Terima kasih kerana mengundi BN
Jumaat, 20 September 2013
Projek IC: Najib sangkal dakwaan Anwar?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya kerajaan pada hari ini masih meneruskan Projek IC.
Menurut Najib, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah menjalankan apa-apa projek sulit.
“Tak ada projek sulit yang kami lakukan dan apa-apa projek sulit adalah mengikut undang-undang negara dan dibuat berdasarkan perlembagaan negara kita,” katanya.
Anwar hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pemberian kerakyatan kepada warga asing atau lebih dikenali dengan jolokan Projek IC tidak wajar dipertanggungjawabkan kepada Tun Dr Mahathir semata-mata.
Menurut Anwar, projek berkenaan diteruskan ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.
Wasabi Oyabun...
Rabu, 18 September 2013
RCI Sabah : Pairin kata Anwar tidak boleh dipercayai?
Anwar kelihatan memakai selendang tentera Huguan Malaysia
Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke perbicaraan mengenai RCI Sabah baru-baru ini amat menarik untuk dilihat kembali.
Tun Dr. Mahathir bertanya, "Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?". Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya,".
Dua isu di atas telah dijawab lebih awal oleh DSP Joseph Pairin Kitingan. Pada ketika itu, DSP Pairin adalah Ketua Menteri Sabah yang memperjuangkan sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat kes-kes penipuan di dalam isu Kad Pengenalan di Sabah.
DSP Joseph Pairin Kitingan mengulas bahawa "It is true. He (Anwar) blocked our request for an RCI. He was the one who rejected it. He cannot be trusted, for this reason we cannot accept Pakatan, especially Anwar Ibrahim".
Timbalan Ketua Menteri Sabah & Huguan Siou
Saya tidak punya ulasan yang besar akan hal ini, kerana kita semua tahu jawapan DSP Pairin di atas melambangkan sikap Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang begitu berkuasa di Sabah ketika itu.
Jika anda sebagai Manager, sudah tentu Assistant Manager anda seorang yang patuh dan melaksanakan kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui. Sudah tentu Assistant Manager anda akan memaklumkan apa jua perkara yang berlaku di lapangan. Jika Assistant Manager anda menyembunyikan perkara yang berlaku di lapangan, tetapi memaklumkan perkara yang baik sahaja, adakah Assistant Manager anda seorang yang jujur dan amanah?
Begitu juga apabila kita sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagaimana kita memahami bahawa setiap hasil mesyuarat, perjumpaan, panggilan telefon, perbincangan, pesanan, sms, memo dan sebagainya dikategorikan sebagai arahan Perdana Menteri?
Jika kita menginterpretasikannya sebagai suatu arahan, apakah semasa perlaksanaannya kita ada memberi laporan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan? Bagaimana cara kita akan melaporkan kepada Perdana Menteri, melalui telefon, datang berjumpa, menunggu mesyuarat kabinet, atau membiarkannya sahaja tanpa laporan. Atau membiarkan Perdana Menteri mendapat maklumat daripada pihak lain dengan bukti sahih lagi berwibawa.
Jika arahan Perdana Menteri, supaya pemberian Kewarganegaraan di negeri Sabah diberikan kepada mereka yang sudah layak, mengikut arahan dan prosedur, serta tidak melanggar Perlembagaan negara, adakah ianya dilaksanakan atau dibiarkan 'leaking' di mana-mana oleh pegawai-pegawai kerajaan atau sindiket? Adakah Perdana Menteri dimaklumkan berlakunya masalah leaking, sindiket jual-beli Kad Pengenalan, sindiket Kad Pengenalan palsu dan sebagainya?
Kita harus faham bahawa Perdana Menteri membawa Dasar Kerajaan secara kolektif setelah dipersetujui di Parlimen dan setelah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat kabinet. Jika polisi yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak berjalan dengan telus, mengapa Timbalan Perdana Menteri tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri dan seterusnya mencadangkan supaya ianya dihentikan untuk siasatan.
Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, anda kiralah berapa ramai Pegawai Kerajaan ditangkap dan dihukum kerana terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan?
Anda kira semula, jika ianya melibatkan Tun Dr. Mahathir, mengapa Tun Dr. Mahathir membiarkan ahli-ahli UMNO ditangkap dan diISAkan dalam kes Kad Pengenalan di Sabah?
Logiknya, jika betul ianya projek Tun Dr. Mahathir dan UMNO, sudah tentu lebih baik Tun Dr. Mahathir tutup mata telinga dan bebaskan sahaja ahli-ahli UMNO dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan itu?
Sebaliknya, Tun Dr. Mahathir tidak berkompromi kepada sesiapa pun yang melanggar undang-undang sama ada pegawai kerajaan, ahli UMNO hatta Timbalan Perdana Menteri.
Maka, kita harus memahami bahawa dalam konteks masa tersebut, arahan-arahan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan perlu dilaksanakan dengan bijak!
Allahyarham Tun Ghafar Baba, adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang amat memahami arahan Perdana Menteri dalam isu-isu Sabah. Tatkala PBS keluar di saat-saat akhir PRU10, Tun Ghafar Baba melaksanakan arahan dengan cekap ketika membantu USNO dan umat Islam di Sabah dengan mempercepatkan kemasukan UMNO ke Sabah.
Kepada Anwar Ibrahim, ketika memberi hujah di RCI Sabah minggu depan jangan sampai mengguris hati umat Islam dan Bumiputera di Sabah yang telah berstatus warganegara Malaysia yang mereka perolehi setelah melalui proses permohonan, tapisan keselamatan, temuduga, ujian bertulis, angkat sumpah dan banyak lagi proses yang maha ketat.
Ianya berbeza dengan proses anugerah kewarganegaraan dalam kes Yuan Yu Fang dan Rexy Mainaky.
Sumber : Jentayuabaka
Wasabi Oyabun..
Selasa, 17 September 2013
Apa sudah jadi dengan muka Anwar..!!! 'Dimakan sumpah' atau disengat tebuan?
Apa sudah jadi dengan wajah Anwar Al-Juburi ( kata Mat Sabu ) ini. Wajah di 'makan sumpah' atau di sengat tebuan? Atau Al-Juburi impikan wajah muda pada umur 60 lebih dengan memakai botox? Macam pernah nampak cermin mata tu? Dekat mana ya? Pinjam dari Azwan Ali punya ke?
Selanjutnya sila lihat di sini.
Wasabi Oyabun..
Surendran Pundek Berfikiran Sempit?
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran yang mempertikaikan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera disifatkan sebagai individu berfikiran sempit dan hanya melihat agenda tersebut kepada satu aspek dalam politik sahaja.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan Surendran supaya menilai kembali kesannya kepada seluruh masyarakat sekiranya kerajaan mengambil opsyen kedua dengan mengabaikan 65 peratus penduduk bumiputera di negara ini.
"Surendran hanya tahu memikirkan satu aspek dalam politik, beliau hanya melihat kepada satu sudut sahaja iaitu dari segi kertas tetapi semangat agenda ini tidak dapat difahami oleh mereka.
"Bayangkan opsyen yang satu lagi ialah mengabaikan kepentingan 65 peratus penduduk di negara kita ini yang rata-ratanya masih miskin dan mundur. Apa kesannya selepas ini? Surendran baharu masuk dalam politik tetapi kita sudah memerintah 50 tahun dalam negara Malaysia dan 56 tahun di Tanah Melayu," katanya dalam majlis pembayaran dividen Koperasi Kadamaian Kota Belud Berhad di Dewan Gopog pekan Taginambur, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Awadnir Matanggal; Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Pengerusi Koperasi Kadamaian Kota Belud, Daniel Samudin.
Surendran kelmarin dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak menyentuh kebebasan hak asasi rakyat.
Tambah Abdul Rahman, sekiranya golongan bumiputera yang menjadi golongan majoriti tidak berasa selesa dan terpinggir, ia bakal mencetuskan masalah sosial seterusnya mengganggu gugat kestabilan politik negara.
Tegas beliau, bagi menstabilkan negara yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat, maka kerajaan perlu memberi keyakinan kepada golongan bumiputera bahawa kerajaan sentiasa berusaha membantu mereka tanpa meminggirkan mana-mana kaum lain.
"Jadi membantu 65 peratus yang sememangnya mundur dan serba kekurangan itu bukan satu agenda yang buruk dan bersifat perkauman kerana ini adalah agenda nasional yang perlu disokong rakan-rakan bukan bumiputera.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini kalau bumiputera mempunyai keupayaan dan kewangan yang lebih sudah tentu wang itu akan turun kepada premis-premis perniagaan yang rata-ratanya dimiliki bukan bumiputera," katanya.
Wasabi Oyabun..
Ahad, 15 September 2013
Hayati 50 tahun penubuhan Malaysia.
Menghayati sesuatu sejarah adalah ibarat melihat rumah lama dari tingkap rumah yang baru. Apatah lagi ia dibina bertentangan. Rumah baru yang dibina sudah pasti akan lebih canggih dan moden kelengkapan luar dan dalam, berbanding rumah lama yang meninggalkan seribu satu nostalgia yang diibaratkan kenangan mengusik jiwa.
Utusan Melayu (M) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia sendiri membina bangunan baru berhadapan bangunan lama. Sudah pasti warganya terasa perbezaan antara yang lama dan baru. Apa pun biarlah bak kata pujangga alah bisa tegal biasa. Alah membeli menang memakai.
Sebagaimana sebuah syarikat dan premisnya begitu juga negara kita Malaysia yang telah ditubuhkan kira-kira 50 tahun yang lalu pada tanggal 16 September 1963, hasil penggabungan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan dua buah negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Dalam 50 tahun ini juga beberapa kawasan telah diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur (ibu negara), Labuan dan Putrajaya.
Kewujudan Malaysia yang lebih kukuh dengan penggabungan semua 14 negeri di bawah Kerajaan Parti Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) amat mengkagumkan sebagaimana hebatnya Gunung Kinabalu di Sabah dan Gua Niah di Sarawak di mata dunia.
Hari ini Malaysia yang merupakan negara yang rancak ekonominya dan merupakan antara negara yang paling membangun di dunia sedang memasuki fasa baru dalam hambatan teknologi moden yang menggila.
Malaysia kini tidak sahaja dihuni oleh 30 juta penduduk daripada kelompok bangsa Melayu, etnik Sabah dan Sarawak, Cina dan India malahan warga asing dari Bangladesh, Indonesia, rakyat dari benua Afrika dan negara Arab semakin ramai memilih negara ini sebagai tempat mencari rezeki lantaran tekanan hidup dari sudut sosial dan ekonomi di negara mereka.
Apakah kita sebagai rakyat Malaysia gagal menilai ketrampilan pemerintahan pemimpin-pemimpin BN yang menganggotai Kabinet hingga mampu memacu Malaysia ke puncak dunia.
Jika kita mengatakan kejayaan negara ini ibarat yang bulat datang menggolek dan yang pipih datang melayang maka kita telah melakukan penafsiran yang amat silap. Tanpa BN dan kepimpinannya maka kita sudah pasti tidak berada di status quo hari ini.
Penggabungan semua bangsa Malaysia semenjak setengah abad yang lalu turut telah menjadikan rakyat negara ini berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia, malahan duduk sama rendah dengan rakyat negara maju seperti United Kingdom yang pernah menjajah negara kita.
Soalnya, apa lagi puak-puak penyokong pembangkang mahu hingga bendera Jalur Gemilang dianggap mereka tidak mewakili tuntutan jiwa rakyat negara ini yang mahukan suasana yang aman dan harmoni.
Tidak habis-habis membuat kekacauan hingga jiwa dan raga rakyat yang cintakan keamanan menjadi rimas dan runsing. Kempen menukar Kerajaan Pusat sudah tamat, tidak perlu disangsi pilihan majoriti rakyat Malaysia yang semakin bijak dan matang menilai yang mana satu kaca yang mana satu permata.
Apa yang perlu dilakukan Kerajaan Pusat pada masa ini adalah menyemarakkan di jiwa-jiwa warganegara ini dengan sejarah penubuhan Malaysia sama ada di media massa atau penerbitan buku dan seumpama dengannya.
Ceritakanlah tentang perjuangan pemimpin negara dan Suruhanjaya Cobbold yang bertanggungjawab menjadikan negara ini bersatu dari Perlis hingga ke Sabah. Sejarah perlu didokumentasikan dan dokumen sejarah perlu dihayati sebagai semangat kesatuan sebuah negara yang berdaulat.
Generasi akan datang tidak mahu peristiwa seperti yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna pada tahun ini berulang kembali jika sejarah dan semangat sejarah tersebut tidak meresap ke sanubari mereka.
Kita perlu menentang apa jua anasir yang menjadikan wilayah di dalam negara Malaysia ini sebagai barang tuntutan dan rebutan setelah pemimpin kita yang terdahulu sudah membulatkan tekad dan bermuafakat untuk bernaung atas prinsip hidup dan mati di bawah nama Malaysia yang berdaulat.
Justeru sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50 tahun ini, kita perlu menjadikan ia hari sambutan yang penuh dengan semangat perpaduan atas nama rakyat Malaysia yang merdeka.
Untuk satu hari, kita lupakan perbezaan pegangan politik dan fahaman untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah mahupun di majlis sambutan Hari Malaysia.
Sesungguhnya tema perayaan Hari Kemerdekaan iaitu 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk terus menyuburkan nilai-nilai murni, meningkatkan semangat perpaduan dan mensyukuri nikmat kemerdekaan.
Tidak seperti negara yang bergolak, kita masih boleh menikmati kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang bukan sahaja hidup aman dan senang makan pakai tapi boleh sahaja bangun pagi melihat mentari merah yang bersinar terang di ufuk timur malah boleh tidur lena dan diulit mimpi-mimpi indah yang insya-Allah mampu kita jadikan kenyataan di sebuah negara harmoni yang bernama Malaysia. Di Malaysia segalanya mungkin.
Wasabi Oyabun..
Sabtu, 14 September 2013
Tingkatkan daya saing bumiputera.
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan bumiputera yang tiada pernah hentinya.
Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.
Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen BN yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh lima tahun akan datang, demi meneruskan agenda Melayu dan bumiputera di tanah air tercinta ini.
Setelah selesai pilihanraya umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat bumiputera, tentang nasib, masa depan dan hala tuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.
Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear.
Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang Insya-Allah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu.
Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, Orang Asli pula terbahagi kepada 18 kategori, bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik.
Semasa Perhimpunan Agong UMNO 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima. Mamak dan Malabari pun dah serap ke Melayu.
Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan orang Melayu dan bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala bumiputera bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.
Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan bumiputera oleh pihak kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu, dilindungi dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 (2), Perkara 161A (6)(a). Juga Perkara 161A (6)(b).
Makanya, Melayu dan bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.
Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang agenda bumiputera sebagai agenda nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.
Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah kerajaan itu gagal memainkan peranan proaktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka.
Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969.
Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak 1965 sehingga 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.
Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.
Sejak merdeka, kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan bumiputera antaranya Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, Mara, Felda, RISDA, Felcra, UDA, Pernas, DARA, Jengka, Ketengah dan Kesedar. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.
Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan koridor-koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah.
Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.
Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi memastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.
Manakala, Rancangan Malaysia Ke-10, bermula pada 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan bumiputera.
Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus.
Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting kerana pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia.
Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah bumiputera telah naik daripada RM172 pada 1970-an kepada RM4,457 ringgit pada 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.
Kadar kemiskinan bumiputera pula telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970-an kepada 2.2 peratus pada 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970-an kepada 23.5 peratus pada 2011.
Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja bumiputera dalam kategori profesional terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, jurutera dan peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum.
Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih empat dekad, masyarakat bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi.
Namun begitu, kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada 2012, pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.
Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro.
Lantaran yang demikian, atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang Melayu dan bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini, maka pada hari ini........, kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.
Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang Melayu dan masyarakat bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya. Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.
Fokus Pemerkasaan Pertama :
MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.
Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.
Dalam aspek ini juga, program reskilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMara bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif.
Kedua, kepada golongan graduan bumiputera yang mengganggur pula, kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.
Ketiganya, bagi menambah bilangan bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.
Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.
Fokus Pemerkasaan Kedua :
MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak RM200,000. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.
Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.
Fokus Pemerkasaan Ketiga :
MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA
Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan bumiputera dengan nilainya hampir RM18 bilion atau 26 peratus.
Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf Korporat.
Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.
Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah bumiputera. Namun, kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah bumiputera semakin meruncing.
Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.
Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.
Fokus Pemerkasaan Keempat :
MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Bagaimanapun, penglibatan bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad.
Dalam mengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, Mara dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan bumiputera yang menerima akan bertambah termasuk di Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350,000 kepada 500,000 orang pada 2015 kelak.
Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah RM700 juta kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270,000 pada 2013 kepada 370,000 pada 2015.
Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan bumiputera. Barulah usahawan bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.
Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar.
Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.
Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.
Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, Petronas sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream.
Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera.
Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi. Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.
Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenal pasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada bumiputera.
SEBAGAI langkah untuk memastikan peluang syarikat bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau RM9 bilion dianugerahkan kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi.
Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.
Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau.
Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.
SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 ringgit kepada usahawan baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.
Pemilihan entrepreneur bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.
Fokus Pemerkasaan Kelima :
MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Sebagaimana yang saya sebutkan, kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi memastikan agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.
Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.
Menjiwai kepentingan dan perjuangan bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.
Bahawasanya:
"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain".
Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.
Kendatipun begitu, bagi pihak kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa.
Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain.
Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama.
Bahkan, kerukunan kita telah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia. Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia.
Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang sama ada bumiputera atau bukan bumiputera, Islam mahupun bukan Islam.
Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat.
Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam. Barang dijauhkan oleh Allah jua.
Sebagaimana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka. Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku makanya, Universiti Teknologi Mara ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi bumiputera yang cukup membanggakan.
Bahkan, masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu saya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung 2005, saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015. Kini, Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.
Pagi ini pula, saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.
Demi Melayu, demi bumiputera, saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan Mara yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund nisbah satu kepada satu antara Mara dan kerajaan yang disalurkan secara berperingkat.
Kita juga sedar, masyarakat bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf menteri.
Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.
Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya ialah Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak iaitu pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu.
Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini, kepada orang Melayu dan bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah kerana selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandung badan, survival Melayu dan bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila.
Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai.
Hidup Melayu! Hidup bumiputera! Hidup Malaysia!
Wasabi Oyabun..
PM akan umum dasar untuk Bumiputera!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan dasar komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi tidak lama lagi.
Beliau menyatakan demikian menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengumuman mengenai dasar-dasar itu akan dibuat Sabtu ini.
Menurutnya antara perkara yang bakal disentuh Perdana Menteri ialah pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.
Dalam satu lagi Tweet, Najib yang juga Menteri Kewangan berharap pelaburan untuk projek Taman Biopolimer Kertih (KBP) dapat membangunkan industri bioteknologi negara.
"Saya berharap KBP juga akan mengukuhkan ekonomi Malaysia," katanya. Pihak berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjangka KBP dapat menarik pelaburan bernilai RM7 bilion menjelang 2015.
KBP ialah kompleks bio-penurasan generasi kedua yang terbesar di Asia dan kewujudannya menjadikan Malaysia perintis dalam bidang bioteknologi. - Bernama
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catatan (Atom)








