Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 15 Jun 2010

Pelik tapi benar : Nik Aziz anggap Anwar layak jadi Mursyidul Am!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan menolak jika ada tawaran untuk berada pada jawatan tertinggi dalam teraju pakatan pembangkang.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak untuk berada di jawatan tersebut kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dan 'lulus ujian'.

"Kalau saya diberi peluang, saya nak beri jawatan saya (Mursyidul Am) kepada Anwar kerana Anwar ini jenis orang yang lalui segala tahap peperiksaan. "Allahyarham Fadzil Noor telah cadang Anwar masa dia masih hidup lagi, ketika zaman Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Anwar telah lalui pelbagai dugaan fizikal dan moral.

''Beliau lepas segala cubaan ini, orang ini paling layak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11 di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir, Presiden persatuan tersebut, Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff.

Simposium yang bertemakan keseimbangan biologi ke arah kelestarian hayat itu diadakan selama tiga hari bermula semalam dan disertai seramai 250 ahli akademik serta mahasiswa dari seluruh institut pengajian tinggi.

Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 yang berakhir semalam, perwakilan dari Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim mencadangkan Nik Abdul Aziz dilantik sebagai 'Mursyidul Am' bagi pakatan pembangkang kerana kewibawaan dan kejayaannya mentadbir Kelantan selama 20 tahun.

Di dalam hierarki Pas, Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan atau keputusan yang diambil oleh parti itu. Menteri Besar Kelantan itu dikatakan wajar diberi kedudukan yang lebih tinggi kerana kepimpinannya diterima pelbagai pihak dalam komponen pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut menegaskan cadangan itu tidak pernah dibincangkan malah mempertikaikan laporan media kerana tersalah tafsir kenyataan Wan Kharizal.

Pelik..pelik..macamanalah Anwar yang menolak untuk menegakkan negara Islam di Malaysia boleh dijadikan rujukan oleh Nik Aziz untuk menjadi " Mursyidul Am " Pakatan Haram..!!!

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Anuar.... Nik Aziz....... Emmm....Dua-dua tak layak. Mana nuar lulus semua. Ada satu lagi masih kes mahkamah. Dan banyak juga yang dia dah fail.

    Dari segi moral, dia memang kuat. Walau umur dah nak sampai kepenghujung, pasal tembus dia masih boleh tembus. Hasil latih tubi yang gigih.

    agbr47: Apa jadi anak-anak aku nanti. Semoga di dalam peliharan Allah.

    BalasPadam