Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 18 September 2013

RCI Sabah : Pairin kata Anwar tidak boleh dipercayai?

Anwar kelihatan memakai selendang tentera Huguan Malaysia

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke perbicaraan mengenai RCI Sabah baru-baru ini amat menarik untuk dilihat kembali.

Tun Dr. Mahathir bertanya, "Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?". Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya,".

Dua isu di atas telah dijawab lebih awal oleh DSP Joseph Pairin Kitingan. Pada ketika itu, DSP Pairin adalah Ketua Menteri Sabah yang memperjuangkan sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat kes-kes penipuan di dalam isu Kad Pengenalan di Sabah.

DSP Joseph Pairin Kitingan mengulas bahawa "It is true. He (Anwar) blocked our request for an RCI. He was the one who rejected it. He cannot be trusted, for this reason we cannot accept Pakatan, especially Anwar Ibrahim".

Timbalan Ketua Menteri Sabah & Huguan Siou

Saya tidak punya ulasan yang besar akan hal ini, kerana kita semua tahu jawapan DSP Pairin di atas melambangkan sikap Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang begitu berkuasa di Sabah ketika itu.

Jika anda sebagai Manager, sudah tentu Assistant Manager anda seorang yang patuh dan melaksanakan kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui. Sudah tentu Assistant Manager anda akan memaklumkan apa jua perkara yang berlaku di lapangan. Jika Assistant Manager anda menyembunyikan perkara yang berlaku di lapangan, tetapi memaklumkan perkara yang baik sahaja, adakah Assistant Manager anda seorang yang jujur dan amanah?

Begitu juga apabila kita sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagaimana kita memahami bahawa setiap hasil mesyuarat, perjumpaan, panggilan telefon, perbincangan, pesanan, sms, memo dan sebagainya dikategorikan sebagai arahan Perdana Menteri?

Jika kita menginterpretasikannya sebagai suatu arahan, apakah semasa perlaksanaannya kita ada memberi laporan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan? Bagaimana cara kita akan melaporkan kepada Perdana Menteri, melalui telefon, datang berjumpa, menunggu mesyuarat kabinet, atau membiarkannya sahaja tanpa laporan. Atau membiarkan Perdana Menteri mendapat maklumat daripada pihak lain dengan bukti sahih lagi berwibawa.

Jika arahan Perdana Menteri, supaya pemberian Kewarganegaraan di negeri Sabah diberikan kepada mereka yang sudah layak, mengikut arahan dan prosedur, serta tidak melanggar Perlembagaan negara, adakah ianya dilaksanakan atau dibiarkan 'leaking' di mana-mana oleh pegawai-pegawai kerajaan atau sindiket? Adakah Perdana Menteri dimaklumkan berlakunya masalah leaking, sindiket jual-beli Kad Pengenalan, sindiket Kad Pengenalan palsu dan sebagainya?

Kita harus faham bahawa Perdana Menteri membawa Dasar Kerajaan secara kolektif setelah dipersetujui di Parlimen dan setelah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat kabinet. Jika polisi yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak berjalan dengan telus, mengapa Timbalan Perdana Menteri tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri dan seterusnya mencadangkan supaya ianya dihentikan untuk siasatan.

Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, anda kiralah berapa ramai Pegawai Kerajaan ditangkap dan dihukum kerana terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan?

Anda kira semula, jika ianya melibatkan Tun Dr. Mahathir, mengapa Tun Dr. Mahathir membiarkan ahli-ahli UMNO ditangkap dan diISAkan dalam kes Kad Pengenalan di Sabah?

Logiknya, jika betul ianya projek Tun Dr. Mahathir dan UMNO, sudah tentu lebih baik Tun Dr. Mahathir tutup mata telinga dan bebaskan sahaja ahli-ahli UMNO dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan itu?

Sebaliknya, Tun Dr. Mahathir tidak berkompromi kepada sesiapa pun yang melanggar undang-undang sama ada pegawai kerajaan, ahli UMNO hatta Timbalan Perdana Menteri.

Maka, kita harus memahami bahawa dalam konteks masa tersebut, arahan-arahan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan perlu dilaksanakan dengan bijak!

Allahyarham Tun Ghafar Baba, adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang amat memahami arahan Perdana Menteri dalam isu-isu Sabah. Tatkala PBS keluar di saat-saat akhir PRU10, Tun Ghafar Baba melaksanakan arahan dengan cekap ketika membantu USNO dan umat Islam di Sabah dengan mempercepatkan kemasukan UMNO ke Sabah.

Kepada Anwar Ibrahim, ketika memberi hujah di RCI Sabah minggu depan jangan sampai mengguris hati umat Islam dan Bumiputera di Sabah yang telah berstatus warganegara Malaysia yang mereka perolehi setelah melalui proses permohonan, tapisan keselamatan, temuduga, ujian bertulis, angkat sumpah dan banyak lagi proses yang maha ketat.

Ianya berbeza dengan proses anugerah kewarganegaraan dalam kes Yuan Yu Fang dan Rexy Mainaky.

Sumber : Jentayuabaka

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Dah tiba masa Pairin tarik lah balik Title Huguon Siou yang di anugerahkan kepada Anwar. Dia sememangnya tak layak menerima apa2 anugerah pun. Melainkan anugerah Raja Putar Alam sahaja.

    BalasPadam