Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 28 Januari 2009

Anwar, Amerika dan Bar Council ...!

Selepas munculnya laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 28 Jun lalu, Anwar tidak dapat tidur lena sehingga memaksa beliau berlindung di kedutaan asing. Isterinya, Wan Azizah pun turut gelabah, seperti ibu kehilangan anak, hingga terpaksa merayu-rayu kepada kerajaan agar dapat memberi jaminan keselamatan suaminya yang telah menerima ancaman bunuh (?)
Episod ancaman bunuh lenyap, sebaik sahaja, Anwar keluar dari kedutaan asing dengan keadaan tiada riak ketakutan pun kepada si pembunuhnya. Katanya dengan lantang, isu liwat sebagai usaha mengalihkan perhatian rakyat tentang hasratnya membentuk kerajaan baru. Beliau berkata semua ini 'konspirasi' untuk 'membantut' empat orang anggota parlimen BN melompat parti menyokongnya!

Misteri si pembunuh Anwar dan fatamorgana 'budak Najib'

Persoalannya, siapakah si pembunuh misteri itu yang telah mengancam nyawa Anwar seperti didakwa isterinya ? Kenapa pula selepas Anwar keluar dari Kedutaan Turki, isu pembunuh misteri lenyap begitu sahaja, hinggakan Anwar mampu berceramah di dalam dan luar negara tanpa rasa takut? Semasa pilihanraya di Permatang Pauh, tiada siapapun hendak “ mencuit “ Anwar sehingga beliau bebas berkempen dimana-mana sahaja tanpa gangguan si pembunuh?
Kenapa pula Anwar hanya sebut 4 ahli parlimen BN bakal melompat parti sedangkan sebelum ini, beliau begitu angkuh beritahu media angkanya mencukupi ( lebih 30 ahli BN )?

Selepas keluar dari tempat persembunyian, Anwar laksana dewa besar, bangkit semula menangkis dengan bersungguh-sungguh segala persoalan berkaitan laporan polis bekas pembantunya itu yang didakwa 'konspirasi' (?), dengan bukti sekeping foto bekas pembantunya bergambar bersama 'budak Najib' di pejabat TPM.

Berasaskan sekeping foto itu, jentera-jentera PKR mula menggerakkan perang sarafnya mengatakan wujud teori konspirasi. walaupun tidak dapat dibuktikan secara jelas dan Anwar pula dengan lantang mendesak kesnya digugurkan. Tetapi seperti misteri si pembunuh, cerita konspirasi dengan 'budak Najib' mula semakin sepi, apabila tersebar secara meluas di internet foto-foto Saiful bergambar dengan tokoh-tokoh politik lain, termasuk Shahril, Tok Pa dan Azalina.

Maknanya isu foto 'budak Najib' sudah tidak relevan kerana tabiat Saiful adalah bergambar dengan sesiapa sahaja yang dianggap tokoh sebagai satu koleksi peribadinya.Sehingga ke hari ini masih lagi menjadi teka-teki, adakah Saiful merakam foto-foto eksklusif bersama bekas majikannya, Anwar Ibrahim?. Mustahil Saiful tidak menyimpan walau sekeping foto, sedangkan Saiful dakwa, dia dibawa melawat oleh majikannya ke Hong Kong, Singapura dan Thailand?

Konspirasi Anwar dan Amerika Syarikat ?

Selepas keluarnya Anwar daripada kedutaan asing, maka bermulalah siri-siri serangan dari luar negara membela Anwar. Tom Casey, dari tirai Jabatan Negara Amerika, mengeluarkan kenyataan keras menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar dan mendesak kes itu digugurkan.

Kemudian diikuti dengan surat-surat sokongan daripada rakan-rakan IIIT yang bernaung di bawah Islamica Magazine, serta rangkaian Zionis yang menaungi agensi Amerika iaitu International Crisis Group (ICG), AccountAbility, National Endowment for Democracy (NED), International Replican Institute (IRI) dan National Democracy Institute (NDI).

Joseph Biden atau Joe Biden yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika pun masih sempat menghantar surat sokongan kepada Anwar. Joe Biden sokong Anwar. Agensi Amerika pun sokong Anwar. Kenapa si Zionis yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika serta rangkaian Zionis yang berselindung di sebalik agensi Amerika itu begitu perihatin kepada Anwar?

Sebenarnya Anwar pernah berkhidmat selama dua tahun di Amerika (2005-2007), sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004. Anwar bukan sekadar pensyarah jemputan di Universiti Amerika sepertimana yang selalu diwar-warkan kepada rakyat Malaysia, tetapi pemegang jawatan dalam badan-badan yang menyokongnya itu.

Anwar sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG, Presiden Kehormat, AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.
Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya menyatakan sokongan kepada dirinya sendiri? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya? Rakyat Malaysia tertanya-tanya apa kaitan Anwar dengan Amerika, sedangkan ketika Dato Harun Idris dan Dato Mohktar Hashim dikenakan pendakwaan mahkamah, Amerika tidak pernah menunjukkan sekelumit simpati pun.

Semasa hukum Hudud sibuk diperbahaskan sebelum PRK Kuala Terengganu, mengapa Anwar sibuk-sibuk pula ke Amerika. Betapa ketika itu penyokong-penyokong PR begitu kepanasan menunggu penjelasan dari Anwar terutamanya kumpulan “ Abang Besar “ iaitu DAP berhubung dengan hukum Hudud?

Kebetulan pula ianya adalah lebih kurang sebulan sebelum bekas Presiden Bush meninggalkan White House? Anwar pergi berjumpa dengan siapa? Kenapa pula selepas itu pula ke Turki berjumpa dengan “ Erdogan “. Adakah hendak menyampaikan amanat terakhir bekas Presiden Bush kepada “ Erdogan “ ekoran tugas sebenar Anwar sebagai wakil Amerika ataupun sebagai “ orang tengah “ hubungan antara Amerika dan Turki? Dan apabila ditanya Anwar mengatakan yang beliau dan Presiden Turki serta wakil Hamas berbincang mengenai serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza? Mengapa Anwar masih lagi berdolah dalih sedangkan dunia tahu bagaimana hubungan Turki dengan Israel?

Namun begitu sokongan demi sokongan Amerika itu lebih membuka pekung siapakah Anwar di kaca mata Amerika. Kalau bukan kerana road show Anwar pertahankan dirinya (sebelum dibicarakan) serta sokongan bertalu-talu daripada tokoh-tokoh Amerika, masyarakat Malaysia tidak tahu pun bahawa Anwar mempunyai perkaitan rapat dengan negara polis dunia itu.

Persoalannya apa perkaitan Anwar dengan Amerika, sehingga beliau dibela laksana 'anak emas'?

Rakyat juga mempersoal, kenapa Anwar menggunakan kaedah pre-emptive iaitu satu strategi yang sering digunakan oleh Zionis Neo-konservatif Amerika dalam melakukan serangan ke atas dunia Islam.

Sebelum kes didakwa di mahkamah, Anwar telah memberi keterangan terbuka kepada rakyat di pentas-pentas ceramah. Sepatutnya keterangan Anwar diberikan di dalam mahkamah bukannya di pentas-pentas ceramah. Sebelum Ketua Polis dan Peguam Negara meneruskan siasatan secara telus, Anwar telah membuat dakwaan ke atas mereka, kononnya mereka berdua tidak layak menjalankan siasatan dan pendakwaan kerana mempunyai kes 10 tahun lampau?

Kenapa Anwar memfailkan dakwaan ke atas Ketua Polis dan Peguam Negara, ketika beliau menghadapi pertuduhan meliwat kali kedua ? Adakah ini cubaan beliau untuk menutup bukti? Mengapa beliau tidak memfailkan dakwaan itu ketika beliau dibebaskan dari dakwaan tuduhan salah laku seks? Mengapa sekarang?

Adakah Anwar takut dengan bayang-bayangnya sendiri? Inilah kaedah pre-emptive, yang selalu digunakan oleh Zionis, seperti Paul Wolfowitz, ( kawan baik Anwar ) menyerang Iraq terlebih dahulu, kononnya jika tidak diserang, tentera Sadam Hussein akan menyerang Amerika pula!

Kalau tiada kes, kenapa takut ?

Usaha Anwar dan Amerika menggugurkan kes terlebih awal nampaknya gagal apabila Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, 7 Ogos lalu. Anwar pula tiada pilihan lain kecuali mengaku tidak bersalah! Hakim S.M.Komathy Suppiah memutuskan Anwar wajib membayar bon peribadi sebanyak RM20,000 sebagai jaminan untuk memberi komitmen terhadap kes itu.

Perbicaran kes Anwar disambung semula pada 10 September, ketika itu pasukan peguambela Anwar, diketuai Sulaiman Abdullah meminta masa untuk menyediakan hujah-hujah kenapa kes itu tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim bersetuju dan menetapkan 24 September untuk pasukan penguambela Anwar menyediakan hujah-hujahnya.

Pada 24 September, hakim masih gagal untuk membuat keputusan hingga ditangguh kepada 7 Oktober. Ibarat kata pepatah Melayu, 'pukul anak sindir menantu'. Anwar dibicara di Malaysia, tetapi yang lebih terkesannya di Amerika. Sekali lagi, pentadbiran Amerika Syarikat memanggil Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington, Ilango Karuppannan mendapatkan penjelasan serta memberi amaran agar kes Anwar diberi keadilan sewajarnya.

Kesemua tarikh-tarikh perbicaraan ini masih berkisar persoalan asas, iaitu perlu atau tidak kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sekyen ke Mahkamah Tinggi ?. Hampir dua bulan Mahkamah Seksyen terpaksa membuang masa mendengar isu tersebut. Nampaknya sekali lagi Anwar dan barisan peguambelanya berusaha untuk melengah-lengah perbicaraan. Kalau benar seperti dakwaan Anwar, tidak perlu melengah-lengah pendakwaan, walau di mahkamah mana sekalipun, jika sekiranya tiada kes, Anwar tidak perlu risau.

Bukti-bukti pendakwaan yang sepatutnya dikeluarkan masih belum terbuka kepada umum. Rakyat Malaysia mahu tahu benarkah wujud aktiviti liwat antara Anwar dan Saiful ? Kalau benar, apakah bukti-buktinya ? Rakyat juga mahu tahu, siapa alibi Anwar pada tarikh yang didakwa itu, apa fungsi kondomium mewah itu dan sejauh manakah laporan siasatan Hospital Besar Kuala Lumpur benar-benar membuktikan Saiful diliwat? Rakyat mahukan bukti-bukti untuk membuat keputusan sendiri, sama ada benar-benar ada kes atau hanya satu konspirasi merosakkan reputasi Anwar?

Itu yang lebih penting rakyat ingin tahu, bukannya persoalan remeh temeh seperti di mahkamah manakah sepatutnya kes itu dibicarakan! Selagi pertikaian remeh temeh persoalan tempat mahkamah yang sewajarnya diadili, masih belum selesai, selagi itu bukti-bukti pendakwaan tidak boleh dikemukakan.

Sudah nampak sesuatu tidak kena, sedangkan Anwar kata tiada kes, tetapi barisan peguambelanya pula yang berhempas pulas mempertahankan hujah agar dikekalkan di Mahkamah Seksyen. Kenapa penguambela Anwar bermati-matian mempertahankan agar dibicarakan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta?

Nampaknya sejak dari mula pendapat Anwar berbeza dengan barisan peguamnya. Anwar kata, tiada kes, hanya konspirasi politik, tetapi barisan peguamnya kata kes ini lebih rumit daripada kes 1998. Siapa yang benar, Anwar yang hanya mahir berpolitik atau barisan peguamnya yang lebih tahu selok belok undang-undang? Kalau benar tiada kes, kenapa Anwar membayar sampai sembilan peguam untuk membelanya sedangkan pihak pendakwaraya hanya diwakili oleh lima orang sahaja?

Kalau benar-benar tiada kes, Anwar tidak perlu membazir wang hingga terpaksa menggunakan sembilan peguam, cukup hanya diwakili dua peguam peribadinya iaitu Sankara Nair dan Sivarasa Rasiah.

Imbas kembali epilog dramatik kes liwat Anwar - Saiful

Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang.

Apabila mengetahui bekas pembantunya buat laporan polis (bernombor 4350/08) di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur, pada malamnya, Anwar pula melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki.

Itu yang dipersoalkan oleh blogger penarik beca. Anwar dakwa punya alibi pada tarikh kejadian ( 26 Jun ), tetapi kenapa terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?

Persoalan Alibi 26 Jun

Menurut Saiful pada tarikh itu ( 26 Jun ), dia mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Kata Saiful, Anwar ( bekas majikannya ) meliwatnya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar pula secara berkias, tidak menafikan pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Saiful itu. Menurut peguam peribadi Anwar, Sankara Nair pula, pihaknya mempunyai alibi yang jitu pada tarikh berkenaan. Katanya sekurang-kurangnya Anwar telah berjumpa dengan "kira-kira lima orang alibi".

Kalau berpandukan kenyataan peguam peribadi Anwar ini, sudah tentu Anwar tidak perlu takut, kerana mempunyai alibi. Sebab itu logik benar blogger penarik beca bertanya, 'kalau sudah mempunyai alibi, kenapa masih terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?'

Tetapi sepanjang tarikh 26 Jun hingga tarikh didakwa di mahkamah (7 Ogos), hujah Anwar bukan persoalan alibi, tetapi sebaliknya persoalan laporan Hospital Pusrawi. Sepatutnya jika persoalan alibi yang lebih kukuh, Anwar boleh menepis tanpa perlu bersusah payah menggunakan dokumen Hospital Pusrawi yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai bukti mahkamah.

Malahan Dr Osman pula dipertikaikan kepakarannya serta dipercayai rakan sekonspirasi Anwar. Bermakna jika Anwar berhujah berdasarkan laporan Hospital Pusrawi, hujah Anwar tidak lengkap, kerana terdapat satu lagi laporan berautoriti yang turut dicadangkan oleh Dr Osman sendiri iaitu Laporan Hospital Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini Anwar gagal memberi bukti menggunakan bukti sah Hospital Besar Kuala Lumpur itu.

Secara tidak langsung, Anwar sendiri mengakui alibinya tidak kuat sebagaimana yang didakwa oleh peguam peribadinya. Memang diragui alibi Anwar, kerana terdapat percanggahan antara kenyataan peguam Anwar dengan kenyataan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri. Peguam Anwar berkata, pada tarikh itu, Anwar berjumpa dengan sekurang-kurangnya 'lima orang', tetapi Nurul Izzah pula mengatakan Anwar berada dengan keluarganya pada ketika itu. Wan Azizah pula hanya tunduk, tidak mengiakan atau menafikan.

Kisah budak pembancuh kopi Anwar

Bermula dari 28 Jun, hampir sebulan Anwar terpaksa berhempas pulas mempertahankan dirinya. Kalau bukan report polis itu, tiada siapa kenal pun siapa Saiful Bukhari Azlan. Tiada siapa tahu pun tentang wujudnya 'pusat operasi rahsia Anwar' di Kondominium mewah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Malah tiada siapa tahu pun wujud satu jawatan khas yang diberi nama 'pembancuh kopi Anwar'.
Hampir sebulan juga Anwar terpaksa membuka satu persatu rahsia dalaman berkenaan fungsi Saiful sebagai 'pembancuh kopi' yang pada awalnya cuba disasarkan sebagai 'budak Najib', tetapi kemudiannya melantung semula kepada diri Anwar umpama 'menjilat ludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

Masyarakat jadi bingung, siapa sebenarnya budak 'pembancuh kopi' itu kerana Anwar menyembunyikan identiti budak itu sebagai bekas pekerjanya yang telah berkhidmat sejak Mac 2008 lagi. Siapa sebenarnya 'budak pembancuh kopi' itu? Perlukan Anwar mempunyai seorang 'pembancuh kopi khas' yang bukan setakat kerjanya membancuh kopi untuk Anwar di rumah peribadinya Bukit Segambut dalam, atau pejabatnya di Seksyen 16 ataupun di 'kondominium rahsia', di Bukit Damansara.

Turut dipersoalkan, kalau benarnya Saiful hanya sekadar 'pembancuh kopi Anwar', kenapa dia dibawa Anwar melawat ke luar negara, termasuk Hong Kong, Thailand, Singapura dan lain-lain?
Istimewa sangatkah Saiful, hingga dilantik sebagai 'budak pembancuh kopi' serta mengenepikan ahli-ahli Anwar Ibrahim Club (AIC) lain yang selama ini menganggap Anwar seperti dewa?

Itulah yang diperkatakan oleh penulis buku politik terkenal, Pak Habib, Anwar hanya menjadi Ketua Umum, sudah memerlu 'pembancuh kopi' khas, kalau sudah jadi PM, apa lagi jawatan yang tidak masuk akal akan diwujudkan untuk kepentingan diri sendiri ? Walaupun Anwar cuba memperlekehkan Saiful sebagai budak pembancuh kopinya, tetapi Saiful sendiri mengakui tugasnya bukan sekadar pembancuh kopi tetapi lebih daripada itu.

Kisah di sebalik tabir penguam bela Anwar..

Pasukan peguam bela Anwar dalam kes liwat 2008, terdiri daripada Sulaiman Andullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.

Daripada sembilan orang yang disenaraikan, tiga daripadanya adalah pemegang jawatan dan aktivis PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, Latheefa Koya, bekas Timbalan Ketua AMK PKR dan Saiful Izham Ramli, bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR.
Hanya dua penguam bela lama Anwar dikekalkan iaitu Sulaiman Andullah dan Sankara Nair, sedangkan tujuh yang lain merupakan peguam junior.

Kenapa Anwar tidak mengambil semula peguam-peguam lama yang pernah mengendalikan kes liwat tahun 1998? Kenapa Anwar gugurkan nama peguam Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh sedangkan mereka merupakan peguam senior yang berpengalaman ?
Kenapa pula Anwar tidak libatkan Karpal Singh anak beranak, sedangkan peguam itu disebut-sebut sebagai peguam bela yang handal?

Benarkan dakwaan mengatakan Karpal tidak boleh menjadi penguam bela Anwar sampai bila-bila kerana beliau telah bersikap prejudis kerana pernah menuduh Anwar mempunyai kes meliwat pada tahun 1998? Manakala tiga daripada senarai penguambela Anwar yang junior terdiri daripada aktivis Bar Council. Mereka adalah Amer Hamzah, Edmund Bon dan Latheffa Koya.

Bukankah penglibatan ramai aktivis peguam Bar Council ini menunjukkan hubungan Anwar dengan badan peguam itu sangat akrab? Sebab itu Anwar sentiasa menyokong segala tindak tanduk dan forum-forum ynag di anjurkan oleh Bar Counsil? Kenapa pula nama Zulkifli Nordin digugurkan daripada senarai peguam bela Anwar, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang penguam bela Anwar paling setia?

Bukankah pengguguran nama Zulkifli Nordin ekoran daripada sikap peguam itu membantah Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council, sedangkan Anwar pula bermati-matian mempertahankan supaya forum itu diadakan. Begitu juga dengan Zainur Zakaria, Peguam Pembela Islam (PPI) menentang keras Forum Memeluk Islam dan IFC di Malaysia. Adakah disebabkan oleh faktor ini Zainur juga tidak diambil semula sebagai peguam bela Anwar ?
Bukankah Bar Council dan aktivisnya termasuk Sulaiman Abdullah merupakan pengerak awal IFC di Malaysia di mana tangan-tangan Anwar tersembunyi di belakang Suruhanjaya Antara Agama-agama itu?

Bukankah semasa Sulaiman Abdullah menjadi Presiden Bar Council, beliau menganjurkan Forum 'Kebebasan Beragama? dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF serta mengadakan satu perayaan 'Festival of Rights? diadakan dengan tema Kebebasan Beragama? Bukankah mereka ini merupakan dalang penggerak IFC di Malaysia?

Makin menarik cerita liwat Anwar-saiful ini, kerana dengan cerita itu, tersingkap pula cerita lain, termasuk Anwar & Amerika, Bar Council dan tangan Anwar di belakang IFC yang sebelum ini cuba disembunyikan. Selepas peristiwa 16 September mencalar imej Anwar, rakyat sentiasa menunggu apakah episod-episod cerita menarik yang bakal dihidangkan oleh Anwar seterusnya. Sebutan Kes liwat 2 bakal di kedengaran pada Februari ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat?

Wasabi Oyabun

Jumaat, 23 Januari 2009

Yang Bebas, Adil, Bersih Hanya Untuk Anwar...!

Politik Malaysia akan terus berserabut selagi "bebasnya" manusia bernama Anwar Ibrahim. Untuk mengalihkan isu dari tuduhan liwat, beliau menolak untuk bersumpah, menyalahkan polis, tidak percaya mahkamah, menuduh kerajaan ada konspirasi, menggunakan mahkamah Syariah, memperalatkan media dan mengheret pula pakar-pakar perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur.

Pendek kata dalam merealisasikan misi politik dan agenda peribadinya, Anwar akan menggunakan apa sahaja kesempatan bagi memburukkan keadaan dan bagi meyakinkan rakyat bahawa beliau telah difitnah. Beliau telah mengadakan ceramah-ceramah politiknya yang penuh dengan retorik dan pembohongan - hanya satu mahu menagih simpati rakyat supaya menolak tuduhan fitnah liwat tersebut.

Kenyataan Anwar semakin berbelit-belit. Mana yang menguntungkan dia, dia puji baik, telus, ada integriti dan boleh dipercayai. Bila melibatkan diri beliau, semua konspirasi, jadi instrumen kerajaan, mahkamah tidak telus, polis khianat dan macam-macam lagi tuduhan.

Ambil contoh kes beliau dengan BPR, bila merasakan beliau untung, BPR baik, BPR bagus tapi bila hospital minta DNA, dituduhnya doktor jadi alat kerajaan sebab tidak menguntungkan beliau. Betul-betul double standard. Yang baik untuk dia sahaja dan yang buruk-buruk itu adalah untuk orang lain.

Bila mahkamah bebaskan beliau, dia merasakan sudah wujud keadilan sebab menguntungkan beliau tetapi apabila mahu didakwa ke mahkamah, dia tidak terima kerana tidak percaya mahkamah yang ada di Malaysia bebas sebab ini tidak menguntungkan beliau. Beliau menyokong polis untuk siasat Akuan Bersumpah Raja Petra sebab ada keberuntungan dan bila polis mahu siasat batang tubuhnya, Anwar kata polis ada konspirasi.

Tidakkah ini mengarut dan rakyat pula semakin terpedaya dengan manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Mereka seakan bersedia apabila sejak akhir-akhir ini Anwar sedang merosakkan segala sistem termasuklah mempolitikkan dunia perubatan. Seperti beberapa tulisan sebelum ini, apa sebenarnya helah yang Anwar sedang cari? Apakah tujuan Anwar yang dilihat sedang meracuni fikiran rakyat untuk bersama dengan beliau, kita terima helah Anwar kalau beliau menuduh kerajaan kerana beliau sedang menggilai jawatan Perdana Menteri dan menukar kerajaan.

Kita terima kalau Anwar memperalatkan media dalam dan luar negeri kerana beliau mahu dilihat sebagai tokoh agung dunia dan kita terima kalau Anwar menggunakan mahkamah Syariah supaya Saiful mendatangkan empat orang saksi kerana untuk mendapatkan empat saksi tersebut amat sukar...hanya Anwar, Saiful dan Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Tetapi kita tidak boleh terima dengan akal yang waras apabila Anwar mengheret profesionalisme perubatan ke dalam kancah peribadinya ataupun mengheret prosedur rawatan ataupun perubatan kedoktoran dalam permainan politik sempitnya. Anwar seakan ingin memberitahu kepada rakyat supaya jangan percayakan doktor dan kalau boleh, jangan percayakan semua orang KECUALI percayakan dia sahaja.

Cara Anwar menyerang HKL seolah-olah menyerang bersama dengan niat yang jahat - Anwar seakan habis helah, ikhtiar ataupun putar belit hingga terpaksa menjadikan doktor sasarannya. Tindakan Anwar sudah semakin melampau, Anwar seolah-olah ingin menjadikan beliau kebal daripada segala undang-undang dan peraturan.

Dengan tuduhan liwat, Anwar sanggup memperkecilkan semua sistem yang ada dalam Negara dan yang telah terbina sudah melebihi 50 tahun ini. Anwar sedang berusaha untuk lari dari isu sebenar. Anwar sedang bersungguh-sungguh untuk menutupi tuduhan liwat dari diperkatakan dan dalam masa yang sama sedang merosakkan segala sistem profesional yang ada dalam Negara.

Lebih mengecewakan lagi, apabila Anwar mengheret dan mencerca segala sistem ini, penyokongnya akan berteriak Reformasi dan kalangan PAS pula akan mengangkat tangan ke langit melaungkan Takbir.

Apakah mereka ini telah buta hati perutnya hanya kerana begitu "mencintai" Anwar? Dan mengangkat takbir pun tengoklah sumber mana kenyataan tersebut, kalau sumber itu datang dari orang fasik dan munafik, berdosa kita kerana bersubahat. Bila Gobalakrisnan baca hadis, terpekik terlolong penyokong PAS menjerit Allah Hu Akhbar. Nauzubillah..!

Apakah tidak wujud kesedaran di dalam diri mereka terutama sekali di kalangan tokoh-tokoh agama seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din dan ramai lagi untuk menasihati Anwar supaya kembali kepada perkara asas iaitu liwat dan Anwar tidak perlu merapu mencari dahan ataupun daun-daun kering bagi menutup daripada menjawab kepada tuduhan tersebut.

Kalau Nik Aziz ataupun Haji Hadi tidak percayakan doktor, mana mungkin apabila diserang sakit jantung ataupun apa sahaja penyakit, mereka ini mencari doktor-doktor pakar dalam Negara. Kalau Nik Aziz tidak percayakan kepada polis, mana mungkin beliau menerima dengan reda penahanan anak beliau untuk di ISA. Dan apalah sangat dengan kedudukan Anwar hanya seorang Penasihat parti kalau mahu dibandingkan dengan kedua-dua tokoh ini.

Anwar kena percaya kepada Qada dan Qadar Allah S.W.T. Dan kalau benar Anwar tidak bersalah, tidak meliwat - yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang benar dan yakinlah tidak akan ada perbuatan khianat kerana Allah tidak akan membenarkan sebarang perbuatan khianat dilakukan oleh orang lain terhadap orang yang baik-baik.

Oyabun

Rabu, 21 Januari 2009

GEMPAR!!! HUBUNGAN SEKS ANWAR - SUKMA...!

Pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja mengenai hubungan homoseksnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada 17 September 1998 di hadapan majistret Abdul Karim Abdul Jalil.

( INI ADALAH KENYATAAN ASAL ).

"Saya ingin menyatakan hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bermula dari tahun 1976 atau 1977, saya tidak berapa ingat. Tidak ingat berapa haribulan tapi pasti tahunnya.

Saya datang dari Indonesia bersama ibu dan ayah saya untuk menetap dan bersekolah di Kuala Lumpur. Ibu dan bapa saya menyerahkan saya kepada Datuk Ibrahim dan isterinya dalam jagaan mereka sewaktu pangajian saya di Malaysia.

Saya tinggal di No. 27, Jalan SS 1/43, Petaling Jaya. Dengan secara kebetulan saya mendapat bilik berkongsi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suatu hari, tidak ingat berapa haribulan dan waktu yang tepat, saya merasa berahi dan ingin melakukan onani. Dalam satu bilik saya tidur sekatil dengan dia, secara kebetulan badan dia melekat pada badan saya termasuk kemaluan dia berada di telapak tangan saya. Dengan otomatik saya menguitkan kemaluan beliau dengan tangan saya dan dalam beberapa saat air mani dia keluar tetapi air mani saya tidak keluar. Itu detik-detik permulaan perhubungan saya dengan dia dan berterusan dalam seminggu sekali kurang lebih dalam setahun.

Selepas setahun, hubungan kami semakin intim dan bermulalah hubungan oral seks, saya melakukan terhadap dia. Selepas setahun kemudiannya dia ada melakukan liwat terhadap saya dengan menggunakan baby cream. Dia berlaku berselang-seli di antara onani, liwat dan oral.
Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkahwin, beliau berpindah ke rumah sewa di Seksyen 17. Saya sekali sekala datang ke rumah beliau. Di rumah ini dalam jangka tiga atau enam bulan saya tidak mempunyai hubungan apa-apa dengan dia. Tapi selepas itu kami ada menjalinkan hubungan berselang-seli di antara liwat, oral atau onani dan kurang lebih sebulan sekali atau dua.

Kemudian kami berpindah ke Subang Jaya. Di sini saya hanya tinggal bersama dia dua bulan pertama dan satu bulan terakhir dalam setahun. Kerana saya kembali ke Indonesia pada waktu itu selama sebelas bulan. Perjalinan ini berterusan tetapi berkurangan. Selepas setahun Datuk Seri Anwar tinggal di Subang Jaya kami berpindah ke Seksyen 14 Petaling Jaya. Di sini terjalin juga hubungan di antara saya dan dia dalam sebulan sekali atau dua.

Kami berpindah kemudian ke No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, iaitu kediaman rasmi peribadi beliau. Di dalam rumah ini saya mendapat bilik sendiri dan hubungan ini tetap berlaku dalam satu atau dua kali sebulan. Dalam kurang lebih, kami menetap di Bukit Damansara selama tiga setengah tahun, kalau tidak silap.

Kemudian kami berpindah ke rumah rasmi Kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, KL. Selama di sini hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim agak renggang kerana saya berpindah ke rumah peribadi saya di 10/7/2 Tivoli Villas Bukit Bandaraya. Walau bagaimanapun jalinan ini tetap terjadi, walau sekali-sekala. Ini kurang lebih dalam tahun 1991/92.

Di rumah 47 Jalan Damansara, Damansara, saya pernah memperkenalkan secara tidak langsung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kawan saya. Kami bertiga melakukan hubungan sejenis dengan cara oral dan onani tetapi saya berperanan hanya sebagai penonton. Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba meliwat… tetapi ianya gagal kerana salah kedudukan. Ianya berlaku atau keadaan ini sebanyak tiga kali setiap minggu. Di kejadian ketiga saya tidak lagi melihat perhubungan beliau dengan… kerana saya menunggu di bilik air.

Semua kejadian ini berlaku di bilik tetamu (bilik tidur tamu) yang mana saya pun tidur di bilik ini apabila saya berkunjung di rumah ini. Dalam lebih kurang dua atau tiga tahun yang lalu, waktu dan tahun yang tepat saya tidak ingat, saya pernah membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rumah saya untuk bertemu Azizan (pemandu kereta Datin Seri) di rumah saya atas permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan hubungan sejenis. Rumah saya ini di Tivoli Villas tadi.

Dianya terjadi seperti begini. Saya membuat janji kepada Azizan agar beliau datang ke Tivoli Villas pada 7.15 petang, kurang lebih, dan pada 7.30 petang, Azizan datang ke rumah saya dengan kenderaan beliau sendiri. Setelah kami bertiga bersama, Datuk Seri Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua sekejap-sekejap.

Di antara hubungan mereka ianya terjadi oral dan liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan ke Azizan dengan menggunakan cream baby tanpa menggunakan kondom. Selepas air mani Datuk Seri Anwar keluar Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya. Tapi saya tidak mencapai ke tahap maksimum. Semasa saya melakukan liwat ke atas Azizan Datuk Seri Anwar berada di bilik air. Kejadian ini berlaku tiga kali di rumah saya di Tivoli Villas tetapi kali yang ketiga saya tidak menonton atau melakukan hubungan sejenis bersama mereka. Mereka hanya melakukan berdua dan saya menunggu di luar kamar.

Selepas dari kejadian ini, Azizan pernah meminta pinjaman wang sebanyak RM7,000 daripada Datuk Seri Anwar. Datuk Seri Anwar memberikannya melalui saya. Saya memberikannya kepada Azizan sebanyak RM7,000. Sepanjang perhubungan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya hanya berperanan sebagai pasif dan Datuk Seri Anwar sebagai aktif. Posisi kedudukan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa melakukan secara mengiring atau menyerong dan meniarap. Selama hubungan saya dengan beliau, beliau tidak pernah menggunakan kondom.

Hubungan seks terakhir saya dengan beliau kurang lebih di antara bulan Mac atau April 1998 disebabkan kesibukan kerja beliau. Itu saja yang hendak saya katakan mengenai pengakuan saya terhadap hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Majistret: "Ada apa-apa lagi hendak kamu tambah?

Sukma: "Daripada hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kebanyakannya atas permintaan Datuk Seri. Saya hanya memberi atas permintaan. Saya tidak mahu membuat apa-apa pindaan.

Catatan Majistret: "Saya percaya yang akuan salah ini dibuat dengan sukarela. Ini diambil di hadapan dan pada pendengaran saya sendiri dan telah dibacakan balik kepadanya dan dia mengakui betul serta mengandungi isi-isi yang penuh dan benar mengenai apa-apa yang disebutnya."

Bagaimana pula dengan pengakuan Saiful nanti? Sama-samalah kita tunggu awal bulan Februari nanti.....menarikkkkkk.

Oyabun

Selasa, 20 Januari 2009

PROF. SHIT BELASAH ANWAR...!

Pemimpin ada di mana-mana. Begitu juga wanita. Kedua-duanya ada di mana-mana; bak arus dengan alur. Arus memerlukan alur untuk mengalir. Alur yang liuk-lintuk berlubuk sana berlubuk sini, bersemak samun di pinggir-pinggir tebing dan berlurah-lurah untuk memberi kenikmatan pada arus yang mengalir. Dan kalau arus mengalir dengan baik dan sah serta menjaga alur, hikmahnya dan barakahnya memeng banyak sekali kerana disitu akan lahirlah ketenangan, ketenteraman, kebijaksanaan dan mudah menuju wawasan yang dicita-citakan.

Tetapi kalau arus hanya galak menojah tebing alur dan hanya mementingkan diri arus, maka tersualah kesongsangan, bertemulah gelombang dan kadang-kadang badai taufan pun kerap menjengah. Ketika itu wawasan entah ke mana, alur entah ke mana. Segala-galanya lintang pukang.

Demikian sejarah dunia berkaitan dengan pemimpin dan wanita. Ada pemimpin memperlihatkan kewibawaannya apabila bersama wanita yang luhur yang sering berada disampingnya sebagai isteri. Arus kepimpinan begitu indah, mengalir memberi khidmat kepada rakyat dan diri pemimpin itu sendiri terbukti kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan disegani rakyat. Bersama mereka mengalir menuju wawasan, merempuh ranjau dan gelombang. Bersama mereka bersorak kegembiraan. Bersama mereka menangis kepiluan.

Bersama dan berganding bahu mereka apabila bersama-sama rakyat di mana-mana saja. Dan akhirnya aliran kepimpinan tiba pada tahap kerana kesepaduan antara pemimpin dan wanita yang disayangi. Negara menjadi aman dan rakyat senang lenang kerana pemimpin utama mereka benar-benar memperlihatkan kepimpinan yang selaras dengan tuntuan kebenaran.

Tetapi dunia tidak banyak memperlihatkan sejarah yang indah sedemikian rupa. Apabila pemimpin begitu cepat melonjak naik menjadi begitu besar dengan kuasa di tangan, besar dengan harta dalam simpanan dan besar dengan gelaran yang berjela-jela, maka pemimpin cepat lupa daratan, lupa asal-usul, lupa falsafah perjuangan. Pemimpin tidak lagi mengenal alur, malah tidak lagi mengenal dirinya.

Yang dia tahu hanya membiarkan nafsu kuasanya, nafsu hartanya, nafsu gelarannya dan nafsu jantinanya menembusi setiap lubuk dan lurah tanpa lagi memikirkan halal haramnya. Dengan kuasa, harta, nama dan nafsu dia melupakan dirinya selain untuk memenuhi jeritan nafsunya yang pelbagai yang semangnya tidak pernah puas itu.

Dia bukan sahaja meminggirkan wanita yang sah berada disampingnya selama ini tetapi dia sudah berani mengorak langkah mendekati diri yang bernafsu besar itu dengan mana-mana sahaja wanita yang disukainya, tak kira siapa; malah kalau tak puas juga dengan wanita-wanita begitu, dia alihkan nafsunya kearah lurah-lurah dan jenis-jenis gaya lain yang semeangnya terkutuk. Dia dengan feelnya begitu sebenarnya telah mengotori dirinya dengan najis-najis yang melimpah ruah. Dia bukan sahaja tidak mampu lagi menjadi pemimpin untuk kesejahteraan rakyat tetapi untuk memimpin dirinya sendiripun dia sebenarnya tidak mampu. Dia sudah berada dijurang kehancuran. Dan kalau masih menjadi pemimpin, bersama rakyat seluruhnya dia akan hancur lebur.

Dan menariknya babak-babak dalam kepimpinan seumpama ini ialah feel-feel yang terkutuk seumpama itu mudah pula dilakukan oleh pemimpin yang kotor itu sehingga rakyat tidak langsung menyangka diri pemimpin itu kotor tetapi masih bersih, kacak dan jambu. Lakonan dan drama diperlihatkan kepad arakyat melalui pelabagai wadah dan gaya yang kadang-kadang begitu ekstravaganza sifatnya sehingga meluat pula melihatnya.

Lakonan dan drama itu sering pula diiringi dengan irama-irma yang serba indah, kadang-kadang bobot dengan sulaman-sulaman ayat suci agama yang nampak serba luhur seba kudus, dengan senyuman yang serba menarik, dengan gaya huluran tangan yang serba lunak dan dengan kata-kata yang sentiasa menunjukkan lakonan yang berketrampilan luar biasa. Pemimpin itu benar-benar pandai berlakon dan rakyat pula yang sememangnya amat gemar pada lakonan dan drama, sedia menerima lakonan pemimpin itu.

Sudah banyak pemimpin dunia yang pintar berlakon seperti itu akhirnya tumbang, tersungkur, terkeok menyebah bumi dan diludahi rakyat dengan jijiknya kerana pemimpin jenis begini bukan lagi pemimpin yang dikehendaki rakyat. Matlamatnya hanya untuk merenggut kuasa, merampas harta, menyenaraikan nama dan menyemarakkan nafsu jantinanya tanpa memperhitungkan kesejahteraan dan kesepaduan rakyat, tanpa mengira apa akan terjadi kepada bangsa dan negara asal saja dirinya dan kaum keluarganya boleh pegang tampuk kuasa, terus kaya raya sampai melimpah tebing, terus bernama dengan pelbagai jolokan dan terus memaharajalelakan nafsu jantinanya yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa selain iblis dan dajal.

Tidak ada faktor yang baik untuk menjadi pemimpin yang sebenar selain ia perlu beriman; beriman dalam erti kata berucap denagan lidah, berhayat dengan hati dan melaksanakannya dengan anggota. Tidak ada gunanya pemimpin berpidato berapi-api melalui tv dan di tengah-tengah ribuan rakyat dengan menggunakan gaya penyampaian yang serba canggih sedangkan hatinya berkarat dengan kekotoran yang sudah tidak dapat dikikis lagi dantindkannya banyak yang tidak pernah kesampaian.

Sebagai rakyat dan pemerhati yang tajam terhadap kepimpinan sekarang ini, kita benar-benar susah hati dan bersedih kerana terlalu banyak penyimpanagan berlaku dalam kepimpinan. Segala-galanya terarah kepada pembolotan kuasa dan harta yang tidak terkawal lagi. Dari bolotan harta dan kuasa itu akan merebaklah kepada wabak-wabak dan episod-episod yang langsung berhubungan dengan wanita, wanita sebagai objek, wanita sebagai perkakas.

Pemimpin seumpama ini sesungguhnya tidak lagi menghormati wanita; malah menganggap wanita itu hanya sebagai objek yang terdedah untuk menggiur dan memuaskan hawa nafsu sahaja. Wanita dijadikan perkakas murahan, sebagai alat yang mudah diperolehi melaui kuasa dan harta, yang boleh dibeli dengan kuasa dan harta.

Rakyat yang prihatin hendaklah menolak pemimpin-pemimpin yang sebegini rupa, pemimpin-pemimpin yang hanya bertujuan merebut kuasa, membolot harta, mencari nama dan gelaran yang pelbagai rupa walau dengan apa cara sekalipun demi untuk memuaskan hawa nafsunya. Pemimpin-pemimpin seumpama ini tidak layak menjadi pemimpin dan perlu ditolak.

Sebaliknya rakyat hendaklah bijak memilih dan akhirnya menerima pemimpin yang sering beriringan dengan wanita luhur sebagai isteri pemimpin itu kerana wanita yang sah yang sering berada di sebelah pemimpin itu akan banyak memperteguhkan perjuangan pemimpin, banyak memberi ilham dalam perjuangan pemimpin dan banyak yang mententeramkan pemimpin di kala menghadapi krisis demi krisis.

Rasionalnya:

Apakah benar Shanon mempunyai tafsiran tersendiri mengenai perilaku Anwar yang menjelekkan itu? Adakah persepsi Shahnon ini tidak bercanggah dengan karya Agung yang amat menjijikkan iaitu "Shit" yang bermati-matian membela Anwar? Shahnon adalah karyawan yang sanggup diupah untuk kepentingan peribadi, kuasa, wang dan glamor.

Sedutan tulisan Shahnon bertajuk :-Nafsu Syahwat Pemimpin Sukar Dibendung Dalam Buku Karya Ahmad Lutfi Othman : Skandal Seks atauKonspirasi Politik. (September 1998)

oyabun

Isnin, 19 Januari 2009

Anwar sudah songsang tidak releven...!


Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia.

Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP. Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura.

Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.

Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?

Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran...mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan?

Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan...Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku " Mereka Berani Bersuara" oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika (American Jewish) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.

Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz (Kepimpinan Ulama) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC (agama semua sama rata) telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?

Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.

Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam (tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu (DEB hapuskan dan tukar kepada AEM). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?

Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum (Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.

Oyabun