Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 9 Februari 2015

Nasib Anwar diketahui hari ini?


Enam tahun, lima bulan 10 hari.

Itu tempoh yang diambil dari mula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hingga ke peringkat akhir di Mahkamah Persekutuan.

Sepanjang tempoh tersebut, ratusan penangguhan dan puluhan permohonan telah dibuat. Ada yang dibenarkan dan ada yang ditolak.

Pelbagai bahan bukti dikemukakan sepanjang perbicaraan sejak 3 Februari 2010, bermula daripada seluar dalam Levi’s sehingga ke waran tangkapan.

Pelbagai isu juga ditimbulkan termasuk ‘kisah percintaan’ mangsa yang juga bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan salah seorang ahli pasukan pendakwaan dan kes poligami salah seorang Timbalan Pendakwa Raya.

Yang turut dibangkitkan ialah ketidakupayaan Anwar untuk me­lakukan sebarang aktiviti dengan ‘laju dan rakus’ ekoran masalah tulang belakangnya.

Tidak lupa juga, ayat ‘keramat’: “Can I f*** you today?” dan karipap daging serta air Nescafe tiga dalam satu.

Namun semua itu tidak lagi memberi sebarang erti kerana semua tumpuan kini adalah keputusan akhir yang bakal diterima oleh Anwar.

Beliau sebelum ini bernasib baik apabila dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.

Walau bagaimanapun, berikutan rayuan pihak pendakwaan, Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan dengan Anwar diikat jamin RM10,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Februari ini, keputusan muktamad yang akan dibuat oleh mahkamah tertinggi negara dan tidak boleh dirayu lagi, bukan sahaja menarik minat pihak media tempatan, malah media luar negara juga berusaha untuk mendapatkan pas liputan kes liwat tersebut.

Jika dibebaskan, maka benarlah beliau lelaki dengan ‘nyawa 9’.

Jika sabitannya kekal, maka Penjara Kajanglah perginya. Kebetulan isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

(Anwar boleh membuat pilihan untuk ke penjara lain sekiranya enggan ke Penjara Kajang dan mahkamah mempunyai budi bi­cara sama ada untuk membenarkan atau sebaliknya).

Namun, satu lagi perkara yang ramai terlepas pandang adalah rayuan pihak pendakwaan untuk menambah tempoh Anwar dipenjarakan.

Sewaktu rayuan Anwar didengar selama lapan hari mulai 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu, rayuan pihak pendakwaan itu tidak didengar bersama.

Rayuan tersebut hanya akan didengar sekiranya sabitan bersalah ke atas Anwar kekal.

Sekiranya sabitan itu kekal, Anwar juga menghadapi kemungkinan kehilangan kerusi Parlimen yang dipegangnya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil rakyat bo­leh tersingkir daripada kerusi­nya jika didenda lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih dari setahun.

Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Atas faktor usia, Anwar tidak akan dikenakan hukuman sebatan.

Wasabi Oyabun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan