Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 19 Mei 2013

Nasihat Nalla kepada Anwar?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim perlu menilai diri secara ikhlas dan menyedari sama ada beliau dan pakatan pembangkang layak memerintah negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas sahabat karib Anwar selama 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Anwar masih tetap berasa layak menjadi Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu dinasihatkan 'segera menjalani pemeriksaan mental di Perancis'.

Menurutnya, hanya pakar sakit jiwa sahaja yang boleh membuatkan Anwar faham kemenangan 30 kerusi Parlimen oleh PKR tidak membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Malah, beliau secara sinis menyeru seluruh rakyat Malaysia 'menghadiahkan' Anwar sebuah kerusi dari rumah masing-masing bagi mententeramkan keadaan mental Anwar yang terus kemaruk menjadi Perdana Menteri.

"Sebelum ini Anwar dakwa sakit belakang dan mendapat rawatan di Jerman, jadi saya syorkan Anwar jalani pemeriksaan mental di Perancis kerana negara itu mempunyai kemudahan rawatan sakit mental yang hebat dan sesuai dengan kes teruk seperti dialaminya sekarang.

"Saya ingin sekali lagi mengingatkan Anwar jangan mengheret rakyat turun ke jalan raya hanya kerana ingin memenuhi nafsu sendiri yang terlalu inginkan jawatan Perdana Menteri. Anwar boleh terus mencuba dalam lima tahun lagi tetapi perlu mengikut peraturan sesuai," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) mengulas tindakan Anwar meneruskan usaha mengajak rakyat menyertai demonstrasi di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang jelas tidak memihak kepada pembangkang.

Anwar juga secara berterusan mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dibantu siri penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menggunakan alasan tersebut bagi menghasut rakyat berdemontrasi.

Lebih malang, Anwar juga menidakkan kemenangan BN dengan alasan pakatan pembangkang memenangi lebih banyak undi popular sedangkan sistem demokrasi Malaysia memperuntukkan kemenangan kepada BN yang memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak (first-past-the post system).

Nallakaruppan menambah, langkah Anwar mengadakan siri perhimpunan haram seperti di Stadium Kelana Jaya, dekat ibu kota 8 Mei lalu menyebabkan kesesakan lalu-lintas teruk di kawasan sekitar sekali gus menyusahkan rakyat.

"Jangan kerana hendak memuaskan nafsu sendiri, Anwar sanggup mencabar sistem demokrasi negara, menganggu pentadbiran kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyusahkan rakyat kerana ini sangat kebudak-budakkan," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan