Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 28 Mac 2009

Dr. Mahathir bakal sertai semula UMNO

Kehadiran bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka petang ini mengejutkan para perwakilan UMNO yang sedang khusyuk mengikuti sesi penggulungan oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali muncul pada pukul 12.30 tengah hari ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan penggulungan perhimpunan agung parti ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Muhyiddin yang menyedari kehadiran Dr. Mahathir dan isteri terus mengucapkan selamat datang kepada kedua-duanya. Para perwakilan yang kelihatan terkejut, terus bangun sambil memberikan tepukan gemuruh kepada negarawan ulung itu.

Dari pentas utama, Muhyiddin mendongak ke atas seraya meluahkan harapannya untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali ke pangkuan UMNO. Dr. Mahathir pula menganggukkan kepala bagaikan bersetuju. ''Kehadiran Tun berdua merupakan pengiktirafan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan baru parti, terima kasih Tun,'' kata Muhyiddin.

Selepas majlis penutupan Perhimpunan Agung UMNO berakhir, Dr. Mahathir kemudian naik ke pentas dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Ahli-ahli MT. Ahli-ahli MT yang lain turut bersalaman dan memeluk bekas Perdana Menteri itu.

Beliau kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Sementara itu di luar Dewan Merdeka, orang ramai berasak-asak mengerumuni Dr. Mahathir dan Siti Hasmah untuk bersalaman sewaktu kedua-duanya berjalan menuju ke kereta. Sebahagiannya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dan sebak dengan kehadiran bekas Perdana Menteri walaupun sebelum ini, beliau menegaskan tidak akan menghadiri majlis tersebut.

Dr. Mahathir yang ditemui pemberita selepas majlis itu mengesahkan beliau akan menyertai semula UMNO. Menurutnya, tarikh untuknya berbuat demikian akan diumumkan pada satu masa sesuai 'selepas beberapa perkembangan'. ''Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian,''katanya.

Pada 19 Mei tahun lalu, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Setar mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu. Ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr. Mahathir berkata, pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

''Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya. Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru UMNO memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini. ''Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,'' katanya.

Wasabi Oyabun - UM

Ahad, 22 Mac 2009

Demokrasi Tulen Anwar ?

Dua Negara Muslim yang diiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Negara Terbaik Demokrasi adalah Turki dan Indonesia. Anwar bersama Perdana Menteri Turki Recep Teyyip Erdogan dan Abdullah Gul meraikan kemenangan bersejarah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Julai 2007. Anwar selalu mengecam pemerintahan Suharto yang dianggap diktator.

Amin Rais kawan rapat Anwar meniupkan gelombang reformasi yang menjatuhkan Suharto. Kemudian Amin Rais melobi kenaikan Gus Dur menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999 - 2001. Sejak itu menurut Anwar demokrasi mula tersemai di Indonesia. Berikut adalah kenyataan Anwar mengenai demokrasi tulen di dunia Muslim.

Menyemai benih demokrasi tulen di dunia MuslimOleh Anwar Ibrahim

Semenjak 9/11, Amerika Syarikat telah menjalankan apa yang dinamakan oleh White House (Rumah Putih) satu "strategi hadapan untuk kebebasan" berdasarkan kepercayaan bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam. Satu percubaan yang berani walaupun kemenangan ideologi yang amat sukar terhadap Eropah Timur semasa Perang Dingin, Amerika (AS) sekali lagi telah mencuba untuk membangkitkan demokrasi di luar negara bagi memastikan keselamatan di negara sendiri.

Namun, sebagai yang pertama kembali dalam usaha pendemokrasian di negara Muslim, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap AS tentang ciri-ciri hasil akhir yang mulai tumbuh iaitu kerajaan yang dipilih dengan bebas. Sesetengahnya telah mula mempersoal sama ada negara-negara tersebut mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempertahankan demokrasi.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa usaha AS untuk perubahan telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan di Timur Tengah, kebimbangan semakin meningkat di mana golongan radikal mungkin akan merampas demokrasi. Kejayaan pilihan raya golongan Islamik baru-baru ini di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin telah menimbulkan pertanyaan tentang keupayaan kuasa liberal untuk mengatasi kumpulan fundamentalisme (kumpulan penyokong asas agama).

Untuk Amerika Syarikat, kebimbangan tersebut sememangnya benar, walaupun mungkin dihebahkan dengan slogan Islamophobia (ketakutan terhadap ajaran Islam) : Bagaimana teruknya satu ironi akan berlaku sekiranya usaha yang hebat ini dalam menyebarkan kebebasan di luar negara menimbulkan kesan negara AS sebagai anti-Islam terhadap Syariah, atau undang-undang Islam, kepada orang-orang mereka.

Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstrimisme Islam. Lebih tepat, ianya disebabkan oleh rasuah dan salah guna kuasa selama bertahun-tahun dalam pentadbiran yang dipimpin oleh Fatah menyebabkan Hamas diundi untuk berkuasa.

Sekiranya amalan demokrasi adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai terhadap kuasa yang ada, maka hasilnya merupakan penyelesaian yang sudah pasti. Biarkan ia seperti yang dikehendaki, sesetengah yang mengatakan bahawa "kestabilan" bukan kebebasan adalah apa yang perlu dipromosikan oleh AS di seluruh dunia Islam.

Pada pandangan mereka, memenangi pilihan raya demokrasi tidak bermakna mereka secara terus memenuhi kehendak AS di luar negara, khususnya dalam perang ke atas keganasan, dan bahawa hati dan minda pengganas dan pengebom berani mati tidak dapat diubah dengan kebaikan demokrasi.Mereka mengatakan perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan.

Kesemua pandangan terhadap demokrasi dan kestabilan dalam dunia Muslim bukan sahaja salah tetapi membawa kepada kematian.Dalam satu jalan, strategi Washington mungkin dilihat sebagai menebus dosa-dosa yang lalu, ketika AS merupakan batu penghalang kepada demokrasi di Timur Tengah. Iran berada dalam demokrasi pada 1953 apabila rampasan kuasa yang didalangi CIA yang telah menukarkannya kepada monarki mutlak.

AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein.Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis.Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla (raksasa laut) yang menyokong diktator dan Charybdis (juga raksasa laut) yang menggalakkan demokrasi yang boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?

JAWAPAN TERBAIK kepada soalan sama ada Amerika perlu menilai kembali strateginya di Indonesia dan Turki, contoh yang memberangsangkan dalam memperlihatkan kemampuan mereka untuk demokrasi Muslim.Tujuh tahun yang lepas, Indonesia terlibat ke dalam demokrasi selepas kepimpinan diktator kuku besi lebih daripada 30 tahun . Sebagai sebuah negara Muslim terbesar di dunia, ia mungkin berdiri sebagai fenomena politik yang paling penting dalam sejarah demokrasi kebelakangan ini.

Rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali sejak itu, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" oleh rakyat Indonesia, termasuk pertubuhan Islam yang utama.

Media Indonesia bebas, dan pilihan raya adalah adil. Asas kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan dan dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh yang memegang kuasa.Sebagai contoh, tidak seperti negara jiran Malaysia, rakyat Indonesia boleh berkumpul untuk memprotes keputusan kerajaan atau dasar tanpa bimbang terhadap tindakan balas. Penahanan secara rambang dan penahanan politik tidak pernah didengar.

Dengan demokrasi yang belum matang, Indonesia dan Turki masih mempunyai perjalanan yang jauh. Di Indonesia, ia dalam keadaan memenuhi objektif sosioekonomi demokrasi yang hanya akan berlaku. Di Turki, sekatan kewujudan ketenteraan yang tidak terbatas telah membantu dalam menaikkan negara tersebut dalam European Union (Kesatuan Eropah).

Walau bagaimanapun, sekarang mereka berdiri sebagai penunjuk, untuk kedua-dua negara Muslim dan untuk mereka yang cuba untuk membantu mereka.Untuk berjaya dalam usahanya menyebarkan kebebasan, AS mesti ingat bahawa demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua.

Penyemaian demokrasi yang sebenar memerlukan lebih daripada pengenalan pilihan raya semata-mata.Ia juga memerlukan kewujudan proses demokratik dan padang permainan politik yang sama rata. Ia memerlukan jaminan pengagihan kuasa dan kebebasan sistem kehakiman daripada cengkaman pemimpin kuku besi dan zalim. Yang amat penting, ia memerlukan perlindungan terhadap kebebasan asas dan media yang bebas.

Ianya merupakan prasyarat demokrasi yang mana AS dan dunia Muslim perlu berikan, dengan lebih usaha-usaha yang penting, untuk menjadi punca kepada kebebasan yang sebenar-benarnya.

-Anwar Ibrahim!

Soalan UPSR rakyat:

Setelah membaca lontaran fikiran Anwar Ibrahim yang ditulis pada 25 Mac 2006 di Angeles Times bertajuk "Cultivating the seeds of democracy" ada beberapa persoalan yang bermain di minda rakyat:

1. Adakah Anwar Ibrahim menyokong atau menentang Projek White House melancarkan satu "strategi hadapan untuk kebebasan" terhadap dunia Islam berasaskan kepercayaan Amerika bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam ?

2. Benarkah Dunia Islam telah mati demokrasi (kecuali Turki dan Indonesia yang Anwar iktiraf) sehingga memunculkan kumpulan ekstrimis Islam?

3. Apa kelayakan Anwar menuduh hanya Turki dan Indonesia yang mengamalkan demokrasi, sedangkan semua negara Islam lain telah mati demokrasinya?

4. Apakah piawaian takrif "demokrasi" menurut kaca mata Anwar ? Adakah piawaian berdasarkan kaca mata Amerika atau Al Quran dan Sunnah?

5. Benarkah dakwaan Anwar kumpulan ekstimis Islam benar-benar wujud? Kalau wujud apakah ciri-cirinya?

6. Kenapakah Anwar bersekongkol dengan Amerika mengatakan kumpulan fundamentalis dan kumpulan radikal Islam atau ektrimis Islam adalah negatif?

7. Benarkah dakwaan Anwar masalah di dunia Islam hanya akan selesai dengan "dailog antara Islam dan Barat" atau yang Anwar sering sebut sebagai "constructive engagement"?

8. Benarkah dakwaan Anwar bahawa 'muslim' yang paling layak dalam menjalankan misi "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah tidak lain tidak bukan hanya Anwar Ibrahim dari Malaysia?

9. Benarkah hanya beliau sahaja yang paling berkelayakan dan semua tokoh-tokoh Islam dari negara-negara lain tidak berkelayakan kerana kekurangan ilmu seperti Dr Zakir Naik dari Pakistan?

10. Benarkah dakwaan sesetengah pihak penggunaan istilah "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah bahasa lunak yang tidak membinasakan Anwar sebagai tokoh politik di negara Islam, sedangkan hakikatnya, Anwar bukan berunding sebaliknya mengaut keuntungan peribadi dan menjadi alat bersekongkol dengan kuasa Barat memerangi pihak Islam?

11. Walaupun nada penulisan Anwar Ibrahim nampak seperti bersimpang siur, tetapi nampak jelas, bahawa beliau menyokong Projek White House itu serta memberi beberapa cadangan balas untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Amerika itu.

12. Adakah dengan kesimpulan di atas, membawa maksud Anwar menawarkan diri sebagai seorang Muslim untuk bersekongkol dengan Amerika memerangi Islam yang dilabel fundamentalis?

13. Sejak Anwar menjadi "orang perantaraan", antara dunia Islam dan Barat dalam menjalankan misi "constructive engagement" sejauh manakah prestasi kejayaannya?

14. Apakah misi Anwar sebagai "constructive engagement" menguntungkan dunia Islam atau dunia Barat?

15. Sejak Anwar berunding dengan Amerika dan Yahudi, apakah sudah berubah sikap mereka kepada dunia Islam?

16. Adakah Amerika yang didalangi Yahudi sekarang menjadi makhluk yang baik, sedangkan Al Quran dengan tegas menyatakan Yahudi dan Nasrani tetap selama-lamanya memusuhi Islam dan mencari tipu muslihat untuk merosakkan Islam?

17. Membaca kembali tulisan di atas, Adakah Anwar turut berkongsi perasaan kecewa dengan Amerika apabila kejayaan golongan Islamik di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin dalam pilihanraya baru-baru ini sehingga Anwar mengungapkan kata-kata kuasa liberal ditewaskan oleh kuasa fundamentalis?

18. Anwar menyokong kumpulan mana di Palestin : Kumpulan HAMAS (anti Israel) atau Kumpulan FATAH (Pro-Israel)? Kumpulan manakah yang dilabel oleh Anwar sebagai eksrimis Islam (HAMAS atau Fatah?) apabila Anwar menulis begini, "Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstremisme Islam".

19. Apa maksud Anwar apabila beliau menulis, "perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan"? Apatah lagi Anwar memberi contoh kes Iraq dengan tulisan begini, "AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis".

20. Apakah ini bermaksud, Anwar menyalahkah Amerika kerana bersekongkol dengan Sadam Hussein sebelum ini atas nama kestabilan dan keselamatan ? Apakah Anwar memberikan hujah bahawa serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Sadam Hussein adalah langkah paling tepat untuk menyemai benih demokrasi di Iraq?

21. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla yang menyokong diktator dan Charybdis yang menggalakkan demokrasi sehingga boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?" Adakah bermaksud Anwar menyeru Amerika agar tidak bermain politik, sewajarnya memerangi 'Scylla' yang diktator dan menyokong sepenuhnya 'Charybdis' yang pro demokrasi?

22. Adakah ini bermaksud Anwar telah memberi teguran kepada Amerika, jika Amerika tidak menetapkan pendirian, bukan sahaja diktator terus berkuasa malah mungkin pro demokrasi kehilangan kuasa kerana ditumpaskan oleh radikal Islam?

23. Apakah ukuran "diktator, demokrasi, radikal Islam", Anwar sama seperti ukuran Amerika ? Kalau sama, apakah ciri-ciri yang membezakan terma di atas ? Apakah terma 'diktator, demokrasi dan radikal Islam" berlaku di seluruh dunia Islam ? Kalau berlaku, Anwar berada di pihak mana?

24. Kenapa Anwar hanya memberi memberi contoh demokrasi terbaik di dunia Islam hanya berlaku di Turki dan Indonesia? Adakah ini bermaksud demokrasi tidak baik di Iran, Palestin, Sudan, Mesir, Malaysia dan negara Islam lain?

25. Apa maksud demokrasi terbaik di Turki dan Indonesia ? Adakah kerana sikap kerajaan itu yang sanggup sujud kepada Amerika dan pro Israel?

26. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain? Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" terhadap pertubuhan Islam yang utama".

27. Apa maksud Anwar apabila menukilkan, "demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua"?

28. Adakah tulisan di atas mengambarkan Anwar tidak mahu konsep "demokrasi berperlembagaan" (seperti di Malaysia?) dan beliau hanya peruangkan "demokrasi tulin" yang memberi kebebasan dari semua aspek termasuk agama?

29. Apabila membaca keseluruhan tulisan Anwar, apakah yang boleh penyokong PKR simpulkan tetang Anwar? Adakah beliau pembela Islam di Amerika yang sentiasa menepis salah anggap Amerika kepada dunia Islam seperti yang dimainkan peranan oleh Dr Zakir Naik dari Pakistan? Atau Anwar sebagai seorang tokoh politik murahan yang sanggup menggadai prinsip, menyeronokkan dunia Barat dengan kata-kata pujian, serta mengecam semula kelemahan dunia Islam lantaran kerakusannya untuk mendapat nama, kuasa dan naungan politik daripada Amerika?

Sama-samalah kita fikirkan?

Wasabi Politik
Oyabun

Sabtu, 14 Mac 2009

KEADILAN yang wajar diludah!

Kelicikan Anwar telah membuat Pak Lah menuruti "kemahuan" dia. Anwar berjaya mempengaruhi Pak Lah mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail supaya tidak terlibat dengan kes liwatnya. Ekoran kejayaan Anwar mengetepikan peranan Gani Patail selaku Peguam Negara terlibat dengan kes liwatnya, Anwar telah dapat melambat-lambatkan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah.

Anwar menggunakan alasan surat "bertanda-tangan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengarahkan perbicaraan kes liwatnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah" kerana maksud Pak Lah mengarahkan Peguam Negara supaya tidak terlibat dengan kes liwatnya merangkumi juga seperti membuat keputusan memindahkan perbicaraan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Begitu hebat kelicikan Anwar sehingga hakim Mahkamah Sesyen pun dia dapat jadikan lembu kena cucuk hidung selain Pak Lah. Hakim Mahkamah Sesyen telah bersetuju berkali-kali dengan bantahan yang dibuat oleh peguam Anwar bahawa pemindahan perbicaraan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah. Akhirnya, bantahan yang dibuat oleh peguam Anwar itu telah memihak kepada pihak pendakwaraya yang mahukan perbicaraan kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sejak dari awal lagi.

1. Wajar diludah KEADILAN parti Anwar ini kerana KEADILAN SENGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN PROSES PENGADILAN YANG HARUS DIBIARKAN BERJALAN DENGAN LANCAR.Demokrasi masih hidup di Malaysia. Sidang Parlimen masih berjalan lancar. Jenayah masih berlaku dan dilakukan. Tembak menembak antara Polis dengan penyamun masih berterusan.

Dadah masih diseludup, dijual, diedar dan disalahgunakan. Polis masih menjalankan tugas mereka. Tangkapan masih dijalankan dan didakwa. Bunuh, rompak, samun, rogol, lewat, ragut, sogok dan demonstrasi masih dijalankan. Yang ditangkap dan yang didapati ada saksi dan keterangan dibawa ke Mahkamah untuk dituduh, didakwa dan dibicarakan.

TETAPI ada banyak cara untuk melengah-lengahkan perbicaraan, untuk mengelakan diri daripada dibicara dan diadili dengan segera. Antaranya ialah.....

1. Membuat tuduhan-tuduhan yang Hakim tidak layak mendengar dan membicarakan kes.

2. Satu lagi cara ialah membuat tuduhan bahawa arahan Peguam Negara tidak boleh dipakai.

3. Lagi satu cara ialah peraturan Mahkamah atau peraturan menduduh dan mendakwa yang dijalankan oleh pehak Pendakwa Raya tidak betul.

4. Satu lagi cara ialah peguam bagi tertuduh tidak hadir oleh kerana sakit atau lain-lain sebab. Maka dengan helah dan sebab2 diatas pengadilan keatas sesuatu kes itu terpaksa ditangguh dan menjadi tertangguh. Proses untuk mendapatkan keadilan kepada 'si mangsa' dilambat-lambatkan.

Itu semua demokrasi yang ada di Malaysia. Yang untung peguam. Yang rugi rakyat, duit rakyat, dan duit pembayar cukai. Perbelanjaan kakitangan awam kena dibayar. Elaun mereka kena dibayar.http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=76992. Wajar diludah KEADILAN parti Anwar ini kerana TELAH MELENGAH-LENGAHKAN KEADILAN YANG HARUS DIBERIKAN KEPADA SI MANGSA BERNAMA SAIFUL. Pasti ramai tertanya-tanya termasuk pemuja Anwar "kenapa tidak dibiarkan saja kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen?"

Jawapannya ialah, wajar dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana.....

1. Kita tidak mahu melihat proses keadilan itu dilengah-lengahkan sekali lagi oleh Anwar. Anwar berpeluang melengah-lengahkan sekali lagi proses keadilan jika kes liwatnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen kerana.....

2. Kalau nantinya ada keputusan2 yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen berhubung perbicaraan kes liwatnya tidak memuaskan-hati ataupun tidak memihak kepada Anwar....

3. Sudah tentu Anwar akan meminta hakim dan Mahkamah Sesyen supaya memindahkan perbicaraan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi dimana Anwar(menerusi peguamnya) akan menggunakan berbagai-bagai alasan lagi seperti berkata "(konon2) dia tidak mendapat perbicaraan yang adil dan harus dipindahkan perbicaraan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi".

4. Kalau sudah ditetapkan secara muktamad sekarang perbicaraan kes liwat Anwar harus dibicarakan di Mahkamah Tinggi, sudah tentu Anwar tidak berpeluang lagi untuk cuba melengah-lengahkan lagi proses keadilan itu agar terus dapat dilaksanakan dan dapat berjalan dengan lancar.

Akan menjadi bahan ketawa kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah dan juga mengikut norma sistem kehakiman negara jika Anwar mahu membawa perbicaraan kes liwatnya ke Mahkamah Sesyen setelah segala keputusan2 yang dibuat oleh hakim berhubung perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi tidak memuaskan-hatinya ataupun tidak memihak kepadanya.

Sepertimana umum telah ketahui Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didapati tidak bersalah berhubung aduan yang dibuat oleh Anwar pada tahun lepas bahawa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara telah memalsukan bukti siasatan kes matanya lebam dulu.

Anwar sekarang terpaksa berhadapan dengan tindakan saman Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana telah membuat fitnah. Keceluparan mulut seorang pakar membuat putar-belit, pembohongan dan fitnah bernama Anwar terserlah lagi apabila dia mendakwa berlakunya "cover-up" selepas dia mengetahui Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didapati tidak bersalah berhubung "aduannya" itu.

Anwar telah membuat satu kenyataan memperlekeh dan menghina jika benar dia mendakwa berlakunya "cover-up" berhubung "aduannya" itu yang tidak memihak kepadanya. Selain Ketua Polis Negara, amat wajar juga sekiranya 3 panel hakim itu yang telah meneliti, menilai dan membuat keputusan bahawa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak bersalah dapat mengambil apa2 tindakan undang2 terhadap Anwar.

Integriti dan kredibiliti panel 3 hakim itu harus dipertahankan, tindakan undang2 harus diambil dan dikenakan terhadap si pakar membuat putar-belit, pembohongan dan fitnah seperti Anwar untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Wasabi - Isu Panas Politik
Oyabun

Khamis, 12 Mac 2009

TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR!

PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM

Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.

Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya. Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.

Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk. DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP.

Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam. Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini. Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini?
Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam? Fikir-fikirkan lah..

Wasabi Oyabun

Ahad, 8 Mac 2009

Keadilan untuk Anwar?






















Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang? Rakyat lontarkan pertanyaan ini kerana isu inilah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat terutama menjelang perbicaraan sebenar kes tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan isu kemelut Dewan Undangan Negeri Perak sekarang.

Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog, Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Malah UMNO sendiri pernah diharamkan atas keputusan mahkamah.

Rakyat tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ia bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.

Begitu juga dalam kes Anwar dan Saiful. Daripada awal lagi, pembangkang mengambil strategi pre-emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula. Sekali lagi, isu yang dimainkan ialah keadilan untuk Anwar. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat kecil seperti Saiful?

Sebab itu, rakyat tidak faham mengapa ada pihak yang gundah dan mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes tersebut sedangkan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos tahun lalu - tempoh yang lama.

Lagi lama kes itu tertangguh kepada isu-isu yang berlegar kepada soal semakan permohonan dan bantahan, selagi itulah ia juga menafikan keadilan untuk pengadu kes ini iaitu Saiful.
Harapan rakyat, janganlah ada mana-mana pihak gentar dengan proses keadilan di mahkamah negara ini termasuk bagi kes Anwar - Saiful. Sebenarnya ini adalah kesempatan terbaik kepada Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru yang dihadapinya.

Setelah dipersoalkan oleh banyak pihak kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, Anwar boleh tampil dengan berani dan menyakinkan di mahkamah bagi membuktikan dia di pihak yang benar.

Kepada Saiful, diharap beliau dapat terus bersabar melalui ujian yang amat berat ini. Terbaru, ada laman blog pembangkang yang mendakwa dia tenat akibat sumpah laknat yang dilafazkannya di dalam masjid, tahun lalu.

Sebaliknya beliau kelihatan sihat, cergas dan tenang ketika muncul di balai polis untuk membuat laporan mengenai fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog itu, baru- baru ini. Fitnah sebegini pernah dihadapi oleh beberapa tokoh seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hassan.

Adalah menyedihkan fitnah ini menimpa mereka yang cuma menjalankan tugas, tanggungjawab dan mahu menegakkan kebenaran. Golongan pencipta dan penyebar fitnah ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.

Rakyat masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu ramai termasuk ulama pembangkang melakukan sembahyang hajat selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan kerana kesalahan liwat. Malah ada pemimpin pembangkang yang mengaitkan sembahyang hajat itu untuk tujuan pembalasan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang diramalkan akan menerima akibatnya dalam masa terdekat.

Dengan izin Allah, Tun Mahathir bukan sahaja melalui hidup yang lebih tenang, sejahtera malah terus disegani termasuk di peringkat antarabangsa. Apa maknanya? Kita tidak mahu dan tidak layak untuk menafsir panjang. Tetapi seperti kata Saiful dalam laman blognya, yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.

Wasabi - Oyabun




Rabu, 4 Mac 2009

Mengapa Tiada Tindakan DiAmbil Terhadap " Menteri Parlimen Malaysia " !


Adakah disebabkan kerap ponteng semasa pembukaan sidang Parlimen yang turut disertai oleh Yang DiPertuan Agong, maka kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan satu lagi portfolio baru didalam kabinet?Adakah ianya benar? Adakah jawatan baru "Menteri Parlimen" Malaysia benar-benar wujud? Kalau tidak wujud mengapa pula ada manusia yang tak tahu malu menganggap dirinya seorang Menteri Parlimen yang mewakili Malaysia.

Adakah pihak Wisma Putra tahu akan perkara ini? Tidakkah Wisma Putra akan kelam kabut jika apa-apa terjadi kepada "Menteri" yang berada di luar negara. Bukankah ini boleh dianggap sebagai satu " penyamaran " tahap " Ranking A " yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu negara semasa berada diluar negara? Bukankah " penyamaran " ini akan memalukan Malaysia disebalik nama negara yang sudah terkenal diseluruh pelusok dunia?

Jadual " Menteri Parlimen " berucap :

18:30 – 19:30Al Mirqab Ballroom(I, II, III), Lobby LevelCOMMON CHALLENGES: ADDRESSING TOGETHER EMERGING GLOBAL ISSUES * (Photos )Moderator:- Carlos E. PASCUAL — Vice President and Director, Foreign Policy Studies, The Brookings Institution, United StatesSpeakers:- Madeleine K. ALBRIGHT — Former United States Secretary of State- Anwar IBRAHIM — Minister of Parliament, Federation of Malaysia- David PETRAEUS — Commander, U.S. Central Command- Barham SALIH — Deputy Prime Minister of the Republic of Iraq.

Adakah kerajaan Malaysia akan berdiam diri dengan " penyamaran ranking A " yang memalukan ini? Mengapa tiada tindakan yang di ambil terhadap " Menteri Parlimen " yang disuruh bertaubat oleh Karpal Singh Celaka? Mana rakyat Malaysia nak letak muka apabila ada" Menteri Palsu" pergi bersidang disebuah forum antarabangsa, padahal sidang yang lebih penting yang sepatutnya beliau hadiri dinafikan ( ponteng ). Apakah hukuman yang sewajarnya dijatuhkan kepada " penkhianat " negara ini?

Lihatlah gaya Anwar yang mendakwa mewakili Malaysia ke Forum Dunia Islam anjuran AS dan berjawatan " Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia. " klik di sini Bilalah pula SiAnwar ini masuk BN dan mendapat jawatan Minister of Parliament,Federation of Malaysia . Agak kelakar juga kerana ianya bukan setakat satu Malaysia sahaja dia menipu dan kelentong , malah rupa-rupanya Amerika , pemimpin Yahudi , Tok arab kawan-kawan Anwar pun terkena juga.

Apabila pulang Malaysia , Anwar mereka cerita di ceramah-ceramah dan blog mengatakan yang beliau diiktiraf oleh dunia sehingga mereka menjemputnya dan memperjuangkan Islam apabila berdepan dengan Yahudi dan AS . Memang hipokrit dan retorik kuat Anwar ini menipu penyokong-penyokongnya dan rakyat . Rakyat sedang menunggu hukuman yang setimpal yang bakal dijatuhkan terhadap Anwar kerana MENIPU!!! Dan mungkin asyik dengan jawatan baru "Menteri Parlimen" sehingga ketinggalan kapalterbang? Wallahuallam.
Wasabi Oyabun

Sabtu, 28 Februari 2009

Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC)?

Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25, 2005 (kenyataan penuh dilampirkan di bawah) berusaha menjawab penentangan ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs), TERAS (Teras Pengupaya Melayu) dan PAS (Parti Islam Malaysia) berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC).

Tetapi jawapan-jawapan balas Malik Imtiaz mengenai "Apakah Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?", "Apakah benar IFC tiada agenda tersembunyi?" dan "Apakah benar IFC tidak anti Islam?" dan "Apakah matlamat penubuhan IFC?" tidak cukup menyakinkan, bahkan menimbulkan menimbulkan banyak persoalan lain.

Secara keseluruhannya Pengerusi Jawatan Pemandu IFC amat bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama, bersetuju dialog antara agama-agama perlu diteruskan dan bersetuju dengan pendapat MCCBCHS (Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism) berbanding dengan pendapat majoriti pendapat Islam diwakili ACCIN, TERAS dan PAS.

PERSOALAN MISTERI SURUHANJAYA ANTARA AGAMA-AGAMA

Ruang misteri yang gagal dijawab oleh Malik Imtiaz adalah untuk apa Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ditubuhkan sejak 2001, sedangkan kedudukan Islam telah diwartakan dalam Perkara 3(1), 11(1) & (4), 121(1A), Perlembagaan Malaysia sejak 1957?

Benarkah tindakan Malik Imtiaz ini bukan usaha terancang untuk mengugat kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, siapa Malik Imtiaz apakah Malik hanya proksi dan siapa dalang sebenar IFC?

SIAPA MALIK IMTIAZ?

Malik Imtiaz Sarwar beragama Islam keturunan Punjabi. Bapanya bernama Ghulam Sarwar Yousof, seorang profesor kajian teater di Universiti Malaya. Malik Imtiaz Sarwar merupakan peguam pemerhati Bar Council dan juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) di Malaysia.

Beliau adalah seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri (tetuan Malik Imtiaz Sarwar), di Kuala Lumpur. Beliau kelulusan LL.B daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), LL.M dari Universiti Hong Kong, dan MST Antarabangsa Dalam Hak Asasi Manusia, di Universiti Oxford.

Daripada 2002 beliau menjadi aktivis yang aktif Bar Council (Majlis Peguam Malaysia). Beliau juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM). Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC).

Pada Oktober 2005, beliau dijemput menjadi pembentang kertas kerja anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Hotel Corus, Kuala Lumpur. Malik Imtiaz merupakan peguam 'popular' di Bar Council berkaitan dengan kes-kes hak asasi manusia dan kebebasan beragama (murtad).

Pada 2006, beliau menjadi peguam pemerhati mewakili Bar Council untuk membela Lina Joy, seorang Melayu yang telah masuk Kristian dan memohon menukar identiti Islam kepada Kristian di dalam kad pengenalannya. Kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan, tetapi Lina Joy gagal dalam permohonannya.

Akibat pembelaannya kepada kes Lina Joy, Malik Imtiaz dakwa dirinya pernah menerima ancaman bunuh daripada pihak tertentu (yang disyaki beragama Islam). Beliau juga peguam kepada kes murtad, Subashini Rajasingam, peguambela ajaran sesat yang dakwa jadi Rasul, Abdul Kahar Ahmad, dan peguam penghina Islam, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Selain itu, beliau juga menjadi peguambela kes Ayah Pin dan kes Zaid Ibrahim cabar Kerajaan Kelantan (Hudud). Kawan rapatnya adalah Haris Ibrahim, Edmund Bon, Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya adalah peguam Bar Council.

MALIK IMTIAZ DAN IFC

Interfaith Commission (IFC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti SUHAKAM iaitu sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang berkaitan dengan pertikaian antara agama.

Sebelum ini IFC dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC) dan Interfaith Commission (IFC) tetapi ditukar nama kepada IFC setelah dicadangkan penubuhannya oleh MCCBCHS (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism) melalui memorandumnya kepada Bar Council pada 21 Ogos 2001.

Manakala sebuah Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama yang diketuai oleh Malik Imtiaz (yang juga Presiden HAKAM) merupakan pihak yang memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan IFC.

Bermakna empat badan yang memainkan peranan aktif menjayakan IFC adalah Bar Council, Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama- agama, HAKAM dan MCCBCHS.
Selain daripada MCCBCHS yang diketuai oleh Sardar V. Harcharan Singh, ketiga-tiga badan lain iaitu Bar Council, Jawatankuasa Pemdandu IFC dan HAKAM mempunyai kaitan rapat dengan Malik Imtiaz.

KRONOLOGI CADANGAN PENUBUHAN IFC

1. Tahun 2000 - Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights Committee - HRC ), Bar Council dan HAKAM telah memberi perhatian terhadap kebebasan beragama dengan menganjurkan "Forum on freedom of religion" pada December 2000.

2. Dalam 2001, Bar Council menubuhkan satu sementara jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council (IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah.

3. Pada 8 Disember 2001, Bar Council menganjurkan satu perayaan 'Festival of Rights' dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel khusus tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF.

5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari diadakan dan diwujudkan Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan dan mencadangkan usul. Presiden Bar Council adalah Mah Weng Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri serta membantah cadangan usul tersebut.

6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman Bukhari.

7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama dengan kerjasama Bar Council, Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation (KAF)telah mengadakan persidangan peringkat Kebangsaan, di Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi mandat kepada jawatankuasa pemandu untuk membawa tindakan selanjutnya. Turut hadir sebagai peserta Dr. Patricia Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah.

8. Februari 2005, Jawatankuasa pemandu dan Bar Council menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak kerajaan, tetapi cadangan itu tidak dilayan. Bar Council ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari.

9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SIAPA DI BELAKANG IFC?

Terdapat dua badan yang baru muncul semasa Persidangan Peringkat Kebangsaan, Jawatankuasa Pemandu IRC di Hotel Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network (MIN). Kedua-dua badan ini muncul ketika saat terakhir ketika Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk dihantar kepada kerajaan.

Dato Anwar Fazal, Presiden Malaysian Interfaith Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim. Haris merupakan kawan rapat Malik Imtiaz yang sama-sama menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar draf usul IFC kepada kerajaan. Beliau juga merupakan bekas Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian pertubuhan Yahudi seluruh dunia).

Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan akan muncul secara semuanya selesai? Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh Malik Imtiaz (Jawatankuasa Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu.
Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat dana daripada AJC (American Jewish Committee).

Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam) menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil pada tahun 2005. Kata Peter Schier, "Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia, mungkin merupakan satu strategi berunding dengan kumpulan Islam 'aliran utama', dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini secara jelas menyokong usaha itu. Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan".

MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari 2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme (UNDP) projects Asia Pacific.

MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi) dan lain-lain. MIN mendapat dana daripada "The Pluralisme Project, Havard University" Amerika yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation.

SIAPA DALANG SEBENAR IFC?

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan Kristian Jerman) dan MIN (Tajaan yayasan Yahudi Amerika) menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC. Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan MIN, atau beliau sekadar perantara yang boleh dikambinghitamkan?

Mungkinkah dalang sebenar, tidak muncul dalam pertemuan-pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti Islam? Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan-badan itu. Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong.

Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR Selangor. Peter Schier merupakan wakil KAF Malaysia telah menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM). Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang.

Menurut Peter Schier (KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir, Anwar Ibrahim, IKD, sejak tahun 1984, sehinggalah Anwar muncul tokoh politik terkemuka di tanah air sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Walaupun Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, KAF tidak berhasrat menghentikan penajaan kepada badan pemikir Anwar (IKD) itu, sebaliknya tajaan diteruskan hingga ke hari ini.

Semasa Anwar di penjara, KAF berusaha mencari tokoh baru yang rapat dengan pejabat TPM. Tokoh yang dimaksudkan itu adalah Abdul Razak Baginda yang mempunyai badan pemikirnya sendiri dinamakan Malaysian Strategic Research Centre (MSRC). Razak Baginda dan MSRC pula digembar-gemburkan sebagai badan pemikir TPM, Najib.

Malangnya Razak Baginda menghadapi kes di mahkamah dan bantuan KAF terpaksa dihentikan. Tetapi dalam masa sama, KAF masih meneruskan tajaan kepada IKD.
Bermakna agenda KAF dan badan penaja asing adalah berusaha menembusi 'orang no 2' dalam kerajaan Malaysia, kerana apabila bakal PM itu telah ditaja sepenuhnya maka agenda penaja untuk mewujudkan masyarakat pluralisme dan IFC akan berjaya.

JADI SIAPAKAH DALANG SEBENAR IFC?

Kalau hanya bergantung kepada Malik Imtiaz, karismanya tidak hebat, kerana beliau hanya seorang Presiden HAKAM dan peguam Bar Council yang tidak mampu mengubah sistem politik dan pentadbiran negara. Sama ada Yayasan Kristian (KAF) atau Yayasan Yahudi Amerika (MIN), mereka memerlukan seorang pemimpin politik negara yang berkarisma yang bakal menjadi PM. Tidak guna kedua-dua badan itu melabur wang begitu banyak tanpa hasil yang setimpal. Jadi persoalannya, pemimpin politik negara yang manakah yang dikatakan sedang berusaha mengembar-gemburkan bakal menjadi PM itu? Jawapannya bergantung kepada budi bicara anda.

Berikut merupakan pandangan Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25 (2005): Issue 6.2005 bertajuk "INTER-RELIGIOUS DIALOGUE-We are committed to dialogue-A response to criticism of the Interfaith Commission Initiative".

KAMI KOMITED DIALOG ANTARA AGAMA(Oleh Malik Imtiaz Sarwar)

Ia merupakan tidak berasas bahawa sesetengah pihak telah memilih untuk memberikan gambaran yang salah terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu dan usaha itu sendiri. Kesemua gambaran yang salah ini adalah dibuat secara semberono dan diterbitkan dengan tidak mengendahkan kepada kebenaran. Mereka mahukan kesan yang tidak menguntungkan dalam melemahkan satu keperluan dan usaha yang bernilai oleh masyarakat awam.

Kesemua tuduhan dan gambaran yang salah ini telah memanjangkan kesan yang dikesali dalam mewujudkan ketegangan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Tujuan kenyataan ini adalah untuk menerangkan usaha dan draf Usul, yang merupakan hasil akhir daripada Persidangan yang telah diadakan di Bangi pada Februari 2005.

APAKAH SURUHANJAYA ANTARA AGAMA?

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS (Perlis), Suruhanjaya Antara Agama adalah :

"...sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit."

Ini adalah khayalan. Suruhanjaya yang dicadangkan dengan apa-apa cara sekalipun bukan sebuah badan yang dapat membuat keputusan secara formal. Ia merupakan sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian, dan ini telah dinyatakan berulang kali di dalam laporan media dan juga di Persidangan Usaha ke Arah Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.

Fakta bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan ini tidak mempunyai kuasa membuat keputusan secara formal telah dinyatakan secara jelas dalam draf Usul seksyen 4(2), yang dibaca:

"Suruhanjaya pada sepanjang masa akan melaksanakan fungsinya secara bebas sebagai sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian." Ini telah diperkukuhkan lagi dengan kuasa Suruhanjaya yang dicadangkan seperti yang telah disyorkan di bawah draf Usul. Di antara kuasa utamanya seperti yang dicadangkan adalah kuasa :

"untuk menggalakkan kesedaran terhadap rukun dan kepercayaan pelbagai agama dan kepercayaan di dunia....." (seksyen 5(i)(a)) "untuk menasihati Kerajaan atau Pihak berkuasa yang berkaitan aduan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan mencadangkan kepada pihak berkuasa tentang langkah sesuai yang perlu diambil" (seksyen 5(1)(b)) "untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau memperbetulkan sebarang tindakan atau kegagalan tindakan, datang daripada atau membentuk satu pelanggaran keharmonian undang-undang dengan cara perantaraan, perundingan atau perdamaian" (seksyen 5(1)(i)).

Ini dijernihkan dengan peruntukan yang dijalankan, sebagai contoh, seksyen-seksyen tersebut yang menterjemahkan kuasa lebih meluas atau kecekapan kepada tindakan. Berhubung perkara ini, Bahagian III meletakkan peruntukan yang dijalankan. Kesemua ini dihadkan kepada soal-jawab yang dikendalikan atau menganjurkan sesi perantaraan, perundingan atau perdamaian dan mencadangkan kes tersebut mungkin, sama dengan ruang lingkup kuasa SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Tiada peluasan bidang kuasa. Yang utama, tiada kuasa untuk mengubah rukun agama. Tiada kuasa untuk mencampuri kuasa Mahkamah Syariah.

KENAPA SURUHANJAYA ANTARA AGAMA PERLU?

Secara ringkas, tiada satu proses formal yang wujud untuk dialog antara agama pada waktu ini. Juga tiada sebarang mekanisme untuk membentuk dasar antara agama yang berhubungan dalam negara. Tambahan pula, satu-satunya cara penyelesaian pertikaian adalah dengan tindakan undang-undang di mahkamah untuk kepentingan keamanan untuk wujud bersama, perlu dijadikan cara terakhir dalam menyelesaikan pertikaian. Hakikatnya kekal bahawa dengan adanya pelbagai budaya dan pelbagai agama.

Terdapat sempadan yang akan mewujudkan pergeseran seperti dengan wujudnya konflik kepercayaan dan budaya. Pergeseran ini tidak berlegar di sekitar isu-isu murtad tetapi melibatkan isu lain seperti pembinaan dan penyelenggaraan rumah ibadat dan isu penyebaran agama lain.

Peserta Persidangan Nasional menyedari perkara ini, selanjutnya satu langkan yang membina dan konkrit perlu diwujudkan untuk berhadapan dengan pergeseran dan bukan secara konfrontasi serta tidak berkaitan politik.

Oleh yang demikian, persidangan tersebut telah mengesahkan Suruhanjaya yang dicadangkan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah untuk diterima dan disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk resolusi, yang secara dinamiknya sama seperti SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Kewujudan Suruhanjaya yang dicadangkan ini akan mengesahkan sikap ambil berat kesemua mereka yang berkenaan. Selanjutnya, statusnya yang bebas akan menimbulkan keyakinan. Pada akhirnya, dapat menggalakkan perpaduan nasional yang sebenar.

Dialog Antara Agama telah dicadangkan sebagai satu alternatif kepada Suruhanjaya yang dicadangkan, dan sudah tentu satu daripada objektif Suruhanjaya (yang dicadangkan), dialog mempunyai batasannya. Dialog antara agama merupakan satu langkah penting dengan meneruskan hubung kait dalam memelihara persefahaman dan interaksi walaupun terdapat perbezaan di antara agama.

Suruhanjaya yang dicadangkan, bagaimanapun, dijangka sebagai melengkapkan usaha-usaha seperti hanya dalam bidang 'dialog?sahaja, tidak akan menyelesaikan masalah sebenar. Dalam maksud ini, seperti yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya yang dicadangkan akan menjadi saluran untuk mengetengahkan masalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk perhatian dan penyelesaian.

ADAKAH SEBARANG AGENDA TERSEMBUNYI?

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) atau Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam mengemukakan bahawa terdapat satu agenda tersembunyi dalam penganjur Usaha.
ACCIN menyatakan AGENDA TERSEMBUNYI IFC :

- IFC cuba untuk melangkau dan merampas kuasa Badan Agama Islam Negeri
- IFC akan melangkau Mahkamah Syariah
- IFC mahu menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan Perkara Berkaitan Agama Islam
- Pembentukan IFC merupakan satu campur tangan dalam Hubungan Intra-Muslim (BUKAN Hubungan Antara Agama)
- IFC pada akhirnya akan melanggar hak Muslim untuk mengamalkan Islam dengan berpandukan kepada Pengajaran Quran Yang Suci dan Hadis Bermaksud, ACCIN dan yang lain hanya memberikan jawapan tentang rasa bimbang tersebut tidak menghuraikan kenapa mereka percaya kepada tuduhan tersebut.

Kebenarannya adalah secara keseluruhannya tiada asas kepada mana-mana tuduhan itu. Ini dapat dilihat daripada perkara berikut.

Pertama, draf Usul tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk Suruhanjaya yang dicadangkan untuk melangkau Badan Agama Islam Negeri atau Mahkamah Syariah. Tiada peruntukan dalam mensasarkan untuk membenarkan Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan. Tiada peruntukan untuk melemahkan Islam.

Kedua, tiada penjelasan telah diberikan seperti bagaimana Suruhanjaya yang dicadangkan akan campur tangan dalam hubungan Intra-Islam atau bagaimana Suruhanjaya akan melanggar hak-hak untuk mengamalkan Islam. Kesemua tuduhan ini disensasikan dan dimanipulasi daripada pandangan awam menentang usaha ini.

Ketiga, terdapat banyak organisasi dan individu yang menyokong usaha ini, termasuk Muslim. Dengan mengatakan bahawa, tiada persetujuan telah dicapai ke atas pelbagai perkara. 173 peserta telah menghadiri Persidangan dan mengesahkan draf Usuk seperti yang dipersetujui pada akhirnya.

Draf Usul merupakan hasil akhir persetujuan peserta Persidangan. Ini termasuk Muslim. Cadangan ini tidak munasabah. Para peserta dengan merujuk kepada semua agama dan percaya kepada hak yang lain untuk menyatakan keyakinan terhadap agama mereka sendiri. Peserta tidak mengaitkan diri mereka dengan draf usul sekiranya ia seperti yang digambarkan oleh ACCIN dan kritikan lain.

Keempat, draf Usul hanyalah satu draf. Ia bukanlah undang-undang sehingga Parlimen menjadikannya sebagai undang-undang. Ini berkaitan dengan perkara yang berkaitan Parlimen dan Kerajaan. Kritikan telah memberikan tanggapan bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan telah diwujudkan dan ini melalui cara fait accompli (sesuatu keputusan yang sudah ditetapkan, dengan membiarkan mereka yang terlibat tiada pilihan kecuali untuk menerima). Ini tidak masuk akal.

Banyak yang telah diperkatakan terhadap memorandum yang dikeluarkan oleh Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia ke atas Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh dan peranan utama yang dimainkan oleh MCCBCHS dalam Usaha itu.

MCCBCHS hanya satu daripada pelbagai organisasi yang menyokong. Ketika wakil daripada MCCBCHS mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka, peluang yang sama telah diberikan kepada semua yang hadir ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemandu.

Ia telah dijelaskan sepanjang masa kepada NGO Islam bahawa mereka bebas untuk menghadiri mesyuarat seperti itu dan menyuarakan pandangan mereka. Apa yang menyedihkan mereka memilih untuk tidak, dan mengutuk usaha itu walaupun sebelum ini memberikan peluang kepada mereka untuk menghargai sepenuhnya.

Memorandum yang dirujuk telah diterima oleh Jawatankuasa Pemandu yang terdahulu, Jawatankuasa Pro-Tem, yang mensasarkan untuk menganjurkan satu bengkel bagi mengukur reaksi masyarakat awam terhadap usaha seperti ini.

Memorandum- memorandum lain yang diterima termasuk satu daripada kumpulan Muslim. Kesemua ini cuma meningkatkan dan memberi peringatan tentang kebimbangan masyarakat yang diwakili oleh kumpulan ini. Memorandum- memorandum ini bukan cuba untuk melemahkan Islam atau mencabar rukunnya.

Pada apa-apa keadaan, ia tidak benar untuk menggambarkan memorandum MCCBCHS sebagai mewakili usaha pada mana-mana peringkat. Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pro-Tem berjaya. Lebih kurang 100 individu, termasuk Muslim, menghadiri dan sebulat suara bersetuju bahawa satu persidangan nasional perlu untuk mempertimbangkan cara yang terbaik untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Bengkel tersebut juga memberikan mandat kepada Jawatankuasa Pemandu untuk menganjurkan persidangan nasional dan mengambil langkah-langkah yang wajar. Persidangan dan draf Usul dibentangkan merupakan hasil kerja Jawatankuasa Pemandu dan masyarakat awam yang luas.

ADAKAH USAHA INI ANTI-ISLAM?

Untuk menjadi anti-Islam ianya secara keseluruhan memfokuskan ke atas memusnahkan agama dan kesemua prinsip yang dipegangnya. Tiada asas untuk tuduhan ini untuk dijadikan tentangan terhadap individu dan organisasi dalam usaha. Juga tidak sama seperti yang dinyatakan oleh draf Usul.

Tuduhan tersebut menguatkan lagi kejahilan secara keseluruhan usaha, penyokongnya atau konteksnya, dan kurangnya kesanggupan untuk memahami atau bertanya, atau niat untuk memanipulasi persepsi umum.

Terdapat beberapa cara di mana ini boleh dilihat :

Draf Usul tidak membuat sebarang rujukan kepada mana-mana agama, Islam dan sebagainya. Oleh yang demikian ia tidak memfokuskan kepada Islam. Sekiranya ia tidak memfokuskan kepada Islam, ianya tidak boleh dikatakan 'anti'. Kritikan telah cuba untuk memberikan asas kepada tuduhan mereka dalam beberapa cara :

ACCIN menyatakan :

"Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:
Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan seharusnya digunapakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;
Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

Istilah "Muslim" di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua Ibu bapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya."
Dengan gaya yang sama, TERAS menyatakan dalam laman webnya:

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
- Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah."

Perkara-perkara ini secara jelas menunjukkan kurangnya pemahaman dan niat usaha ini. Kesemua perkara ini tidak diangkat oleh Jawatankuasa Pemandu juga oleh draf Usul sendiri. Tuduhan tersebut tidak berasas.

Secara hakikatnya perkara tersebut dibangkitkan oleh TERAS dilihat lebih kepada aduan dengan merujuk kepada mana-mana dan setiap isu dan ia dipercayai untuk dijadikan sebahagian daripada mandatnya untuk melontarkan pandangan. Bagaimana kesemua ini berkaitan dengan usaha ini masih menjadi misteri.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menyatakan perkara-perkara yang dinyatakan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain memandangkan ia hanya sebuah badan penasihat dan perundingan.

Dalam mana-mana keadaan, kesudahannya Pesuruhjaya - pesuruhjaya yang dilantik sepatutnya mempertimbangkan cara terbaik untuk bergerak ke hadapan dalam lingkungan undang-undang. Perkara-perkara yang ditimbulkan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain merupakan satu putar belit kebenaran.

RINGKASAN DIALOG

Jawatankuasa Pemandu (sebelum ini Jawatankuasa Protem) dengan tegas percaya kepada dialog. Terdapat banyak dialog di antara semua individu yang menghadiri mesyuarat dengan mewakili organisasi mereka atau sebagai individu. Jawatankuasa telah menggunakan masa mereka untuk menjelaskan segala kebimbangan bahawa Jawatankuasa membuka pintu untuk dialog di atas apa jua perkara yang menimbulkan kebimbangan.

Jawatankuasa Pemandu masih lagi komited kepada dialog, terutamanya dengan organisasi-organisasi seperti ACCIN, TERAS dan PAS dan mengalukan kemungkinan organisasi tersebut mengambil peluang untuk melakukan perkara sedemikian.

Jawatankuasa Pemandu percaya bahawa Usaha ini adalah satu keperluan, sangat berharga dan tidak ternilai ke arah melangkah ke hadapan dalam evolusi masyarakat kita. Ia merupakan cara untuk lebih merapatkan kita kepada Bangsa Malaysia yang kita semua harapkan. Ruang konfrontasi yang telah diambil hanya akan terus memecahkan kita.

Wasabi - Oyabun