Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 15 April 2011

Rakyat Sarawak harus berwaspada dengan 'kail berduri' !

Umpan jinak di air tenang, kail berduri bersalut umpan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Dua ayat seloka orang-orang Melayu jelas mengingatkan kita agar apabila melakukan sesuatu, mestilah berfikiran bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Kepada saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah termakan pujuk rayu puak-puak yang menaburkan gula dan madu kepada anda.

Kami di Selangor sudah terkena. Kami telah termakan kail berduri bersalut umpan. Kami tidak mampu lagi untuk melepaskan diri. Kami tertipu dengan janji 'kalih' yang dilagukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat sewaktu pilihan raya 2008 dahulu.

Tidak ada satu pun janji yang ditaburkan oleh puak ini kepada kami ditunaikan. Alih-alih, air 20 m3 dijadikan umpan untuk menarik undi. Yang dapat hanya rumah-rumah individu, yang duduk di rumah flat hanya kempunan dapat bil air yang tinggi!

Kerja kosong untuk anak-anak muda yang baharu lepas belajar juga tidak ada. Banyak kilang tutup kerana berhijrah ke negara lain, tetapi pemimpin PKR masih mengatakan banyak kilang datang melabur di Selangor, terutamanya di Shah Alam. Bila sidang dewan, Teresa Kok terdiam tak boleh jawap!

Kerajaan terdahulu ada juga kelemahannya, tetapi langsung tidak terfikir kerajaan baharu ini lebih teruk. Kerajaan baharu menjanjikan bulan dan matahari kepada kami. Memang benar begitu.

Waktu malam lampu jalan tidak dipasang, hanya mengharapkan cahaya bulan untuk menerangi jalan raya pada waktu malam. Ada juga yang mengeluh rim tayar bengkok gara-gara melanggar lubang yang bersepah-sepah dijalanraya negeri Selangor.

Sampah sarap juga kadangkala tidak dikutip dan taman-taman perumahan dipenuhi sampah. Kerajaan PKR mengatakan pendapatan kerajaan negeri meningkat, tetapi ke mana wang tersebut dibelanjakan? Duit tabung anak-anak syarikat negeri Selangor dah tinggal nyawa-nyawa ikan akibat keborosan berbelanja.

Baru beberapa hari menjadi kerajaan, yang mereka pentingkan ialah menukar kereta resmi Exco kerajaan negeri. Mereka tidak selesa naik Proton Perdana, mereka lebih gemar naik Toyota Camry 2.4L 24V walaupun kilang Proton terletak di ibu negeri Selangor. Hebatkan?

Rumah urut, spa dan pelbagai maksiat tumbuh seperti cendawan selepas PKR mengambil alih kerajaan negeri malah lebih hebat dari kerajaan terdahulu, tetapi apa tindakan PAS yang bersekongkol dalam Pakatan Rakyat untuk mencegahnya! PAS hanya berani di belakang DAP, bila berdepan hanya macam tikus mondok...PAS memang hamPASS!!! DAP terus biaDAP!

Oleh itu wahai saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Tidak ada gunanya sesalan, kalau nasi sudah menjadi bubur.

SELAMAT MENGUNDI DIUCAPKAN KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI SARAWAK YANG LAYAK MENGUNDI.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan