Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 22 April 2012

GAPS desak Dewan Rakyat lucut jawatan Anwar!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini sebulat suara mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana didakwa terlibat dalam perbuatan tidak bermoral.

Desakan itu dinyatakan oleh Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang mendakwa bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam amalan tidak bermoral justeru, tidak melayakkannya untuk menduduki jawatan berkenaan.

Ini kerana, beliau memberikan empat alasan mengapa Anwar itu harus dilucutkan jawatan Ketua Pembangkang antaranya ialah penghakiman kes liwat pertama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Jelasnya, berdasarkan penghakiman tersebut yang dipetik menerusi Malayan Law Journal, Hakim Mahkamah Persekutuan secara jelas tidak menafikan bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual.

"Begitu juga dengan kes liwat kedua melibatkan Anwar dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mana Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyatakan kejadian liwat tidak berlaku, cumanya bukti tercemar ketika proses siasatan. Dia (Anwar) dilepaskan atas sebab-sebab teknikal.

"Begitu juga dengan pendedahan video seks China Doll yang dikatakan membabitkan Anwar sebelum ini.

"Selain itu, kita juga merujuk kepada pendedahan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini yang mendakwa Anwar menjalin hubungan sulit dengan isteri orang yang membuktikan aktiviti salah laku moral Ahli Parlimen Permatang Pauh itu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Merdeka Melayu Malaysia, Abdul Ghani Haroon dan Timbalan Presiden Kelab Perpaduan Insan Malaysia, K. Arumugam.

Pada masa sama, Hamidzun turut menyatakan bahawa Parlimen tidak sepatutnya diwakili oleh mana-mana individu yang mengamalkan seks bebas dan songsang.

"Justeru, kita mahu sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara 'dibersihkan' daripada unsur-unsur tidak bermoral ini," tegasnya.

Hamidzun turut menyatakan pendirian pihaknya termasuk NGO-NGO lain yang mahu agar Dewan Rakyat mengemukakan usul melucutkan Anwar daripada jawatan Ketua Pembangkang.

Ini kerana, usul sedemikian dilihat penting bagi memastikan keanggotaan, kredibiliti serta imej Parlimen itu dapat dipertahankan.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan