Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 26 April 2011

Polis sedia dedah pelaku seks!

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis bersedia mendedahkan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum jika siasatan memerlukannya berbuat demikian.

Menurutnya, bagaimanapun sekiranya tidak perlu, pihaknya tidak akan mendedahkannya.

“Begitu juga dengan apa-apa benda yang tidak boleh didedahkan maka ia tidak akan didedah,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara di Kelab Golf Saujana, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Timbalannya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Khalid seterusnya meminta semua pihak supaya bersabar kerana kes itu masih di peringkat siasatan dan adalah tidak wajar jika pihaknya mengulas perkembangannya setiap hari.

“Apabila tiba masanya nanti kita akan beritahu hasil siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.

Khalid menjangkakan dapat menyerahkan semula kertas siasatan kes video seks berkenaan kepada pejabat Peguam Negara (AG) pada minggu ini.

Difahamkan, kertas siasatan kes itu sudah dua kali dipulangkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan siasatan.

“Prosedur memulangkan semula kertas siasatan adalah prosedur biasa kerana ia mesti jelas sebelum boleh dibawa ke pendakwaan.

“Sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas memang ia dipulangkan kepada kita,” katanya.

Khalid bagaimanapun enggan mengesahkan laporan akhbar tempatan berhubung analisis video seks tersebut yang dikatakan sepadan Anwar.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak polis mendedahkan identiti pelaku video aksi seks tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat.

DEDAH JANGAN TAK DEDAH...RAKYAT DAH LAMA MENUNGGU NIH..!!!

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. DEDAH AJA..IMEJ POLIS TELAH DI MUSNAHKAN DI HINA DAN DICAMPAK DALAM TONG TAIK....INGAT SIAPA YG MENDESAK ADAKAN SURUHJAYA...? PUAK NI LAH.. KETUA DIA ADALAH YANG TERPAMPANG DALAM VIDEO TU DAN MR Y...BUAT BAIK PUN POLIS TETAP KENA FITNAH.. NASIB BAIK PAK LAH..DA MERAMBUS..JIKA TIDAK IMEJ POLIS/SPRM..DAN AGENSI PENGUATKUASA LAIN AKAN PUNAH...FAHAM.....

    BalasPadam