Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 19 Januari 2012

Peguam Negara Sudah Terima Laporan Bertulis Hakim!


Peguam Negara telah menerima laporan penuh bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkenaan keputusan mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 9 Jan lepas yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Laporan penuh penghakiman kini telah berada di tangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail”, lapor Buletin Utama, TV3, semalam.

Penghakiman penuh diperolehi setelah pasukan pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk diteliti semula hujah berkaitan minggu lalu.

TV3 turut melaporkan pasukan pendakwa raya sebelum ini turut membuat permohonan kepada Peguam Negara agar kes ini dirayu ke Mahkamah Rayuan, namun sehingga kini pihak Peguam Negara enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Mohd Saiful melalui peguamnya, Tetuan Zamri Idrus & Co telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara merayu agar beliau memfailkan notis rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut.

Katanya beliau terpaksa menghantar surat rasmi memandangkan pihaknya belum mendapat maklum balas daripada Abdul Ghani berkenaan notis rayuan tersebut.

“Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

“Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Katanya jika beliau berhak memfailkan rayuan itu sendiri, beliau akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun, katanya kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.

Sumber : AIDCnews

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan