Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 28 Mei 2012

Shah Alam - Bandaraya Jalan Berlubang?



Kereta terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak daripada terhentak akibat permukaan Persiaran Kemajuan di Seksyen 16, Shah Alam, yang rosak teruk.

Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.
Buktinya, selepas tiga tahun kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, keadaan itu turut dilihat di beberapa jalan utama di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ini termasuk di sekitar Persiaran Kemajuan, Seksyen 16; Persiaran Budiman, Seksyen 25; Persiaran Sukan, Seksyen 13, Persiaran Hishamuddin, Seksyen 13; Seksyen 15 dan Seksyen 20.


Tinjauan mendapati, lubang-lubang dan jalan tidak rata ada yang telah lama wujud dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki. Contohnya, lubang besar sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedalam 13 sentimeter yang lokasinya agak terlindung di Persiaran Kemajuan, Seksyen 16.

Ada jalan rosak yang telah diperbaiki tetapi kembali berlopak ekoran kerja-kerja turapan yang tidak sempurna dan tidak rata atau ala kadar hingga boleh mengundang bahaya seperti di Persiaran Budiman, Seksyen 25 dan sekitar Persiaran Selangor, Seksyen 16.

Lubang-lubang dan jalan tidak rata yang wujud di laluan utama ini bukan sahaja menyakitkan mata malah boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan terutama penunggang motosikal, selain menyebabkan kerosakan kenderaan.


Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Dah air minum nak ambil kat lombong Khalid gagap berhasrat untuk menggunakan lubang lubang jalan sebagai tempat pemindahan dan penternakan ikan lombong.

    Sekali lagi MB Selangor membawa idea bertaraf dewa dengan kerjasama punaisihat Anuwar E-berahi.

    BalasPadam