Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 13 November 2011

Tribute Wajah-Wajah Ketakutan Anwar Hadapi Kes Liwat II!


Satu dokumentasi rentetan peristiwa bermula dari laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 hingga kes itu disebut di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008 diterbitkan khas untuk membandingkan hujahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tersebut adakah sama dengan hujahan di mahkamah pada tahun 2010 dan 2011.

Ada banyak perkara menarik berlaku selepas Mohd Saiful membuat laporan polis. Reaksi pertama Anwar adalah melarikan diri ke kedutaan asing.

Persoalannya, kenapa perlu larikan diri ?

Selepas keluar dari kedutaan asing, Anwar tampil dengan kenyataan media dengan melaungkan sekali lagi ‘teori konspirasi’. Kali ini, pihak polis menjadi sasarannya. Beliau menuduh semua ini direkayasa oleh pihak polis.

Anwar dakwa juga beliau mempunyai bukti paling kukuh ‘kejadian liwat’ itu tidak berlaku, termasuk mendakwa beliau mempunyai bukti alibi yakni individu-individu yang boleh mengesahkan beliau tiada di tempat kejadian.

Namun begitu, apabila pihak polis memanggilnya untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis, Kuala Lumpur pada 14 Julai 2008, Anwar tidak menghadirkan diri, walaupun notis persetujuan kehadirannya telah disahkan olh peguamnya, Sankara Nair.

Persoalannya, jika ada ‘bukti paling kukuh’ dan alibi, kenapa takut beri keterangan kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan ?

Kenapa takut beri keterangan, hinggakan pihak polis terpaksa tahan Anwar pada 16 Julai 2008 dan dibawa ke IPK KL semata-mata untuk mendapatkan keterangan Anwar ?

Proses penahanan, merakamkan percakapan dan pemeriksaan doktor adalah prosedur biasa yang perlu dilalui oleh seorang yang dituduh sebagai suspek perogol atau peliwat.

Anwar turut mengakui kes liwat II menyebabkan dirinya dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah ‘terkesan’, namun dengan adanya ‘bahan bukti baru’ yakni salinan laporan kesihatan yang dicuri dari Hospital Pusrawi telah mengubat kerisauan mereka.

Berdasarkan ‘bahan bukti baru’ itu, Anwar yang ditemani Ketua Peguambelanya, Haji Sulaiman Abdullah menggesa pihak polis menghentikan siasatan dan mengugurkan kes tersebut.

Akhirnya, pada 6 Ogos 2008, pihak polis menghantar sapina kepada Anwar memberi notis kepadanya supaya hadir ke Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2008 untuk menghadapi pertuduhan liwat.

Anwar melatah lagi dengan mengadakan sidang media, mendakwa pertuduhan di mahkamah pada 7 Ogos sebagai ‘konspirasi politik pihak atasan’.

Sekali lagi beliau mendakwa mempunyai bukti yang cukup termasuk alibi untuk mempertahankan dirinya. Apabila didakwa di mahkamah pada 7 Ogos, Anwar berkata kejadian liwat itu, berlaku atas ‘dasar suka sama suka’.

Bertitik tolak dari sini, pihak Anwar berusaha keras untuk melengah-lengahkan kes dengan alasan-alasan yang remeh temeh. Akhirnya, Haji Sulaiman Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Peguambelanya dengan alasan ‘sakit tenat’ dan tempatnya diganti dengan Karpal Singh.

Setelah hampir dua tahun, pihak Anwar menggunakan taktik melengah-lengahkan kes, akhirnya pada Februari 2010, saksi utama, Mohd Saiful Bukhari berjaya memberi keterangan di mahkamah.

Diikuti dengan pembuktian 4 orang doktor pakar Hospital kerajaan Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan terperinci ke atas mangsa, Mohd Saiful pada 28 Jun 2008.

Bukti-bukti DNA dikemukakan termasuk perbandingan sampel air mani ‘Lelaki Y’ yang ditemui dalam lubang dubur Mohd Saiful dengan sampel DNA dari bahan-bahan yang digunakan Anwar semasa ditahan di lokap polis pada 16 Julai 2008.

Hasil analisis mendapati, profil DNA air mani lelaki Y adalah sama dengan profil Anwar Ibrahim. Dalam hujah penggulungan untuk menutup kes pendakwaan, Karpal Singh, Ketua Peguambela Anwar mengakui kes liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Akhirnya, Anwar diperintah membela diri.

Ramai yang tertungu-tunggu apakah bahan bukti pembelaan dan siapakah alibi-alibi yang bakal dikemukakan.

Namun, semua itu tidak berlaku, selain Anwar menutup peluang untuk disoal balas dengan keterangan dari kandang tertuduh, sepanjang pembelaan itu, Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh termasuk alibi yang dijanjikan sebelum ini.

Semua kata-kata Anwar dari 1 Julai 2008 hingga 6 Ogos 2008 hanya retorik politik semata-mata…!!!

Sumber : AIDC

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan