Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 13 Mac 2014

Vietnam gagal kesan objek terapung?

Grafik menunjukkan lokasi di mana Mike Kay ternampak pesawat MH370 terbakar dari pelantar minyak tempat dia bekerja.

PHU QUOC ISLAND, Vietnam 13 Mac - Pasukan mencari Vietnam melaporkan pihaknya tidak menemui sebarang serpihan atau bangkai pesawat ketika mereka memperluaskan kawasan mencari dan menyelamat di perairan di Laut China Selatan setelah satelit China mendakwa mengesan objek terapung di perairan itu, hari ini.

Penyelaras Hal Ehwal Antarabangsa, Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam, Doan luu Van berkata, sebuah pesawat Jawatankuasa Mencari dan Menyelamat Vietnam telah dikerahkan ke kawasan yang ditunjukkan oleh imej satelit China tersebut pada pagi ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan satu lagi misi pemantauan di kawasan sama pada petang ini.

Wartawan Reuters yang turut sama dalam operasi itu berkata, pesawat berkenaan beberapa kali berlegar-legar di kawasan tersebut di Laut China Selatan, namun tidak dapat mengesan sebarang objek.

Beliau berkata, misi memantau oleh pesawat karga Antonov 26 itu berlangsung selama tiga jam.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang yang menyatakan objek tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Nasional China berkata, imej-imej satelit itu mengesan tiga objek terapung yang berada di kawasan yang dipercayai pesawat ‘Malaysia Airlines terhempas’. - REUTERS

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan