Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 23 Mac 2010

HUJAN TAK MENGHALANG 3,000 ORANG HADIR CERAMAH EZAM DI TANAH MERAH !

Menurut laporan akhbar Sinar Harian edisi Kelantan, seramai 3,000 orang telah hadir ke ceramah Ezam di Tanah Merah pada 18hb Mac 2010. Ceramah “Selamatkan Negara Dari Pengkhianat” telah berlangsung di Gual Ipoh dalam parlimen Tanah Merah yang mana wakil rakyatnya Yb Amran merupakan bekas anak didik Ezam sendiri dalam Exco Angkatan Muda PKR.

Turut sama berceramah bersama Ezam adalah Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad. Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz mengucapkan tahniah dan syabas atas kesabaran masyarakat sekitar yang hadir pada malam itu walaupun cuaca pada mulanya hujan lebat.

“saya ingat nak batalkan saja, namun oleh kerana kehadiran diluar jangkaan dan dan hujan reda, lalu saya teruskan juga kerana semangat mereka yang hadir..” ujar Datuk Ikmal. Semoga rakyat Kelantan akan terus bangkit dan sedar bahawa parti PAS kini sudah menjadi boneka DAP dan kuda tunggangan Anwar Ibrahim…..


Sumber : http://medan-info-kita.blogspot.com/

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan