Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 20 Ogos 2010

Guan Eng 'diserang' semasa ke majlis buka puasa!



























Semalam, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau.

Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan.

Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam

Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.

Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang.

Pada masa sama, seorang lelaki yang sangat dikenali rakyat negeri ini memerhatikan Guan Eng dengan reaksi yang amat marah.

Justeru, pasukan Cawangan Khas yang menyaksikan perkara itu meminta pihak pengurusan masjid menasihatkan Guan Eng supaya pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dan beliau akur dengan permintaan itu.

Bayangkan sekiranya tiada pasukan Cawangan Khas memantau keadaan dalam kedua-dua insiden tersebut, apa akan terjadi kepada Guan Eng sekiranya perkara tidak ingini berlaku kepadanya?

Apakah akan terjadi kepada beliau atau sesiapa pun sekiranya cadangan dangkal Ketua Menteri itu sebelum ini supaya Cawangan Khas polis ditutup benar-benar dilaksanakan?

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu sekali gus meminta mana-mana pihak selepas ini tidak lagi mempertikai peranan polis dalam menjaga keamanan negara.

Menurutnya, kewujudan sesuatu bahagian itu pasti ada sebabnya dan ia bukan diadakan dengan sewenang-wenangnya.

"Apa akan berlaku kepada dia (Guan Eng) sekiranya tiada anggota Cawangan Khas semasa insiden itu berlaku semalam. Jadi walaupun tidak suka kita perlu ikut VVIP sepertinya atas aspek keselamatan dan tanggungjawab kita.

"Jadi, saya berharap selepas ini janganlah semua perkara hendak dipolitikkan semata-mata agar menjadi populis kerana keselamatan rakyat perlu diutamakan," ujarnya.

Kejadian itu merupakan kontroversi terbaru melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut kerana sebelum ini sekumpulan peniaga bazar Ramadan di Komtar mengadakan demonstrasi selepas mereka tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut walaupun boleh berbuat demikian sejak dua dekad lalu.

Ekoran kejadian tersebut juga, seorang lelaki bertindak cuba membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan Guan Eng berhubung isu perniagaan di Komtar.

Baru-baru ini juga, seorang lelaki, Ali Ahmad Ariff, 63, terpaksa bersemuka dengan Guan Eng sendiri bagi mendapat penjelasan daripada mulut pemimpin itu sendiri mengenai beberapa isu khususnya yang melibatkan orang Melayu.

Lelaki tersebut yang juga dikenali Pak Ali sempat menepuk bahu kiri Guan Eng berikutan tidak puas hati dengan Ketua Menteri itu yang didakwa bersikap rasis dan menindas orang Melayu di negeri ini.

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP) di tingkat dua Menara Komtar.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan