Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 26 Februari 2012

Ezam sedia dedah surat Anwar pertahan Wolfowitz!

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor bersedia untuk mendedahkan kepada umum surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Etika Bank Dunia yang bertujuan menutup skandal seks rakan rapatnya yang merupakan bekas Pengerusi Bank Dunia, Paul Wolfowitz.

Katanya, ia adalah bukti bahawa kenyataan mempertahankan Israel dan menyokong Wolwofitz yang berketurunan Yahudi serta merupakan arkitek perang Iraq bukanlah sesuatu yang baharu bagi ketua pembangkang itu.

"Saya sedia untuk mendedahkan surat itu. Ia jelas menunjukkan Anwar adalah alat Yahudi Zionis yang sangat memusuhi Islam.

"Malah, ia menunjukkan sebahagian agenda besar musuh Islam yang memperalatkan 'desperado politik' seperti Anwar yang sanggup gadai segalanya untuk terus berkuasa," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa kerajaan bersedia mendedahkan kepada umum surat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak yang menyatakan Malaysia tidak akan mempunyai hubungan dengan negara tersebut selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa Dr. Mahathir telah menulis surat kepada pemimpin Israel yang mengaitkan hubungan antara Malaysia dan Israel ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu kata Ezam, tidak perlulah kerajaan melayan desakan pembangkang agar membuktikan hubungan Malaysia dengan Israel adalah tidak benar.

"Kerajaan tidak perlu lagi layan Anwar, beliau seorang bankrap politik dan moral serta telah banyak berbohong termasuk dalam isu surat Tun Mahathir (kepada Perdana Menteri Israel).

"Anwar cuma mahu curi perhatian kerana mulai sedar semakin ramai mengenali siapa sebenarnya beliau, cukuplah saya dan rakan-rakan bekas PKR (Parti Keadilan Rakyat) sahaja yang menjawabnya," ujar beliau.-UMO

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan