Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 8 Ogos 2010

Khalid Ibrahim Tidak Tahan Tekanan DAP!

Dua minggu lepas MB Khalid G mengeluarkan kenyataan kepada semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan?

Pada 28 Julai 2010 : Menteri Besar Selangor Abdul Khalid G menasihati semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Beliau berkata hal berkenaan ditujukan kepada semua pemimpin termasuk wakil rakyat, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak timbulnya konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

"Satu surat pekeliling akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dalam masa terdekat berhubung saranan ini dan kita minta semua pemimpin mengambil perhatian terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam .

Bagaimanapun, Abdul Khalid G berkata surat sokongan bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan kebajikan amat digalakkan terutamanya bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan.

"Surat sokongan seperti anak mahu masuk universiti, orang susah untuk dapatkan bantuan dan bantuan untuk warga emas amat dialu-alukan," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, Datuk Bandar, Yang DiPertua PBT dan agensi kerajaan diminta untuk mengumpul semua surat sokongan yang telah dikeluarkan oleh semua pemimpin untuk diaudit dan dinilai keberkesanannya.

Akan tetapi pada 5 Ogos 2010 lain pula jadinya, wakil-wakil rakyat dibenarkan pula keluarkan surat sokongan. Khalid terpaksa mengubah kenyataan awalnya kerana tekanan dari DAP.

Ini kerana sebagaimana yang kita tahu, surat-surat sokongan yang dikeluarkan oleh Ronnie Liu selama ini boleh mendatangkan projek-projek yang lumayan kepada DAP.

Akibat tidak tahan dengan tekanan DAP maka Khalid terpaksa ubah kenyataan awalnya. Nampaknya gelaran MB boneka yang diberikan kepada Nizar semasa dia menjadi MB Perak kini telah berjangkit ke Selangor.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan