Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 3 Oktober 2013

'Wajah Anwar' mencuri tumpuan di Parlimen?


Bukan komentar Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang menjadi tumpuan, lapor Agendadaily, namun perubahan wajahnya yang menarik perhatian dan mahu dilihat sendiri oleh para wartawan.

“Apa yang menjadi ‘berita’ bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.

“Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang ‘lain macam’ sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.

“Waktu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.

Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat ‘makeover’ pada wajahnya agar kelihatan lebih muda,”lapor portal itu.

Menurut portal itu, pada pagi Khamis, hari terakhir sidang parlimen, ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat kerana tersebar khabar mengenai kemunculan Ketua Pembangkang itu yang muncul buat kali pertama setelah menghilang diri sejak hari pertama, 23 September.


Sejak persidangan selama lapan hari dari hari pertama Anwar tidak hadir ke Dewan Rakyat kerana beliau berada di New York.

“Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.

“Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.

“Ini yang menjadi bahan gosip hangat di kalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.

“Apa yang sudah jadi pada wajahnya?

“Siapa tahu…mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14,” bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen,” lapor portal itu lagi.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan