Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 8 Mac 2010

Wan Azizah dicabar letak jawatan!

Selepas dua hari dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan didesak mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Presiden parti itu.

Ini kerana, menurut beliau, Presiden PKR itu gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar untuk mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

Wan Azizah juga, kata Zulkifli, gagal memimpin parti sehingga menyebabkan PKR hilang satu kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semakin ramai pemimpin peringkat negeri, cabang serta akar umbi turut meninggalkan parti.

"Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. "Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke (penjara) Sungai Buloh pula," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Wan Azizah mencabar Zulkifli meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen jika beliau seorang lelaki yang mempunyai prinsip bagi membolehkan pengundi menentukan nasibnya.

Dalam pada itu, Zulkifli yang menasihatkan Wan Azizah mencermin diri sendiri berkata, Presiden PKR itu telah membiarkan dirinya diheret ke hadapan lembaga disiplin yang dianggotai orang bukan Islam bagi dibicarakan mengenai isu kalimah Allah.

Secara sinis beliau mengingatkan Presiden PKR itu bahawa Islam tidak hanya terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang selalu dipakainya. "Membiarkan panel lembaga disiplin bukan Islam membicarakan seorang Islam mengenai akidah, syariat dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam," tegasnya.

Zulkifli turut menyatakan kesedihannya melihat Wan Azizah membiarkan dirinya sekadar menjadi alat firaun-firaun kecil dan pemanas kerusi serta penghias muka depan PKR sahaja. "Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan firaun-firaun kecil bermaharajalela dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.

"Sudahkah beliau lupa bagaimana firaun-firaun kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi the shoulder for her to cry on beliau kalau bukan saya!," katanya.

Zulkilfi menegaskan bahawa beliau adalah satu-satunya ahli Parlimen PKR yang bersedia mengosongkan kerusi untuk memberikan laluan kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding sebaik sahaja dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Katanya, pada masa itu ahli Parlimen PKR lain termasuk firaun-firaun kecil yang mengelilingi Wan Azizah dan Anwar enggan berbuat demikian. Tiba-tiba Wan Azizah sendiri tidak membenarkannya dan menegaskan saya tidak sepatutnya mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Bharu kerana saya telah banyak berkorban untuk beliau, Anwar dan keluarganya.

"Sebaliknya beliau sendiri yang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar. Saya sanjung pengorbanan beliau, tetapi janganlah mempersoalkan prinsip dan pengorbanan saya untuk beliau, Anwar dan parti," katanya.

Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. Salam bro, memang wajar keluarga AnuWar anak beranak meletak jawatan....... mereka telah mencemar imej parti PKR itu sendiri... itu pun kalau mereka ada maruah....

    BalasPadam
  2. Sampai sekarang aku tak fhm kenapa bukan anu-war yg jadi presiden pkr.
    Adakah ini menunjukkan bahawa kak wan lebih berkebolehan berbanding lakinya atau jawatan yg kak wan sandang ni hanya sebagai suapan agar kak wan tak buka mulut.
    Hmmm... apa perkara yg laki-bini sedang rahsiakan ek?

    BalasPadam