Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 3 Mei 2012

Demo PTPTN dan hina Perdana Menteri - Mengapa tidak dibuang saja 3 budak UM yang kurang ajar ini?


Berbaloi kah hukuman yang dikenakan terhadap mereka ini kerana menghina Perdana Menteri dengan cara yang begitu mengaibkan sekali? Bukankah sepatutnya mereka-mereka ini dibuang sahaja dari meneruskan pelajaran mereka. Disebabkan nila setitik ini, maruah UM telah tercemar?

Tiga budak Universiti Malaya (UM) digantung pengajian satu semester dan didenda tidak lebih RM200 kerana didapati bersalah memalukan universiti dan mengganggu ketenteraman awam dengan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.

Ketiga-tiga pelajar terbabit juga diberi amaran keras dan didenda tidak lebih RM200. Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini. Mereka menerima notis hadir perbicaraan pada 26 April lalu.


Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu undang-undang.

Ketiga-tiga mereka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di ibu negara dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii), didakwa memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.


Jawatankuasa Disiplin Tatatertib Pelajar UM menjatuhkan hukuman amaran lisan supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Mereka dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16C Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar tahun 1999) dan kesalahan melanggar undang-undang kaedah 3A (i), 3A (ii).

Mereka diwakili Pensyarah Fakulti Undang-Undang UM, Dr. Azmi Sharom dan perbicaraan yang bersidang selama tiga jam itu turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang penyokong SMM yang turut membawa sepanduk bertulis, "UM3 Konspirasi Bebaskan Mahasiswa".

Sementara itu, Azmi ketika ditemui wartawan berkata, "kita telah memberitahu kepada jawatankuasa itu bahawa tiga pelajar ini tidak melanggar undang-undang dan ketenteraman awam, walaupun sudah diberitahu pihak UM masih berpendapat pelajar-pelajar ini patut dihukum."


"Pada pendapat kami amaran saja mungkin munasabah dan mereka tidak perlu dihukum denda dan penggantungan pengajian kerana tidak melanggar undang-undang kerana mereka hadir di situ untuk menuntut pendidikan percuma kerana ia munasabah.'' tegas beliau.

Mereka didakwa telah meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, seolah-olah perbuatan dalam agama Hindu yang menandakan seseorang itu telah meninggal dunia semasa mengadakan demostrasi menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN di ibu negara 14 April lalu.

Apa perasaan kedua-dua ibubapa mereka yang terbabit? Tidakkah mereka malu dengan perangai dan sikap anak-anak mereka yang telah mencemarkan nama baik keluarga mereka sendiri. Harapan mereka begitu menggunung untuk melihat anak-anak mereka menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka! Namun apakan daya, inilah balasan yang mereka terima!

Wasabi Oyabun..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan