Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 25 Mac 2010

“Maafkan saya Najib, Rosmah” !

Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta maaf kerana pernah diarah mengaitkan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor den:gan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, tugas tersebut turut ditawarkan bersama ganjaran yang disifatkan 'amat menggugat iman' kerana diarah mendapatkan pengakuan sumpah palsu daripada ‘pihak ketiga’ bagi membolehkan Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu.

“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meminta maaf, itupun kalau beliau mahu berjumpa dengan saya, saya ini siapa...hanya anak ikan.

“Saya sudah 12 tahun bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), banyak arahan telah diberikan kepada saya, ada arahan yang diberikan kepada saya atas kapasiti peguam dan ada juga atas kapasiti ahli parti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Zulkifli yang telah dipecat dari PKR tidak mahu mendedahkan jumlah tawaran yang diberikan tetapi menjelaskan tawaran boleh berbentuk dalam apa sahaja dan bukannya wang semata-mata.

Ditanya siapa yang memberi arahan kepada beliau, Zulkifli berkata, soalan tersebut hanya akan dijawab dalam Dewan Rakyat.

“Dalam dewan tadi (semalam), saya tidak mempunyai masa yang cukup, Speaker sering sebut masa, saya baru bercakap tiga perkara, sedangkan saya mahu bercakap mengenai tujuh perkara.

“Saya telah berjumpa dengan beberapa orang yang pernah menjadi mangsa saya, saya cerita perkara sebenar dan mereka menerima permintaan maaf saya,” katanya.

Mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai peristiwa 16 September, Zulkifli berkata: “Rancangan itu tidak salah, tetapi biarlah cara itu beretika dan berprinsip, Pakatan Rakyat (PR) mahu wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) melompat tetapi, akhirnya yang melompat keluar adalah dari PR.

Ditanya adakah firaun kecil yang dimaksudkan adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, Zulkifli berkata “Saya akan dedah dalam Dewan Rakyat, jumlah mereka kecil tetapi mereka amat bising,” katanya.

Azmin mahu Zulkifli kemuka bukti

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mahu segala dakwaan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa PKR pernah membuat tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri.

“Beliau kena buktikanlah apa yang didakwa, saya sebagai ahli parti dan biro politik tidak pernah membuat tuduhan begitu, sama ada dalam mesyuarat atau secara terbuka. “PKR tidak pernah buat tuduhan bahawa Perdana Menteri mahupun isteri terlibat dalam pembunuhan altantuya, tidak pernah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan oleh PKR sejak kes Altantuya bermula adalah perlunya siasatan dijalankan secara menyeluruh. “Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) kena buktikan, jangan bebankan kita, kalau dia tidak boleh buktikan, maka itu juga satu fitnah, beliau tahu kesannya.

“Boleh semak saya mahupun Anwar tidak pernah secara terbuka atau tidak menyatakan pernah menuduh PM (Najib) terlibat tetapi desak supaya yang terlibat diheret ke mahkamah,” katanya.

Karpal cabar Zulkifli bongkar pihak ketiga

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?" katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Pengerusi DAP itu, turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar. "Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu," katanya.

Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. wah2 ko mmg hebat.., aku suka la ko.. lawat aku punya ye

    BalasPadam
  2. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah menyatakan hasrat untuk berjumpa dan memohon maaf kepada beliau yang dikatakan menjadi mangsa fitnahnya.

    "Saya suka untuk bertemu beliau. Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini malam tadi.

    Rabu lepas, Zulkifli berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Najib yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

    Beliau turut membuat pendedahan telah ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

    Ditanya sama ada jawatankuasa akan ditubuhkan oleh polis untuk menyiasat perkara berkenaan, Najib berkata: “Saya akan biarkannya kepada polis.

    “Saya tidak mengarahkan polis dalam perkara seperti ini. Biarkan sahaja kepada pihak polis.”

    BalasPadam