Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 10 April 2013

PRU -13 : SAH...!!! Papagomo cabar Anwar di Permatang Pauh?



Pengendali blog, Papagomo mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada di kawasan Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan yang ditandingi Ketua Pembangkang itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Papagomo, keputusan itu bagi menunjukkan beliau benar-benar serius meminta Anwar berundur secara terhormat dari arena politik negara seperti diminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih sedekad lalu.

Katanya, beliau sebelum ini sudah memberi amaran supaya Anwar berundur bagi mengelak video aksi homoseksual yang dikaitkan beliau dengan Anwar dipaparkan kepada umum, namun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berdegil.

"Dr. Mahathir memberikan Anwar peluang untuk tidak diaibkan, jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya, Dr. Mahathir lakukan dengan memberikan amaran dan nasihat kepada Anwar berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dahsyat," katanya.


Kenyataan Papagomo itu dibacakan wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Rafi yang juga Presiden Media Nadi Rakyat Malaysia (MNRM) membeli dua Borang Pencalonan Calon berharga RM20 setiap satu di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini.

Dalam pada itu, Mohamad Rafi menambah, keputusan Papagomo tersebut bagi mendedahkan sepenuhnya kepada rakyat watak sebenar Anwar dan berpendapat pilihan raya umum kali ini merupakan platform paling sesuai berbuat demikian.

Menurutnya, Papagomo mempunyai lebih daripada satu video membabitkan Ketua Pembangkang itu untuk didedahkan kepada umum sepanjang tempoh berkempen nanti.

Kata beliau, walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mendakwa video hanyalah 'besi' yang tidak boleh dijadikan bukti, pihaknya percaya rakyat berfikiran sebaliknya dan bijak menilai sesuatu isu.

"Harapan kami kepada rakyat supaya mereka menolak Anwar dan Parti Keadilan Rakyat kerana pemimpin pembangkang itu dan PKR perlu dikuburkan," katanya.

Sementara itu, katanya, MNRM mempunyai kira-kira 7,000 ahli di seluruh negara yang akan digerakkan bagi membantu kempen Papagomo menentang Anwar.

"Kami juga akan berusaha mencari dana dan menaja segala gerak kerja Papagomo nanti dan Papagomo akan ditampilkan pada hari penamaan calon," katanya.

Anwar sebelum ini bertindak menyaman Papagomo berhubung beberapa keping gambar intim yang didakwa beliau melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan seorang lelaki walaupun gambar tersebut sebenarnya disiarkan di blog Raja Goyang.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan