Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 19 Mei 2012

Penduduk Kampung Jawa Berhimpun Tidak Puas Hati Terhadap Pentadbiran Kerajaan Negeri!



Penduduk-penduduk Kampung Jawa hari ini berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sikap sambil lewa kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung masalah sampah yang melanda kampung mereka.

Dakwa mereka, masalah sampah yang dihadapi itu telah berlarutan selama bertahun-tahun namun hingga kini tiada sebarang langkah menanganinya diambil baik dari pihak kerajaan negeri mahupun PBT.

Ketua Pemuda MIC Selangor, M Shanker yang turun padang meninjau masalah yang dihadapi penduduk itu berkata masalah kutipan sampah di Selangor adalah sangat serius sehingga menyebabkan kemarahan rakyat di seluruh pelusuk negeri. Katanya, masalah sampah ini adalah sesuatu yang ‘luar biasa’ kerana berlaku di sebuah negeri yang semaju Selangor.

“Saya dapat aduan penduduk kata (masalah) sampah memang teruk, memang tidak diambil oleh majlis bandaraya dan juga sudah berminggu tidak ada kutipan sampah di kawasan sekitar sini.

“Masalah sampah yang bertimbun seperti bukit ini telah menyebabkan negeri Selangor menjadi pusat penyebaran wabak penyakit akibat daripada kerajaan negeri yang kurang mahir dalam pengurusan sisa,” katanya.


Menurutnya, beliau difahamkan dalam tempoh beberapa hari ini sudah 10 orang penduduk di kawasan tersebut disahkan menghidap demam denggi.

“Dan semalam memang Pemuda MIC Selangor sudah nyatakan di Facebook tentang perkara ini dan didapati dari 6.30 petang semalam sampai hari ini mereka (MBSA) tengah buat kerja.

“So (jadi) bila kita adu baru nak buat kerja. So selama ini kerajaan Selangor sebelum ini buat apa? Kata negeri kebajikan tapi kesihatan tidak di jaga? Jadi negeri kebajikan apa ni?” tegas beliau.

Dakwanya, punca yang membawa kepada tercetusnya masalah kutipan sampah di Selangor adalah apabila kerajaan negeri gagal memilih kontraktor-kontraktor yang berkelayakan untuk melaksanakannya.


“Persempadanan semula kawasan kutipan yang kecil menyebabkan kontraktor yang sedia ada tidak dapat beroperasi dengan margin keuntungan munasabah. Pengecilan kawasan ini bermakna, banyak kawasan-kawasan baru diwujudkan.

“Apakah ini strategi untuk kerajaan negeri meningkatkan lagi penyertaan kroni mereka dalam perniagaan ini? Apakah kita boleh katakana kerajaan negeri mengamalkan konsep ‘FOC’ iaitu ‘Free For Crony’? soal beliau.

“Jadi kita ingin memberi amaran kepada Menteri Besar dan barisan Exco beliau supaya jangan tidur, bangkit dan tolong rakyat Selangor dan tunaikan janji. Nak buat bersih, tapi Selangor pun tak bersih,” katanya lagi.

Sumber : KLPos

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan