Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 27 September 2011

MB Selangor didesak halang kenaikan sewa di Kompleks PKNS!

Majlis Belia Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masuk campur dan menghalang keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menaikkan kadar sewa di Kompleks PKNS, Shah Alam berkuatkuasa awal tahun depan.

Pengerusi Tetapnya, Nor Akmal Ibos berkata, sekiranya Abdul Khalid benar-benar prihatin dengan nasib peniaga di negeri ini, beliau perlu berani dalam membuat keputusan dan bukannya tunduk kepada keputusan PKNS.

"Dalam hal ini, Abdul Khalid dilihat tidak tegas sehingga sanggup membiarkan nasib peniaga di negeri ini diperjudikan oleh kerakusan anak syarikat milik kerajaan negeri membolot keuntungan berlebihan.

"Sekiranya Abdul Khalid ikhlas dan tidak mahu melihat peniaga terutama di kalangan golongan belia di negeri ini gulung tikar, beliau perlu masuk campur dan menghalang keputusan tersebut," katanya semalam.

Beliau mengulas keputusan PKNS menaikkan kadar sewaan premis di Kompleks PKNS, Shah Alam mulai 1 Januari 2012.

Berdasarkan surat pekeliling PKNS bertarikh 12 September 2011, kenaikan itu dibuat setelah mengambil kira kadar sewa bagi bangunan di sekitar Kompleks PKNS, Shah Alam selain menyatakan kadar sewa ketika ini adalah kadar yang sama dikenakan hampir enam tahun lalu.

Berdasarkan pekeliling itu, kadar baharu sewaan Kompleks PKNS, Shah Alam adalah di antara RM4 hingga RM5.20 sekaki persegi bagi tingkat bawah berbanding ketika ini sebanyak RM2.50 hingga RM3.50 sekaki persegi.

Bagi tingkat satu, kadar baharu sewaan dikenakan ialah RM2.50 hingga RM3.50 sekaki persegi berbanding ketika ini iaitu hanya RM2 hingga RM2.20 sekaki persegi, manakala kadar sewaan kiosk pada tahun depan pula dinaikkan kepada RM1,000 seunit berbanding RM500 sebelum ini.

Mengulas lanjut, Nor Akmal berkata, beliau bimbang keputusan untuk menaikkan kadar sewa itu akan membebankan golongan belia yang baru berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

"Sebagai sebuah anak syarikat yang di bawah kerajaan negeri, PKNS sepatutnya tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata, sebaliknya, ia juga perlu melihat kesannya kepada rakyat khususnya peniaga di negeri ini.

"PKNS sepatutnya berperanan dalam membantu menggalakkan belia menyertai dunia keusahawanan dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada belia yang berminat menjadi usahawan dan bukannya mengambil kesempatan daripada mereka," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Biar Sgor Gov kena macam ni jgak...

    http://wubra.blogspot.com/2011/09/bn-risk-losing-20000-votes-from-mas.html

    BalasPadam