairulryezal.blogspot.com/2011/12/panas-kempen-memboikot-produk-gardenia.html
Wasabi Oyabun..
Isnin, 19 Disember 2011
Layakkah dia mendapat gelaran Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong dan bercakap mengenai akhlak!
Anwar kata kehebatan Melayu pada agama dan akhlaknya! Memang betul apa yang diperkatakan, tetapi adakah orang yang bercakap mengenainya mempunyai "akhlak" seperti itu sehingga menjadikan "dia" hebat!
Malah akibat "kehebatannya" maka dia dikurniakan dengan gelaran Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong! Layakkah dia mendapat gelaran tersebut?
Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.
Anwar dalam ucapannya sama ada sedar atau tidak menuding jari terhadap dirinya sendiri dengan berkata, " budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah."!
Anwar juga turut menganjurkan kepada anak-anak gayong supaya kembali membaca hikayat sejarah perjuangan melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempopularkan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”.
Apa yang sebenarnya Anwar maksudkan dengan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”? Setelah berjaya menghasut pelajar-pelajar universiti supaya membuat demo di Kuala Lumpur baru-baru ini, adakah ini satu lagi cara Anwar menghasut minda anak-anak gayung supaya bangkit menentang!
Amat malang apabila seorang yang digelar Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, tetapi takut untuk bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Quran!
Apatah lagi dengan masalah moralnya yang hebat diperkatakan sekarang!
Sehingga kehari ini Anwar masih gagal menjawap 5 soalan yang ditanya oleh Datuk Eskay. Pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Hebat sangatkah Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM 1.00 ini apabila rasa tertekan dengan masalah peribadinya cuba mengheret Tun Mahathir semula kekancah politik negara!
Jika Anwar benar-benar merasakan dirinya HEBAT,BERSIH dan BERAKHLAK MULIA, sanggupkah dia "membersihkan" dirinya dengan melakukan sumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Quran dimana-mana masjid pilihannya di dalam negara! Ada berani kah Anwar? Wallahuallam.
Wasabi Oyabun..
Ahad, 18 Disember 2011
Apabila Brother Pak Sheikh Gila Meroyan!
Dalam dunia ini banyak jenis gila. Pemimpin pun ada penyakit gila tetapi penyakit gila seorang bekas pemimpin ini memang dah sampai ke tahap kritikal. Sanggup lakukan apa sahaja. Dah bagi betis nak peha soal keamanan rakyat belakang kira. Masa berkuasa dulu pun dia memang selalu belakang kira, tabur duit merata-rata. Semua ini untuk kuasa. Puisi di bawah ini memang ditujukan khas buat bekas pemimpin ini.
PUISI PEMIMPIN GILA
Alkisah ada satu cerita. Sangat elok dibuat pengajaran.
Brother Pak Sheikh empunya gelaran.
Mulanya nampak memang baik. Gigih kononnya berusaha mengangkat martabat bangsa.
Ramailah rakyat sukakan dia. Memuji memuja, sumpah taat setia.
Brother Pak Sheikh amatlah suka.
Namanya mulai terkenal seantero dunia. Puji-pujian mencurah-curah.
Apa kata dia pun semuanya jadi. Mahu dia pun semua orang ikut.
Ramai orang menjadi kaya. Gelaran diberi jutawan terkejut.
Yang miskin terus papa kedana Brother Pak Sheikh langsung tak peduli.
Baru-baru ini baru nak bersuara membela.
Membela rakyat? Atau membela diri sendiri.
Orang pun sanggup menjadi macainya. Asalkan duit dapat berjuta orang sanggup jadi macai.
Brother Pak Sheikh suka tak terhingga. Sangka dia dialah berkuasa.
Kata dia semua mesti jadi. Mahu dia semua orang mesti ikut.
“Siapkan mahligai serba mewah untuk masa depan ana!
Siapkan macai-macai serba boleh untuk masa depan kuasa ana!
Singkirkan, fitnahkan, taburkan wang, jatuhkan pemimpin yang tak sebulu dengan ana!
Sesungguhnya ana memang tak sabar, rakus dan tak tahan asyik dicucuh buntut oleh tangan-tangan ghaib kuasa luar tapi……..
Syyyyyyy tahu sama tahu
Biar pecah seribu tapi yang satu ini dipecah jangan
Ingat habuan masing-masing.
Duit rakyat duit dia. Amanah rakyat harta bapak dia.
Dia bukan lagi manusia biasa. Sudah jadi manusia gila.
Negara jadi harta dia. Rakyat hamba dia.
Rakyat memprotes dia tak kira. Rakyat semakin marah dia tak peduli.
Dia bukan lagi orang biasa. Tapi rakyat tengok dia macam orang gila.
Dia ingat rakyat semua macai dia. Memang ada rakyat yang jadi macai dia yang setia.
Mereka atur apa sahaja kemahuannya. Tak kira walau itu satu dusta.
Dia nak tengok ribuan orang berkumpul, macai-macai aturkan apa cara sekalipun.
Paksa pelajar buat huru hara, buat cerita, hina-menghina dan segalanya.
Brother Pak Sheikh lega tengok ramai orang berkumpul. Tapi rakyat tengok dia macam orang gila.
Dia ingat dia masih hebat, boleh berkuasa. Tanda-tanda kemurkaan Tuhan dia tak nampak. Ingat dia manusia luar biasa tapi rakyat tengok dia……bukan lagi macam orang gila tapi betul-betul gila……….Kesiannnnnnnnn.
Wasabi Oyabun..
Selasa, 13 Disember 2011
Isu PR Desak Kerajaan Tamatkan Tol Batu Tiga - Sungai Rasau : Idea Basi!
Nampaknya Pakatan Rakyat sudah kepanasan dengan mendesak kerajaan persekutuan agar tidak melanjutkan perjanjian konsesi tol yang melibatkan Plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan yang bakal berakhir tidak lama lagi. Sini .
Kata mereka tumpuan diberikan kepada dua tol ini memandangkan ianya berada di kawasan Shah Alam dan setiap hari pengguna lebuhraya berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer terutamanya di waktu puncak.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berkata perjanjian konsesi tol wajar ditamatkan memandangkan pihak konsesi sudah memperolehi keuntungan berlipat ganda berdasarkan perkiraan tempoh perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.
“Kita mendesak Kerajaan Barisan Nasional untuk menamatkannya secepat mugkin kerana amat jelas ‘que’ menunggu untuk membuat pembayaran hampir satu kilometer panjang. Dahulu ianya dilakukan atas alasan untuk melancarkan lalu lintas dan sekarang kita nampak bahawa tol adalah punca utama kepada kesesakan lalu lintas berlaku,” katanya.
Sementara itu, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail mengingatkan kerajaan persekutuan supaya tidak sama sekali melanjutkan perjanjian konsesi setelah ianya tamat sepenuhnya dalam tempoh terdekat. Katanya, bebanan kepada rakyat khususnya penduduk sekitar yang menggunakan kemudahan ini dapat dikurangkan hasil daripada pemansuhan tol ini.
Tetapi mereka sebenarnya telah lupa kerana sebelum ini pada bulan Jun lepas, UMNO Bahagian Shah Alam bersama lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) serta parti komponen Barisan Nasional (BN) telah membawa cadangan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau ini untuk mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan. Sini.
Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Shah Alam, Datuk Nawawi Md. Zin berkata, memorandum berhubung perkara itu, yang merupakan suara hati warga Shah Alam, sudah pun dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya pada 11 Jun lalu.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya masih belum menerima maklum balas daripada kementerian berkenaan dan usaha sedang dilakukan untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam berkata, kunjungan hormat itu disifatkan sebagai penting bagi mendapatkan reaksi awal kerajaan, selain boleh membincangkan cadangan dalam memorandum tersebut.
“Dalam keadaan ekonomi hari ini, UMNO Bahagian membawakan suara hati rakyat di negeri ini bersama pelbagai NGO dan amat berharap kerajaan dapat memenuhi permintaan itu.
“Jika sebelum ini, beberapa kutipan tol sudah ditamatkan dan kami harap tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau juga dapat dimansuhkan,” katanya kepada di sini sebelum ini.
Pada 11 Jun lalu, Nawawi menyerahkan memorandum memansuhkan tol tersebut kepada Shaziman bagi dikemukakan untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Ashaari Ibrahim yang mewakili Shaziman selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian tersebut.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari pula berkata, golongan muda sentiasa memberikan sokongan kepada usaha meringankan beban kewangan rakyat termasuk memansuhkan kutipan tol di Lebuh Raya Persekutuan yang telah beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu.
“Dalam keadaan ekonomi sedang mengalami pemulihan, kami merayu agar kerajaan dapat menamatkan operasi kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad berkata, Lebuh raya Persekutuan adalah pintu masuk utama ke Shah Alam dan sewajarnya ia tidak ‘dihiasi’ dengan plaza tol.
“Mengikut perkiraan kita, syarikat konsesi lebuh raya itu sudah berjaya mengutip balik nilai pelaburan mereka bagi membangun dan menaik taraf lebuh raya berkenaan,” katanya.
Adakah ini tuntutan bertindih dari kedua-dua pihak ( BN dan PR ) demi kebajikan rakyat! Adakah Pakatan Rakyat sebenarnya sudah terdesak untuk mendapat kepercayaan dari rakyat Selangor untuk terus mengundi mereka semula dalam PRU ke-13 nanti dengan meniru idea dari UMNO dan BN?
Adakah jika kerajaan benar-benar menghapuskan kutipan di kedua-dua tol ini nanti, maka Pakatan Rakyat akan mendabik dada dengan berkata ini adalah dari usaha mereka mendesak kerajaan Pusat walhal perkara itu sebenarnya sudah diperjuangkan oleh UMNO dan BN lebih awal!
Sama-samalah kita fikirkan siapa sebenarnya 'Juara Rakyat'!
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catatan (Atom)