Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 20 Mac 2011

Mungkin PAS sudah lupa, tetapi jangan fikir rakyat Sarawak lupa kepada penghinaan dari Ustaz Hadi!

Rakyat Sarawak tahu siapa PAS. Presidennya sendiri pernah menghina masyarakat Dayak kerana terlalu marah disebabkan kekalahan PKR di Batang Ai, sedangkan PAS tidak bertanding pun di situ.

Mungkin PAS sudah lupa, tetapi jangan fikir rakyat Sarawak lupa kepada penghinaan seperti ini!

“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi yang pakai molek, undi PAS.– Petikan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( Malaysiakini.com: 11 Julai 2009 )

Diskriminasi Pakatan Rakyat dalam percaturan politik di Sarawak. Parti Pembangkang Semenanjung seperti PKR, DAP dan PAS mendapat keutamaan mengatasi kuota yang diberikan kepada parti pembangkang tempatan.

Parti PAS daripada Kelantan pun diberikan 6 kawasan DUN di Sarawak. Mereka nak perjuangkan apa di Sarawak, kita pun tak tahu?

Mungkin ada beranggapan parti ini cuba melaksanakan Hudud di Sarawak.! Yang kita tahu PAS membantu meruntuhkan kepimpinan Islam di Negeri Sarawak. Inilah perjuangan laknat sebuah parti bernama PAS. Mereka mempergunakan Islam untuk memecah perpaduan sesama umat di mana sahaja selagi berpeluang.

Buat PAS, bercakaplah selagi boleh..! Di Semenanjung, PAS ditolak secara total.? Di Sarawak pula mengharapkan perpecahan untuk mencapai kemenangan. Bertandinglah sebanyak mana pun kerusi DUN di negeri ini, keputusannya akan tetap sama seperti di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Wallahuallam.

Sumber : Apai Ngelai - Rajahmas

Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. Harap-harap semua orang Sarawak si ngundi PAS, biar PAS hilang semua wang pertaruhan.. siney ada PAS mesti masyarakat berpecah belah... Halau PAS pulang balit ke Kelantan.. Sik guna ada Di Sarawak tuk.. nyusahkan saja jadi lembu DAPIG saja...

    BalasPadam