Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 20 Jun 2011

Ketidakpuasan hati ahli bukti Pas 'terompah' DAP!

Pengakuan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mengenai ketidakpuasan hati ahlinya dengan tindakan parti menukar istilah perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' jelas membuktikan pemimpin dan parti itu sebagai 'terompah' DAP.

Pengakuan itu juga membuktikan kepimpinan Pas lebih takut dan berusaha menjaga hati DAP sebagai sekutu pembangkangnya daripada mengambil kira pandangan ahli-ahli parti sendiri.

Jadi, Nik Abdul Aziz serta kepimpinan Pas memang jelas lebih takut kepada DAP kerana penukaran konsep perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' hanya diumumkan pada muktamar parti itu, baru-baru ini.

Sepatutnya, penukaran konsep itu dilakukan lebih awal melalui referendum atau forum yang diperdebatkan ahli-ahli Pas untuk dipersetujui, tetapi tiba-tiba sahaja diumumkan pada muktamar. Ini satu bentuk jenaka moden!

Pada satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Nik Abdul Aziz turut mengakui terdapat segelintir ahli Pas sendiri yang tidak berpuas hati dengan perubahan slogan perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' oleh parti itu.

Lebih mengejutkan, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengakui pengguguran nama Islam dalam slogan itu kerana terdapat kaum Cina, India dan ahli UMNO yang takut dengan perkataan Islam dalam perjuangan Pas sebelum ini.

Adalah lebih baik kita jangan mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam dalam parti, sebaliknya merayu parti itu melaksanakannya segera kerana ia semakin mengelirukan masyarakat termasuk yang beragama Islam.

Kenyataan Nik Abdul Aziz adalah pelik dan mengelirukan dan ia jelas membuktikan Pas semakin terdedah kepada kelemahan serta kesilapan. Jadi atas prinsip moral, mereka tidak patut memperjudikan perkataan Islam yang suci itu.

Pertukaran istilah perjuangan Pas itu terjadi kerana wujud perjanjian di antara Pas dan DAP yang didalangi oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim demi kepentingan politik pihak pembangkang.

Hakikatnya, Pas yang sebenarnya tidak nyenyak tidur memandangkan tindakan mengubah laluan bahtera politik mereka dari negara Islam ke negara berkebajikan mula mendapat kritikan ramai.

Walaupun Nik Abdul Aziz cuba berhujah bahawa konsep negara berkebajikan adalah sebahagian intipati yang terdapat negara Islam tetapi semua itu boleh dianggap hujah politik sahaja atau lebih tepat lagi ke arah matlamat menghalalkan cara.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan