Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 25 Jun 2012

Isu UNISEL : Pembangkang Mengelak Membongkar Kebenaran?


Tentu ramai yang bertanya-tanya mengapa pejuang kebenaran pakatan pembangkang tidak berminat untuk mengorek kebenaran dalam isu Universiti Selangor (Unisel). Ini sebenarnya adalah kisah orang politik VS orang akademik.

Kalau mengikut gambaran yang diperolehi sebelum ini mereka sepatutnya tidak wajar berdiam diri melihat Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono terpaksa mempertahankan prinsipnya sehingga melepaskan jawatan yang penting itu.

Isunya di sini dikatakan ada mendapat tekanan politik dari pihak yang berkuasa pada Unisel sendiri iaitu kerajaan negeri Selangor. Kebiasaannya apabila mereka ini mendengar hal-hal yang sebegini merekalah yang cepat berlari untuk tegakkan kebenaran. Namun kali ini agak pelik kerana mereka hanya diam membisu. Adakah berkemunginan mereka takut dan segan pada Tan Sri Khalid Ibrahim?

Kalau betullah sebagaimana yang dikatakan, nampaknya soal prinsip terpaksa di tolak sebelah jika mahu 'mencari makan' di Selangor.

Siapa boleh salahkan Dr Rosti kalau melihat di depan matanya benda tidak betul.

“Saya menerima arahan untuk menurunkan jawatan ketiga-tiga individu tersebut tetapi saya tidak bersetuju kerana pada saya, ia perlu dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan bukannya boleh dibuat sesuka hati.

“Untuk menyelamatkan keadaan, saya berundur diri supaya pihak yang mempunyai kuasa itu dapat meneruskan hasrat mereka. Mudah-mudahan ia memudahkan kerja mereka dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” itu katanya pada wartawan yang menemuinya di kediamannya di Shah Alam.

Tiga pegawai Unisel yang terlibat dalam kemelut itu Pendaftar, Rokmaa Mat; Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah.

Rosti dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus pernah menyatakan azamnya semasa baru dilantik beliau tidak akan menjadi ‘pak turut’ kepada mana-mana pihak bagi memastikan institusi pengajian tinggi swasta itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menteri Besar Selangor sendiri nampaknya buat macam tak kisah sahaja terhadap kemelut isu Unisel ini, padahal beliaulah yang melantik Dr.Rosti sebagai Naib Canselor Unisel!

Selain mengumumkan kerajaan negeri terima perletakan jawatan Dr Rosti Rabu, Khalid juga memberitahu sebuah pasukan petugas khas dianggotai oleh tiga ahli akademik, bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Zulhadi Bardai; bekas Naib Canselor Unisel, Datuk Adnan Alias dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Datuk Dr Mohamad Ariffin Aton.

"Dalam mana-mana institusi pun ada politik dalaman”, mudah saja katanya dipercayai merujuk kepada dakwaan tekanan politik yang dihadapi oleh Dr. Rosti.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan