Fahaman pluralisme agama membawa maksud semua agama adalah sama dan benar. Namun hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.
Kini pemikiran golongan moderate mendakwa semua bidang bersangkutan dengan hak asasi hidup adalah sama termasuk agama. Dengan mudah kepelbagaian agama dianggap sama dan semua agama adalah sama.
Menggunakan konsep toleransi dalam agama dan mengajak masyarakat hidup dalam harmoni dan saling hormat-menghormati, maka yang ditekankan dalam pemikiran ialah semua agama di negara ini adalah sama.
Salah seorang pemimpin politik beragama Islam di negara ini yang sering membawa mesej fahaman pluralisme agama ialah Anwar Ibrahim.
Ternyata dalam mesej bekas pemimpin utama Angkatan Belia Islam itu kepada rakan twitternya, Anwar mempertahankan fahaman pluralisme agama. Walaupun sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi ingatan bahawa ia merupakan ancaman baru bagi umat Islam di negara ini.
Kita boleh faham kenapa Anwar mempertahankannya. Beliau ingin menggunakan fahaman pluralisme agama sebagai senjata untuk menarik sokongan orang bukan Islam kepadanya.
Anwar pernah mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tidak salah untuk menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong mana-mana parti tetapi bukan dengan cara mempermainkan agama. Perbuatan ini satu kesalahan yang amat besar kerana ia melibatkan soal akidah.
Konsep pluralisme agama ini juga sama sahaja tahap bahayanya dengan ajaran sesat, kerana ia menyerang umat Islam secara individu dengan menggoyahkan keyakinan, keimanan dan kefahaman terhadap kesucian agama Islam.
Paling menyedihkan serangan sebegini boleh mendorong umat Islam menjadi murtad tanpa mereka sendiri sedari. Amat berbahaya jika akidah umat Islam sudah terpesong dan rosak akibat fahaman itu. Jadi fahaman ini harus ditolak. Perkara-perkara melibatkan akidah seperti ini mesti kita betulkan. Kita boleh hormat agama lain tetapi jangan samakan Islam dengan agama lain.
Sebab itu bagi mengekang pengaruhnya para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jakim, Yadim, IKIM, jabatan dan majlis agama Islam negeri-negeri kena memantau dan menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.
Jika tindakan tidak diambil dari sekarang, ia boleh merebak lebih besar. Apatah lagi fahaman ini boleh mengeliru dan menyesatkan umat Islam. Sesungguhnya tidak ada umat Islam Malaysia yang tergamak membiarkan agama suci ini rosak akibat wujudnya pemimpin-pemimpin yang seperti ini.
Kepada Anwar, bertaubatlah dan segera kembali ke pangkal jalan. Usah terlalu mengikut nafsu mahu mencapai matlamat politik. Anwar patut kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dan tidak perlu mengambil mana-mana fahaman lain untuk berpolitik.
Wasabi Oyabun..
Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.
BalasPadamSelain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:
http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?
dan facebook Group:
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203
dan juga Twitter:
http://twitter.com/prkmalaysia
dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:
http://prkmsia.blogspot.com.
Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.
p/s: jangan lupa follow twitter, facebook, group dan blog kami.