Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 13 Jun 2012

Forum Air Selangor - MB Khalid Tolak Mentah-mentah Projek Air Langat 2?




Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 bukan jalan terbaik untuk meningkatkan kadar bekalan air bersih di Lembah Klang Sebaliknya, perbincangan Forum Air Selangor 2012 merumuskan, wujud keperluan untuk memastikan penyusunan semula industri air di negeri ini perlu dilaksanakan segera bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan air yang lebih baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, forum tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan penyusunan industri air di Selangor seperti termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Menurutnya, Akta 655 membolehkan perjanjian di antara syarikat konsesi air digantikan dengan usaha penyusunan semula air di negeri ini. "Sebelum ini, kita dikhabarkan bahawa Selangor akan mengalami krisis air dan kerajaan Malaysia terpaksa membina terowong untuk menyalurkan air dari empangan di Pahang.

"Namun, berdasarkan forum ini, jika akal kita panjang dan mengambil kira cara yang lain, nampaknya air dari Pahang bukanlah satu isu serius kepada rakyat Selangor," katanya dalam ucapan penggulungan Forum Air Selangor 2012, di sini, semalam.



Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah membuat beberapa cadangan sekiranya perjanjian ini dimansuhkan dan penyusunan semula air dilakukan, tarif air hanya akan berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus.

"Ini berbeza jika perjanjian ini diteruskan, kerana harga air perlu dinaikkan sehingga 52 peratus," katanya. Ketika ditanya apakah langkah terakhir Kerajaan Negeri sekiranya penyusunan semula air ini tidak dapat dilaksanakan, beliau berkata, pihaknya akan perjelaskan kepada rakyat tentang situasi sebenar isu ini.

"Langkah terakhir kita adalah bertemu dengan Kerajaan Pusat bagi mendesak mereka menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Namun, jka ini tidak berhasil, saya akan perjelaskan perkara ini kepada rakyat Selangor apa yang Kerajaan Negeri telah usahakan," katanya.

Berhubung ketiadaan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam forum itu, Abdul Khalid menegaskan syarikat konsesi air itu tidak dijemput kerana pernah menyaman Kerajaan Negeri. "Kita hanya menjemput mereka yang akan memberikan kita maklumat dan menolong usaha penyusunan semula industri air di Selangor," katanya.



Nampaknaya Mb Khalid masih berdegil dan menolak mentah-mentah Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2! Pelbagai alasan diberi untuk menolak projek tersebut. Masalah bekalan air di Selangor sebenarnya melibatkan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri di negeri ini serta kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sememangnya tidak mencukupi, bukannya air mentah.

Setakat ini, Selangor mempunyai tujuh buah empangan dan 34 buah loji rawatan air yang mengeluarkan air terawat untuk diagihkan kepada pengguna di kawasan Lembah Klang.

Namun, kesemua loji rawatan air berkenaan hanya mampu menghasilkan kapasiti bekalan air sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di negeri secara purata adalah sebanyak 4,322 juta liter sehari.

Apa yang dibangkitkan oleh BN selama ini ialah mengenai masalah bekalan air bersih yang dihadapi di kawasan Lembah Klang memandangkan kadar rizab bekalan air berkenaan di loji-loji rawatan yang sedia ada hanya tinggal 2.4 peratus berikutan perbezaan yang kecil di antara pengeluaran dan penggunaan.

Penulis tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sebenarnya tahu mengenai masalah tersebut tetapi sengaja menafikannya dengan memutarbelitkan fakta kononnya untuk memberi gambaran sumber air di empangan masih banyak di negeri ini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan